Tips Menghapuskan Kutu Kucing Pada Si Comel Kesayangan Anda
Cuaca panas boleh mendatangkan musibah perosak parasit iaitu kutu.

Cuaca panas boleh mendatangkan musibah perosak parasit iaitu kutu. Peningkatan suhu menggalakkan pembiakan kutu kucing, justeru itu, lebih banyak kutu dewasa melompat pada kucing yang tidak bersalah.

Kutu boleh menyebabkan kucing anda mengalami Anemia, iaitu kekurangan darah. Malah, kutu juga boleh menjadi hos kepada parasit usus. Sekiranya kucing anda mengigit dan menelan mana-mana kutu yang dijangkiti, ia juga boleh menyebabkan jangkitan cacing pita.

Berikut merupakan maklumat yang anda perlu tahu bagi merawat dan menghapuskan kutu kucing pada sicanda dan rumah anda:

Bagaimanakah kucing boleh mendapat kutu?

Kucing boleh dijangkiti kutu di luar rumah. Secara umumnya, sekiranya kucing anda adalah kucing rumah, ia tidak akan dijangkiti kutu.

Terdapat banyak jenis spesies kutu yang berbeza, tetapi kutu kucing (Ctenocephalides felis) adalah penyebab utama. Serangga perosak ini boleh melompat setinggi 12 inci kepada perumah yang tidak bertuah, memakan darah dan bertelur dalam bulunya. Telur-telur ini juga boleh jatuh dari kucing ke atas karpet, perabot atau tempat-tempat kegemaran kucing anda. Telur tersebut kemudiannya akan bertukar menjadi larva, pupa dan seterusnya kutu dewasa.

Kutu kucing juga boleh menggigit manusia. Kutu adalah parasit, ia sentiasa mencari darah untuk dimakan. Sekiranya ia tidak menjumpai perumah kucing, ia akan menghisap darah tuannya pada bahagian kaki.

Walau bagaimanapun, keberkesanan produk kutu telah menjadikan serangan kutu semakin jarang daripada biasa. Sekiranya anda sedang menggunakan produk ini atau mengesyaki kucing anda mempunyai kutu, berundinglah dengan doktor haiwan mengenai produk yang sesuai dan penggunaannya.

Apakah simptom kutu kucing?

Simptom paling biasa serangan kutu kucing termasuklah:

  • Menggaru kepala dan telinga
  • Menjilat bahagian bawah badan terutamanya di antara kaki belakang
  • Mengunyah atau menggigit badannya
  • Bulu gugur, terutamanya di bahagian atas belakang akibat menggaru
  • Kemerahan
  • Terdapat zarah berwarna hitam pada kulit

Zarah berwarna hitam tersebut digelar najis kutu. Sekiranya anda mengambilnya dan membasahkannya, ia akan bertukar menjadi warna merah. Ini kerana ia merupakan darah kering.

Bagi memeriksa serangan kutu, anda juga boleh menggunakan sikat kutu pada kucing anda untuk melihat sekiranya terdapat sebarang kutu. Sekiranya rawatan kutu dijalankan di klinik haiwan, doktor akan memusingkan badan kucing dan meniup bulunya untuk memeriksa sama ada terdapat kutu atau najis kutu.

Walau bagaimanapun, parasit kulit yang berbeza seperti Cheyletiella boleh membuatkan kucing anda sentiasa menggaru. Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor haiwan bagi mengesahkan serangan kutu dan menolak penyebab kemungkinan yang lain.

Apakah rawatan terbaik bagi kutu kucing?

Doktor haiwan boleh memberi preskripsi produk yang boleh membunuh kutu pada kucing anda dalam masa sehari.

Seterusnya, beliau akan mengesyorkan ubat-ubatan yang boleh mengelakkan kutu seperti krim topikal atau tablet kunyah. Apabila kutu lain melompat pada kucing anda, produk tersebut boleh mematikannya justeru itu mengurangkan serangan kutu.

Apakah petua di rumah bagi merawat kutu kucing?

1. Berikan kucing anda mandian kutu

Anda boleh menggunakan sabun pencuci pinggan, namun adalah lebih baik untuk menggunakan syampu kutu sekiranya anda tidak menggunakan sebarang produk kutu yang lain. Bertanyalah kepada doktor haiwan mengenai rawatan yang sesuai bagi kucing anda terlebih dahulu.

2. Gunakan sikat kutu untuk membuang kutu dan telurnya

Kebanyakan jenama mengesyorkan untuk mencelup sikat ke dalam air bersabun dan hangat selepas setiap sikatan bagi membuang dan memerangkap parasite tersebut. Sikatlah dalam arah pertumbuhan bulu. Ulangi beberapa kali pada setiap hari untuk kesan yang terbaik.

3. Bersihkan rumah anda

Anda sudah tentu ingin menghapuskan segala jejak kutu di rumah anda. Ini kerana kutu selalunya hanya berada di badan kucing anda sebanyak 20% manakala pada setiap masa ia sentiasa berada di persekitaran.

Bagaimanakah cara untuk membasmi kutu kucing di rumah?

Cara untuk membasmi kutu di sekeliling rumah anda adalah sama seperti cara untuk membasmi pepijat dan perosak yang lain. Ikuti langkah ini:

  • Vakum lantai, perabot dan semua tempat kegemaran kucing anda.
  • Buang bag vakum tersebut
  • Steam clean karpet untuk membunuh kutu yang masih berkeliaran
  • Basuh semua alas tempat tidur dalam air bersabun yang panas setiap dua minggu.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan racun serangga atau memanggil bantuan professional untuk merawat kawasan rumah anda. Produk racun serangga yang paling baik biasanya mengandungi bahan seperti permethrin, imidacloprid atau dinotefuran untuk membunuh kutu dewasa. Manakala, perencat pertumbuhan seperti methoprene atau pyriproxyfen berkesan untuk menghentikan pembiakan telur dan larva kutu. Sentiasalah mengikuti arahan dan langkah-langkah keselamatan yang tertera di atas labelnya.

SUMBER

https://www.wikihow.com/Treat-Lice-in-Cats

https://www.petmd.com/cat/conditions/skin-hair/c_ct_lice_feline_pediculosis%20

https://wagwalking.com/cat/condition/lice

https://www.cuteness.com/article/home-remedies-lice-treatments-kittens

Summary
Tips Menghapuskan Kutu Kucing Pada Si Comel Kesayangan Anda
Article Name
Tips Menghapuskan Kutu Kucing Pada Si Comel Kesayangan Anda
Description
Kutu kucing boleh menyebabkan kucing anda mengalami Anemia, iaitu kekurangan darah. Malah, kutu juga boleh menjadi hos kepada parasit usus.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: