tonsil bengkak
Tonsil adalah dua kelenjar nodus limfa yang terletak di setiap sisi belakang tekak anda. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan dan membantu menghalang jangkitan pada tubuh anda. Apabila tonsil dijangkiti, keadaan ini disebut sebagai tonsil bengkak atau ‘tonsillitis’.

Tonsil adalah dua kelenjar nodus limfa yang terletak di setiap sisi belakang tekak anda. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan dan membantu menghalang jangkitan pada tubuh anda. Apabila tonsil dijangkiti, keadaan ini disebut sebagai tonsil bengkak atau ‘tonsillitis’.

Masalah ini boleh berlaku pada mana-mana usia dan merupakan penyakit biasa pada golongan kanak-kanak. Ia paling kerap didiagnosis pada kanak-kanak dari usia prasekolah hinggalah pertengahan usia remaja. Gejala bagi tonsil bengkak ini termasuklah sakit tekak, tonsil bengkak dan demam.

Jenis-jenis Tonsil Bengkak

Terdapat tiga jenis iaitu:

Tonsil bengkak akut

Sekiranya simptom berlangsung sekitar 10 hari atau kurang, ia dianggap sebagai tonsil bengkak akut. Masalah tonsil jenis ini mungkin akan bertambah baik dengan rawatan di rumah, tetapi dalam beberapa kes, ia mungkin memerlukan rawatan lain, seperti penggunaan antibiotik.

Tonsil bengkak berulang

Seperti masalah tonsil bengkak kronik, rawatan standard bagi masalah tonsil bengkak berulang adalah tonsillectomy. Keadaan ini juga sering ditakrifkan sebagai:

  • sakit tekak atau keradangan tonsil sekurang-kurangnya 5 hingga 7 kali dalam 1 tahun.
  • berlaku sekurang-kurangnya 5 kali pada setiap 2 tahun sebelumnya.
  • berlaku sekurang-kurangnya 3 kali dalam setiap 3 tahun sebelumnya.

Malah, masalah ini mungkin terjadi disebabkan biofilm pada lipatan tonsil. Biofilm adalah komuniti mikroorganisma dengan peningkatan daya tahan antibiotik yang boleh menyebabkan jangkitan berulang.

Tonsil bengkak kronik

Gejala tonsil bengkak kronik berlanjutan lebih lama berbanding tonsil bengkak akut. Anda mungkin mengalami simptom sebegini dalam jangka masa panjang:

Pembengkakan tonsil sebegini juga boleh menyebabkan batu tonsil, di mana bahan-bahan seperti sel mati, air liur dan makanan berkumpul di celah-celah tonsil anda. Akhirnya, serpihan ini mengeras menjadi batu kecil. Ini mungkin hilang dengan sendirinya, atau mungkin perlu dikeluarkan oleh doktor.

Simptom Tonsil Bengkak

Masalah tonsil bengkak paling kerap menyerang kanak-kanak antara usia prasekolah dan pertengahan usia remaja. Tanda-tanda dan gejala yang biasa termasuk:

  • Tonsil merah, bengkak
  • Lapisan atau tompok putih atau kuning pada tonsil
  • Sakit tekak
  • Sukar untuk menelan dan menyakitkan
  • Demam
  • Kelenjar lembut (nodus limfa) yang membesar di leher
  • Suara yang garau, atau seperti tersekat
  • Nafas berbau
  • Sakit perut, terutamanya pada kanak-kanak yang lebih muda
  • Leher yang tegang
  • Sakit kepala

Bagi kanak-kanak kecil yang tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan mereka, tanda-tanda keradangan tonsil mungkin termasuk:

  • Meleleh air liur kerana sukar menelan atau menyakitkan
  • Keengganan untuk makan
  • Kekecohan yang tidak biasa

Punca Tonsil Bengkak

Jangkitan bakteria dan virus boleh menyebabkan tonsil anda menjadi bengkak. Penyebab umumnya adalah bakteria Streptococcus (strep), yang juga boleh menyebabkan keradangan tekak. Sebab-sebab biasa yang lain termasuk:

  • Adenovirus
  • Virus selesema
  • Virus Epstein-Barr
  • Virus Parainfluenza
  • Enterovirus
  • Virus herpes simplex

Diagnosis Tonsil Bengkak

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan melihat tonsil anda bagi memeriksa adakah ia berwarna merah, bengkak atau mempunyai nanah di atasnya. Mereka juga akan memeriksa sekiranya anda demam. Selain itu, doktor mungkin akan melihat di telinga dan hidung sekiranya ada tanda-tanda jangkitan dan merasakan bahagian leher yang bengkak atau sakit.

Anda juga mungkin memerlukan ujian untuk mencari punca keradangan tonsil anda itu. Ia merangkumi:

  • Ujian kesat tekak. Doktor akan menguji air liur dan sel-sel dari tekak anda untuk mengesan kehadiran bakteria strep. Mereka akan menggunakan kapas di bahagian belakang tekak anda. Ini mungkin tidak menyelesakan tetapi tidak akan menyakitkan. Keputusannya biasanya siap dalam 10 atau 15 minit. Kadangkala, doktor juga mungkn memerlukan keputusan ujian makmal yang akan disiapkan dalam beberapa hari. Sekiranya ujian ini negatif, virus adalah punca yang menyebabkan keradangan tonsil anda.

  • Ujian darah. Doktor mungkin memanggil ini sebagai ujian jumlah sel darah lengkap (CBC). Ia mencari jumlah sel darah yang tinggi dan rendah untuk menunjukkan sama ada virus atau bakteria menyebabkan keradangan tonsil anda.

Faktor Risiko Tonsil Bengkak

Faktor risiko untuk masalah pembengkakan tonsil ini termasuk:

  • Usia muda. Masalah ini paling kerap terjadi pada kanak-kanak, tetapi jarang berlaku pada mereka yang berusia lebih muda dari 2 tahun.  Keadaan yang terjadi disebabkan bakteria adalah jenis yang paling banyak terjadi pada kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun, sementara keradangan tonsil disebabkan virus lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang lebih muda.

  • Senang dijangkiti kuman. Kanak-kanak yang masih bersekolah serta berhubungan rapat dengan rakan sebaya dan sering terdedah kepada virus atau bakteria boleh menyebabkan keradangan tonsil ini.

Rawatan Tonsil Bengkak

Kes tonsil bengkak ringan tidak semestinya memerlukan rawatan, terutamanya jika virus seperti selesema menjadi penyebabnya. Rawatan untuk kes-kes yang lebih teruk mungkin termasuk pengambilan antibiotik atau tonsilektomi. Sekiranya seseorang mengalami dehidrasi kerana keadaan ini, mereka mungkin memerlukan cecair intravena. Ubat sakit untuk melegakan sakit tekak juga dapat membantu proses penyembuhan kerongkong.

Ubat

Sekiranya ujian anda menemui kehadiran bakteria, anda akan mendapatkan antibiotik. Doktor mungkin memberikan anda ubat ini dalam satu kali suntikan atau dalam pil yang boleh ditelan selama beberapa hari. Anda akan mula berasa lebih baik dalam 2 atau 3 hari, tetapi ianya penting untuk menghabiskan semua ubat anda.

Rawatan di rumah

Sekiranya anda mempunyai virus, penggunaan antibiotik tidak akan membantu, dan badan anda akan cuba melawan jangkitan itu sendiri. Sementara itu, anda juga boleh mencuba beberapa rawatan di rumah:

  • Rehat yang mencukupi
  • Minum cecair suam atau sangat sejuk untuk membantu sakit tekak
  • Makan makanan halus, seperti gelatin berperisa, ais krim
  • Gunakan vaporizer atau pelembap udara di bilik anda
  • Berkumur dengan air garam suam
  • Menghisap lozenges dengan benzocaine atau ubat lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tekak anda
  • Ambil ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen

Pembedahan ‘tonsillectomy’

Sekiranya keradangan tonsil anda berlaku lagi atau tidak hilang, atau sekiranya masalah tonsil bengkak ini menyukarkan anda untuk bernafas atau makan, anda mungkin perlu mengeluarkan tonsil anda. Pembedahan ini dipanggil sebagai ‘tonsillectomy’.

Biasanya, doktor menggunakan alat tajam iaitu pisau bedah untuk mengeluarkan tonsil anda. Tetapi, terdapat juga pilihan lain termasuk laser, gelombang radio, tenaga ultrasonik, atau ‘elektroautery’ untuk membuang tonsil yang membesar.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/tonsillitis

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tonsillitis/symptoms-causes/syc-20378479

https://www.webmd.com/oral-health/tonsillitis-symptoms-causes-and-treatments

Summary
Tonsil bengkak (Tonsillitis)
Article Name
Tonsil bengkak (Tonsillitis)
Description
Apabila tonsil dijangkiti, keadaan ini disebut tonsil bengkak atau ‘tonsillitis’. Masalah ini boleh berlaku pada mana-mana usia dan merupakan penyakit biasa pada golongan kanak-kanak.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: