Ramadhan di PKP
Tempuhi Ramadan di PKP pada tahun ini dalam situasi yang berbeza dek kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.

Tempuhi Ramadan di PKP pada tahun ini dalam situasi yang berbeza dek kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP. Sebelum ini, sebaik menjelang bulan Ramadan, juadah berbuka puasa dan bazaar Ramadan sering menjadi bahan perbualan sepanjang bulan Ramadan di PKP.

Namun, pada tahun ini, rutin tersebut telah berubah. Malah, inilah Ramadan di PKP yang pertama di mana umat Islam tidak dibenarkan solat tarawih berjemaah di surau atau masjid. Walau bagaimanapun, kini terdapat alternatif-alternatif lain yang telah dijalankan atau boleh dilakukan oleh semua pihak. Antaranya adalah:

Bazaar Ramadan ketika PKP di atas talian

Bazaar Ramadan di PKP atas talian ini diwujudkan bagi menyokong usaha peniaga-peniaga untuk berniaga seperti biasa di Bazaar Ramadan tahun-tahun lalu. Pelbagai landasan tersedia bagi peniaga untuk mempromosikan barang jualan mereka seperti di Facebook, Telegram dan sebagainya. Pembeli hanya perlu mengirim pesanan makanan dan peniaga akan menghantarnya ke rumah anda.

Berbuka puasa di rumah

Selain itu, situasi Ramadan di PKP ini juga menggalakkan ahli keluarga tinggal di rumah serta berbuka puasa bersama keluarga tercinta ketika tempuhi Ramadan. Bukan itu sahaja, ahli keluarga juga berpeluang untuk memakan air tangan isteri atau ibu sendiri dengan lebih kerap, terutamanya bagi yang tidak mempunyai kemudahan penghantaran makanan di kawasan mereka. Malah, suami dan anak-anak juga boleh membantu ibu menyediakan juadah di dapur.

Solat tarawih berjemaah

Walaupun Ramadan di PKP memberi perbezaan dan membataskan pergerakan kita ke surau dan masjid untuk menunaikan solat tarawih berjemaah, tapi kita masih melakukannya bersama ahli keluarga di rumah. Masa inilah para suami menunjukkan kebolehan menjadi imam kepada isteri serta anak-anak sewaktu menunaikan solat tarawih. Di samping itu, anak-anak lelaki juga boleh menggantikan ayah sebagai imam solat sunat tersebut.

Beribadah bersama

Selain solat tarawih berjemaah di rumah, kita juga boleh memfokuskan diri terhadap ibadah. Ajaklah ahli keluarga untuk beribadah bersama, seperti mengadakan sesi mengaji kecil-kecilan bersama ahli keluarga dan sebagainya.

Belajar ilmu baru

Oleh kerana banyak masa anda diluangkan di rumah, ambillah kesempatan ini untuk mempelajari ilmu baru dengan cara menghadiri kursus-kursus online, atau melayari laman web yang berfaedah untuk menambah ilmu yang sedia ada. Banyak pilihan yang tersedia di internet dan anda hanya perlu taip sahaja.

Mengemas rumah bersama keluarga

Memandangkan hari raya bakal menjelma, ambil peluang ini untuk mengemas rumah bersama ahli keluarga. Jika sebelum ini, hanya isteri atau ibu sahaja yang memainkan peranan besar dalam mengemas rumah, agihkan tugas-tugas khas kepada suami dan anak-anak untuk turut serta bergotong-royong dalam mencantikkan rumah. Tempuhi Ramadan di PKP dengan kasih sayang dan ceria.

Mengingati golongan yang kurang berkemampuan dan menyumbang kepada badan-badan kebajikan

Jika terdapat satu perkara yang boleh dihayati sewaktu PKP adalah ia membuka mata kita kepada kesusahan yang dialami oleh golongan susah yang bertungkus-lumus untuk menyara hidup mereka. Jadi, bantulah mereka untuk tempuhi Ramadan di PKP ini. Malah anda tidak perlu meninggalkan rumah langsung! Caranya adalah dengan menderma kepada badan-badan kebajikan melalui atas talian.

Gunakan tempoh ini sepenuhnya untuk berpuasa dan meraih manfaatnya

Walaupun berpuasa dalam Ramadan di PKP kedengaran sukar, ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa ia bagus untuk kesihatan dalam pelbagai cara, seperti:

  • Ia membantu anda menurunkan berat badan dan lemak perut: Meningkatkan kadar metabolisme dan menghasilkan hormon yang boleh mempercepatkan pembakaran lemak.

  • Ia mengurangkan rintangan insulin: Keadaan ini akan mengakibatkan penurunan paras gula darah yang boleh merendahkan risiko kencing manis jenis 2.

  • Ia bermanfaat untuk jantung anda: Ia mengurangkan tekanan darah, kolesterol LDL, paras gula darah dan banyak lagi.

  • Dan sekiranya anda bukan muslim dan tidak pernah cuba berpuasa sebelum ini, saat inilah tempoh yang sesuai untuk anda mencubanya!

Meluangkan masa bersama kawan-kawan secara maya dengan bermain permainan video atas talian

Kami mengesyorkan anda bermain Skribbl.io, iaitu sejenis permainan atas talian di mana anda perlu mengambil giliran untuk melukis sementara individu lain perlu meneka lukisan anda dengan betul, sama seperti Pictionary maya. Malah, anda juga boleh menetapkan temanya kepada Ramadan atau Hari Raya.

Berbuka puasa atas talian bersama kawan-kawan

Salah satu bahagian paling seronok ketika tempuhi Ramadan ialah berpeluang untuk berbuka puasa dengan keluarga dan kawan-kawan, tidak kira bangsa atau agama. Tetapi, disebabkan kita tidak boleh makan di luar seperti sebelum ini, jadilah lebih inovatif dengan mengadakan sesi berbuka puasa secara maya! Kumpulkan insan tersayang anda dan makan bersama menerusi panggilan video atas talian.

Nah, banyak perkara yang boleh dilakukan bukan? Walaupun musibah ini sangat menjejaskan keadaan setiap manusia di negara kita, marilah kita fikir dari sudut yang positif kerana terdapat banyak lagi hikmah dan kebaikan disebaliknya. Sebagai contoh, situasi Ramadhan di PKP ini boleh mengeratkan silaturrahim kita bersama ahli-keluarga tersayang.

Sumber:

https://bernama.com/en/general/news_covid-19.php?id=1834896

http://english.astroawani.com/malaysia-news/mco-helps-inculcate-moderation-during-ramadan-239948

https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2020/05/588876/many-benefits-having-ramadan-during-mco

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/24/ramadan-for-muslims-under-the-mco

Summary
Article Name
Tips Menempuhi Ramadan di PKP
Description
Tempuhi Ramadan di PKP pada tahun ini dalam situasi yang berbeza dek kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: