Baju Nikah

Setiap pasangan bakal pengantin pasti akan melalui detik risau dan buntu untuk memilih warna pakaian yang akan dipakai pada hari bernikah dan persandingan. Perlu diambil kira warna apa yang sesuai dipadankan dengan bentuk badan dan tona warna kulit pasangan tersebut.

Perlu diketahui bahawa tips untuk memilih warna baju pengantin adalah penting kepada kedua-dua pasangan, pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Namun, pengantin perempuan perlu diberi keutamaan kerana pengantin perempuan adalah watak utama semasa majlis berlangsung nanti.

Tips Memilih Warna Baju Pengantin

Faktor utama yang perlu diberi keutamaan dalam mencari warna baju pengantin adalah warna kulit pasangan itu sendiri. Pemilihan warna baju yang betul mampu menaikkan seri pengantin pada hari majlis berlangsung nanti.

Jadi kita dapat ringkaskan bahawa pemilihan warna baju yang betul semasa hari pernikahan adalah penting. Jadi untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, kami akan kongsikan tips yang berguna dalam memilih warna baju pengantin.

Faktor yang perlu dititikberatkan:

  1. Warna kulit

Imej dari Google

Terdapat beberapa tona kulit yang dimiliki oleh manusia, dan setiap tona mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Jadi, pengantin perlu bijak dalam menyesuaikan warna baju mereka dengan tona kulit masing -masing supaya mereka akan kelihatan cantik dan berseri dengan pakaian yang dikenakan nanti.

Warna yang lebih neutral akan kelihatan luar biasa terhadap warna kulit yang mempunyai “neutral undertone”. Pilih warna gaun pengantin bewarna putih atau kelabu dan anda boleh memilih tudung atau penutup kepala dengan warna champagne atau blush.

  • Kulit putih

Tona warna kulit yang putih, sesuai untuk mengenakan pelbagai warna baju. Namun, untuk menaikkan lagi seri pengantin, anda disarankan untuk mengenakan baju yang kontra dengan warna kulit pengantin. Contoh warna yang disarankan ialah, biru, ungu, merah, dan kelabu.

Tona warna ini mampu menampakkan raut wajah yang cantik dan berseri, kontra dengan warna kulit.

Pengantin dinasihatkan untuk mengelakkan memilih warna yang pastel ataupun pudar, di mana warna-warna ini akan menampakkan pengantin menjadi pucat dan tidak bermaya. Namun jika pengantin masih mahu untuk mengenakan warna baju ini, pengantin perlu memberi fokus yang lebih terhadap make-up.

  • Kuning langsat/Cerah

Warna kulit kuning langsat ialah warna putih yang kekuningan. Bakal pengantin yang mempunyai tona kulit ini sesuai untuk menggayakan baju yang berwarna garang seperti merah terang, biru gelap, ungu pekat, dan merah pekat. Pengantin dinasihatkan untuk mengelakkan daripada memilih tona warna yang berwarna krim, coklat dan oren. Warna-warna ini akan menjadikan wajah kusam dan tidak bermaya.

  • Sawo matang

Pengantin dengan tona sawo matang adalah lebih gelap berbanding mereka yang mempunyai kulit kuning langsat. Warna kulit ini sesuai untuk mengenakan pelbagai warna pakaian. Namun warna coklat gelap dan kuning mampu membawa kesuraman dan hilang seri pada wajah pengantin.

  • Hitam manis/ gelap

Pengantin dengan tona warna ini perlu bijak dan peka dalam memilih warna baju. Antara warna yang sesuai digayakan semasa hari bahagia pengantin adalah merah, jingga, hijau, plum, kuning dan royal blue. Warna-warna ini mampu menonjolkan sifat kontra dengan warna kulit pengantin justeru menaikkan lagi seri wajah pengantin.

2. Bentuk badan

Imej dari, Google

  • Badan gempal

Bentuk tubuh badan pengantin juga memainkan peranan penting dalam memilih warna baju. Bagi pengantin yang mempunyai tubuh badan yang gempal, warna baju yang sesuai adalah warna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru ataupun hijau. Warna gelap mampu membuatkan pengantin kelihatan langsing, dan elakkan daripada memakai warna yang terang kerana warna ini akan membuatkan kita kelihatan lebih gempal.

  • Badan kurus

Bagi pengantin yang berbadan kurus, pemilihan warna pakaian tidak akan menjadi isu yang besar, kerana mereka ini akan tetap kelihatan cantik dengan setiap jenis pakaian yang dikenakan.

3. Tema majlis

Imej dari, Google

Sudah menjadi adat dalam majlis kahwin untuk menetapkan satu tema yang melambangkan majlis tersebut. Jadi pemilihan warna baju haruslah mengikut teman yang telah ditetapkan supaya pengantin kelihatan sedondon dengan teman yang dipilih.

  • Warna trendy untuk tema moden

Sekiranya tema moden menjadi pilihan majlis tersebut, pengantin wajar memilih warna baju seperti royal blue dan digukan dengan toxedo bagi pengantin lelaki. Warna royal blue menampakkan moden dan tidak lapuk dimakan usia.  Namun, selain royal blue, warna hijau atau merah hati juga sesuai dipilih berdasarkan tema ini.

  • Warna klasik untuk tema tradisional

Untuk tema tradisional pula, warna yang sesuai untuk dipilih ialah kuning, coklat dan ungu, dan digandingkan dengan pemilihan kain berasaskan songket atau tenunan. Tema tradisional adalah tema yang paling ringkas dan menjadi pilihan ramai kerana ia tidak lapuk dek zaman. Namun, bertemakan klasik, bukan beerti gaya baju tidak mengikut pergerakan zaman, pastikan design baju adalah up-to-date. Lebih selamat untuk pengantin mengenakan baju daripada kain songket atau kebaya moden.

Tersebut adalah serba sedikit tips yang dapat kami kongsikan berkaitan pemilihan warna baju pengantin yang sesuai untuk pasangan pengantin. Trend tahunan tidak boleh dijadikan kayu ukuran dalam memilih warna baju pengantin, tetapi warna baju perlulah dipilih berdasarkan ciri-ciri pasangan pengantin tersebut.

Sumber:

https://www.brittenweddings.com/pages/how-to-choose-a-bridal-outfit-based-on-your-skin-tone#:~:text=When%20choosing%20a%20bridal%20gown,both%20flatter%20and%20look%20fantastic.

Summary
Tips Memilih Warna Baju Pengantin
Article Name
Tips Memilih Warna Baju Pengantin
Description
Setiap pasangan bakal pengantin pasti akan melalui detik risau dan buntu untuk memilih warna pakaian yang akan dipakai pada hari bernikah dan persandingan. Perlu diambil kira warna apa yang sesuai dipadankan dengan bentuk badan dan tona warna kulit pasangan tersebut.
Tagged: