TNB Online

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini menyediakan perkhidmatan TNB Online untuk anda memeriksa bil anda, mengedit profil anda, menyerahkan maklumat bacaan meter sendiri, dan anda juga membolehkan anda membuat pembayaran melalui Internet.

Untuk pembayaran dalam talian suatu ketika dahulu TNB online hanya boleh dibayar melalui Maybank2u. Akan tetapi kini TNB mempunyai TNB app untuk kemudahan pengguna mereka.  

Melalui platform ini, anda akan dapat melihat dan membayar bil elektrik dan mengurus akaun anda ke mana sahaja anda pergi, walaupun anda tinggal di Kedah tetapi mempunyai rumah di Johor. Bukan itu sahaja, anda juga dapat memantau perincian penggunaan elektrik anda agar anda dapat mengelakkan diri anda dari menggunakan elektrik yang berlebihan. TNB app juga membolehkan anda untuk memeriksa bil penyewa anda.

Cara Menggunakan TNB Online

Berikut adalah cara untuk anda mendaftar di portal myTNB.

Untuk menikmati kemudahan TNB Online, anda hanya perlu mendaftar di TNB E-Services atau myTNB Portal, kemudian klik “Daftar Sekarang” di halaman utama E-Services dan ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah Pertama

Anda perlu log masuk keTNB E-Services atau laman web myTNB.

Langkah Kedua

Anda perlu memasukkan nama, nombor pengenalan, nombor telefon bimbit, e-mel, kata laluan dan beberapa butiran yang diperlukan untuk melengkapkan borang pendaftaran di laman web tersebut. Pin Sekali Pakai (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit pengguna. Masukkan kod 6-digit dan klik “Confirm” untuk meneruskan ke langkah yang seterusnya.

Langkah Ketiga

E-mel akan dihantar ke alamat e-mel anda dan anda hanya perlu klik pautan di dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun anda.

Langkah Keempat

Selepas itu, anda perlu log masuk ke portal myTNB menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan dan membuat akaun elektrik. Kemudian anda perlu pilih jenis premis yang sesuai. Masukkan nombor akaun elektrik 12 digit anda, nombor pengenalan pemilik dan nama panggilan akaun dan siap!

Namun, jika anda adalah pengguna aplikasi Mobile myTNB, TNB e-Services, atau TNB e-Application, anda hanya perlu log masuk menggunakan alamat e-mel yang anda telah mendaftar sebelum ini.

Perkhidmatan Lain di MyTNB

Selepas anda telah mendaftar akaun anda di aplikasi MyTNB, anda juga boleh melakukan beberapa perkara lain selain pembayaran bil dan semakan bil. Melalui aplikasi dan portal myTNB, anda akan dapat melakukan transaksi berikut:

  • Periksa bil elektrik untuk semua akaun anda yang masih aktif;
  • Anda boleh tambahkan dan tolong uruskan akaun untuk ahli keluarga anda jika mereka tidak tinggal bersama. Contohnya seperti ibu bapa yang masih tinggal di kampung mereka;
  • Anda boleh menjejaki penggunaan elektrik bulanan anda;
  • Anda boleh melihat sejarah penggunaan elektrik anda;
  • Memberi maklum balas dalam talian mengenai bil elektrik;
  • Buka akaun baru (termasuk untuk pemaju atau perunding projek); dan
  • Pilihan untuk menutup akaun anda.

Sistem aplikasi ini membolehkan anda melakukan semua perkhidmatan TNB anda di mana sahaja anda berada dan bila-bila masa, walaupun anda sedang bercuti, selagi anda mempunyai sambungan Internet yang stabil.

Cara Lain Membayar Bil Elektrik

Akan tetapi, pihak TNB juga mempunyai pelbagai lagi cara untuk membayar bil elektrik anda, TNB kini menyokong kaedah pembayaran seperti berikut:

  • MyTNB iaitu aplikasi rasmi TNB sekarang;
  • Kedai Tenaga yang berfungsi sebagai Pusat Khidmat untuk Pelanggan TNB;
  • Kemudahan Pembayaran AutoPay TNB iaitu kaedah pembayaran menggunakan Debit bulanan kad debit  atau kad kredit anda;
  • Kemudahan Pembayaran Bil Debit Langsung TNB di mana bil akan terus didebitkan melalui akaun bank anda;
  • Cek atau pesanan pos dimana ini adalah kaedah pembayaran orang lama, iaitu pembayaran bil melalui pos
  • Pejabat pos dan di cawangan 7-11 dimana kedua tempat inin mempunyai fungsi sebagai satu pusat sehenti untuk pelanggan mereka;
  • Mesin ATM dan mesin Deposit Tunai di bank;
  • Perbankan Over-the-Counter dan Internet atau Phone Banking untuk bank yang mengambil bahagian dalam kaedah pembayaran sebegini;
  • JomPAY, iaitu sejenis kaedah perbankan internet atau mudah alih;
  • Kios PayQuik, sejenis aplikasi yang menyokong pembayaran bil dan sebagainya;
  • eBulk Pay iaitu sejenis skim pembayaran pukal khas untuk ibu pejabat kerajaan atau pejabat swasta

Untuk makluman tambahan anda, TNB merupakan syarikat pembekal tenaga elektrik yang utama dan terbesar. Syarikat bekalan elektrik di negeri Sabah dikenali sebagai Sabah Electricity manakala syarikat bekalan elektrik untuk negeri Sarawak dikenali sebagai Sarawak Energy.

Jika anda mempunyai sebarang masalah dan ingin menghubungi TNB, anda boleh menghubungi mereka di 1-300-88-5454. Anda juga boleh emel kepada mereka. Mereka juga boleh dihubungi di laman social Facebook. Tambahan pula, jika bekalan elektrik di rumah anda terputus, anda harus menghubungi mereka di 15454 untuk membuat aduan yang tepat untuk mereka mengambil tindakan yang sepatutnya dengan efektif.

Semoga perkongsian kami mengenai TNB online pada kali ini dapat memberi manfaat dan ilmu kepada anda mengenai perkhidmatan atas talian TNB ini.

Sumber artikel:

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/set-up-home-utilities-in-malaysia-28509

https://www.misterleaf.com/2687/how-to-view-tnb-account-bill-online

https://www.tnb.com.my/assets/press_releases/20201177bi.pdf

https://themalaysianreserve.com/2017/04/03/mytnb-services-at-fingertip/

https://www.mytnb.com.my/faq

Summary
TNB Online: Perkhidmatan Untuk Kemudahan Anda
Article Name
TNB Online: Perkhidmatan Untuk Kemudahan Anda
Description
Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini menyediakan perkhidmatan TNB Online untuk anda memeriksa bil anda, mengedit profil anda, menyerahkan maklumat bacaan meter sendiri, dan anda juga membolehkan anda membuat pembayaran melalui Internet.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: