Toner terbaik
Membeli toner terbaik penting dalam langkah pembersihan wajah agar kotoran yang jauh di dalam pori juga dapat dibersihkan dengan baik.

Membeli toner terbaik penting dalam langkah pembersihan wajah agar kotoran yang jauh di dalam pori juga dapat ditanggalkan.

Hal ini kerana pencuci muka tidak sepenuhnya dapat membersihkan wajah anda. Ini merupakan senarai toner terbaik untuk anda:

1. PIXI Glow Tonic

Bukan sahaja melembapkan, toner terbaik ini berasaskan ekstrak botanikal seperti ginseng yang mengandungi phitonutrien yang mampu mencegah sesetengah penyakit kulit, serta mengandungi aloe vera yang menyejukkan kulit wajah anda.

Toner ini juga bertindak sebagai eksfoliasi menyingkirkan kulit mati, mencerahkan kulit wajah serta kekal lembut.

PIXI Glow Tonic

2. Simple Soothing Facial Toner

Simple Soothing Facial Toner merupakan toner yang mengandungi pH seimbang untuk kulit wajah anda. Selain itu, tanpa alkohol dan bertindak menyegarkan wajah anda tanpa mengeringkannya.

Toner ini diformulasikan dengan 3 bahan yang mesra kulit seperti bunga kamomil, pokok witch hazel dan alantoin.

Bunga kamomil membantu melembapkan dan menyejukkan wajah anda manakala pokok witch hazel dan alantoin membantu mengecilkan pori anda.

Simple Soothing Facial Toner

3. Trilogy Hydrating Mist Toner

Trilogy Hydrating Mist Toner merupakan sebuah toner yang mesra kulit, aromatik dan membantu meningkatkan kelembapan kulit wajah.

Ia berasaskan air bunga mawar, minyak bunga geranium mawar dan minyak lavender yang membantu meningkatkan kelembapan, mengurangkan iritasi dan kemerahan kulit.

Di samping itu, penggunaan toner ini mudah dan tidak rumit kerana anda boleh menggunakannya tanpa pad kapas.

Trilogy Hydrating Mist Toner

4. Mamonde Pore Clean Toner

Mamonde Pore Clean Toner mengandungi bahan istimewa yang dikenali sebagai ‘Eoseongcho Tincture’ yang membersihkan dwi-lapisan pori. Ia bertindak menghapuskan lebihan sebum dan mengecilkan pori secara efektif.

Tambahan lagi, larutan ini mengandungi lumpur pantai barat yang menyerap kekotoran dan sebum di dalam pori, agar kulit kelihatan bersih dan matte.

Toner berasaskan bahan semulajadi dan bebas ujian terhadap haiwan ini juga boleh mencegah bintik hitam.

Mamonde Pore Clean Toner

5. Sukin Hydrating Mist Toner

Sukin Hydrating Mist Toner adalah penyegar wajah kegemaran kultus, malah Emma Watson mengakuinya.

Toner bebas alkohol ini kombinasi bunga kamomil dan air mawar membantu menyejukkan, membersihkan dan menenangkan kulit letih. Ia tidak akan membuatkan kulit anda terasa berat dan kelihatan kering.

Produk ini sesuai untuk kulit kombinasi yang mempunyai bahagian muka yang lebih minyak daripada yang lain. Simpan di dalam peti sejuk untuk ekstra kesegaran.

Sukin Hydrating Mist Toner

6. Mamonde Rose Water Toner

Mamonde Rose Water Toner diperbuat daripada 100% bunga ros damask organik yang dipetik dan ia mengandungi 90.97% air mawar bukannya air biasa.

Selain memberikan penghidratan maksimum, toner lembut ini juga memberikan kesan menenangkan dan menyejukkan disebabkan oleh kandungan antibakteria, antioksidan dan anti radang yang tinggi.

Ia selamat untuk kulit sensitif.

Mamonde Rose Water Toner

7. Eucerin ProACNE Solution Toner

Eucerin ProACNE Solution Toner diformulasikan untuk kulit berminyak, kulit cela dan jerawat.

Formula antibakteria 2% asid laktik membantu membersihkan pori, menghalang pembiakan bakteria dan mencegah semua jenis cela tanpa mengeringkan kulit wajah secara berlebihan.

Eucerin ProACNE Solution Toner

8. Garden of Eden Soothing Toner

Garden of Eden Soothing Toner merupakan toner berasaskan tumbuhan dan bebas alkohol yang sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitif.

Ia diperbuat daripada 5 bahan berkhasihat seperti pokok witch hazel, aloe vera, minyak biji anggur, ekstrak gingko dan minyak lavender.

Pokok witch hazel membantu mencantikkan dan mengecilkan pori manakala gabungan ekstrak aloe vera dan gingko membantu mengurangkan keradangan dan iritasi kulit seperti rosasea.

Di samping itu, minyak biji anggur dapat membantu meningkatkan kelembapan kulit anda.

Garden of Eden Soothing Toner

9. Nanowhite Refining Treatment Toner

Nanowhite Refining Treatment Toner membantu mengecilkan pori, menghaluskan dan mencerahkan kulit.

Selain Omega White C dan alantoin, ia juga mengandungi ekstrak oren, lemon dan bilberi untuk menyeimbangkan dan menghilangkan minyak lebihan.

Selain itu, toner ini diformulasikan dengan ekstrak tebu yang berfungsi sebagai AHA untuk pengelupasan kulit agar kulit lebih cerah dan jernih.

Nanowhite Refining Treatment Toner

10. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Toner ini lembut, membersihkan dan mencantikkan kulit anda agar terasa segar tanpa menyebabkan iritasi atau kekeringan.

Produk ini bebas minyak, oleh itu ia tidak akan menyumbat pori anda dan menyebabkan kulit anda rosak. Sekiranya anda mempunyai jenis kulit kering dan kombinasi, maka toner ini sesuai untuk anda.

Neutrogena Alcohol-Free Toner

SUMBER

https://productnation.co/my/beauty/skin-care/1284/best-toner-review-malaysia/

Summary
Toner terbaik yang mudah didapati dan terkini
Article Name
Toner terbaik yang mudah didapati dan terkini
Description
Membeli toner terbaik penting dalam langkah pembersihan wajah agar kotoran yang jauh di dalam pori juga dapat ditanggalkan
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: