Tokoh Seni Bela Diri Jiu-Jiutsu Wanita Malaysia
Jiu-Jiutsu adalah sejenis seni bela diri yang menarik dan mempunyai gaya tersendiri.

Jiu-Jitsu adalah sejenis seni bela diri yang menarik dan mempunyai gaya tersendiri. Mari kenali tokoh seni jiu-jitsu wanita Malaysia.

Chan Su Ling

Impian Chan Su Ling adalah untuk menjadi wanita Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia Brazilian Jiu-Jitsu. Untuk itu, beliau telah berlatih dengan bersungguh-sungguh selama 7 tahun.

Harinya bermula seaawal 7 pagi, di mana beliau menuju ke gim untuk melakukan beberapa senaman kardio sebelum pergi ke kerja. Selepas kerja, Su Ling menuju ke gim semula untuk latihan jiu-jitsu selama 4 jam.

Su Ling telah menyertai banyak pertandingan jiu-jitsu dalam rantau ini. Salah satu pencapaiannya termasuklah pingat gangsa daripada Kejohanan Jiu-Jitsu Kebangsaan Filipina. Pada tahun 2014, beliau dinobatkan di tempat ke-9 dalam jiu-jitsu Brazil dan memasuki suku akhir Kejohanan Dunia.

Malangnya, beliau telah dikalahkan pada pusingan tersebut. Tidak menyerah kalah, Su Ling nekad untuk kembali ke Kejohanan tersebut dan memenangi pingat untuk Malaysia.

Casandra J. Poyong

Seorang gadis Sabah, Cassandra J. Poyong, telah berjaya menjadi peserta wanita Malaysia pertama memenangi pingat emas dalam Kejohanan Masters Jiu-Jitsu Dunia Abu Dhabi 2019, yang melibatkan beribu atlet di seluruh pelosok dunia. Pertandingan tersebut dikira sebagai acara yang terbesar dan terpenting dalam calendar Jiu-Jitsu dunia.

Cassandra, berjaya meraih juara setelah mengalahkan 2 orang peserta dari Poland dan Brazil dalam kategori wanita bawah 55kg.

Perjalanan yang beliau hadapi sangat panjang dan mencabar, dari segi pemakanan, fizikal dan mental, namun baginya semua itu berbaloi dengan kejayaan yang dikecapi. Apabila ditanya mengenai pencapaiannya, beliau ingin menegaskan kepada rakyat Malaysia, terutamanya wanita, bahawa mereka juga melakukannya.

Syaheenaz Halim

Bagi Syaheenaz, penglibatan wanita dalam komuniti Brazilian Jiu Jitsu masih kecil, namun terdapat peningkatan atlet wanita dalam sukan ini. Oleh itu, beliau merasakan bahawa ia adalah penting untuk membantu golongan wanita dan membentuk landasan yang selamat bagi mereka belajar dan menyokong satu sama lain dalam Jiu Jitsu.

Syaheenaz telah menubuhkan sebuah komuniti Jiu Jitsu Wanita Malaysia iaitu Malaysia Jiu Jiteras, dan beliau telah membantu golongan wanita dengan cara memberi motivasi dan sokongan kepada mereka untuk belajar dan mahir mengenai Jiu Jitsu dengan lebih mendalam.

Beliau mula minat terhadap Jiu-Jitsu sejak tahun 2012, di mana beliau menghabiskan masa selama 3 minggu berlatih dengan Olavo Abreu dan belajar asasnya sebanyak yang mungkin. Setelah balik ke Kuala Lumpur, beliau mula mencari gim yang menawarkan kelas tersebut dan beliau telah menyertai Monarchy MMA & Bruninho Barbosa. Tidak lama kemudian, beliau menyertai Monarchy MMA & Team Buda dan menjadi keluarga mereka.  

Selepas itu, beliau menyertai pertandingan dan memenangi 1 emas dan 2 perak. Malangnya, 2 bulan selepas itu beliau mengalami siku terseliuh dan ulna retak. Beliau pernah ingin melepaskan minatnya terhadap Jiu-Jitsu, namun Bruninho memberi semangat dan kata-kata motivasi untuk beliau meneruskan perjalannya itu.

Jihin Radzuan

Jihin Radzuan, seorang juara Kejohanan Wushu Dunia dan Kejohanan Wanita MIMMA, merupakan seorang wanita yang hebat dalam seni mempertahankan diri yang berasal dari Malaysia. Kali pertama beliau didedahkan dengan seni mempertahankan diri adalah latihan singkat silat sewaktu beliau berusia 6 tahun, namun kehidupannya berubah setelah menonton rancangan realiti Korea yang menampilkan seorang pakar seni mempertahankan diri wanita, Song Ka Yeon.

Saat itu, Jihan menyedari bahawa beliau ingin mengikuti jejak langkah Song justeru itu beliau mencari tempat yang sesuai bagi memulakan latihan. Tidak lama selepas itu, beliau menemui Ultimate MMA Academy, yang secara kebetulan terletak tidak jauh dari rumahnya. Kakaknya telah membayar yuran penyertaan beliau sebagai hadiah harijadi, dan setelah 3 bulan menjalani latihan, beliau memasuki pertandingan Muay Thai buat pertama kali. Dipandu dengan semangat berdaya-saing yang tinggi, beliau meneruskan jejaknya dalam wushu, jiu-jitsu, dan boxing serta telah berjaya memasuki Kejohanan Wushu.

Sentiasa mencari cabaran baru, beliau mula bertanding dalam sangkar dan berjaya merebut rekod amatur 8-2, sepanjang perjalanannya menuji Kejohanan Wanita MIMMA. Beliau telah menempatkan diri di persada dunia Kejohanan ONE dan mendapat perhatian seluruh dunia dengan kemenangannya.

SUMBER

http://ashbenimble.com/empowering-women-through-brazilian-jiu-jitsu/

http://english.astroawani.com/sports-news/sabah-lass-cassandra-wins-gold-abu-dhabi-world-jiu-jitsu-championship-206547

Summary
Tokoh Seni Bela Diri Jiu-Jiutsu Wanita Malaysia
Article Name
Tokoh Seni Bela Diri Jiu-Jiutsu Wanita Malaysia
Description
Jiu-Jiutsu adalah sejenis seni bela diri yang menarik dan mempunyai gaya tersendiri. Mari kenali tokoh seni jiu-jitsu wanita Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: