Tips Memelihara Alam Sekitar Daripada Bloggers Dan Influencers Alam Sekitar
Sekiranya anda menyayangi dan ingin memelihara alam sekitar mari cuba tips untuk memelihara alam sekitar daripada bloggers dan influencers ini.

Sekiranya anda menyayangi dan ingin memelihara alam sekitar, mari cuba tips memelihara alam sekitar daripada bloggers dan influencers ini.

Cara untuk meminimumkan pembaziran syampu – Melissa Tan

Melissa Tan, seorang blogger alam sekitar yang terkenal telah berkongsi tips bagi mengelakkan pembaziran syampu melalui pengalaman beliau sendiri. Berikut merupakan cara mudah yang boleh anda ikuti:

  • Syampu Isian Semula (Refillable Shampoo)
    Cara mudah untuk mengurangkan pembaziran syampu anda adalah dengan menggunakan pek syampu isian semula! Misalnya, di Lembah Klang, anda boleh membeli pek isian semula ini di kebanyakan kedai tanpa pembaziran (zero waste store) dan farmasi.
  • Bar Syampu
    Bar syampu juga merupakan cara mudah untuk mengurangkan pembaziran syampu anda. Sifatnya agak sama dengan syampu biasa yang digunakan jadi, anda tidak perlu risau untuk menggunakannya. Namun, jika bar syampu tersebut diperbuat daripada 99% bahan semulajadi, kulit kepala anda mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan bar syampu tersebut.
  • Sabun Castile
    Sabun Castile adalah sabun berbentuk cecair yang dihasilkan daripada minyak zaitun dan ia boleh digunakan untuk membersihkan apa-apa sahaja! Jenis yang terkenal seperti Sabun Catile Dr Bronner didatangkan khas dalam botol plastik. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kepekatan tekstur sabun castile, sebuah botol akan mengambil masa yang sangat lama untuk dihabiskan.
  • Air Beras
    Air beras telah diwar-warkan sebagai rahsia nenek moyang untuk mengekalkan rambut yang panjang dan cantik oleh wanita Yao di Daerah Guangxi, China. Di samping itu, beras merupakan sebahagian daripada diet ruji masyarakat asia jadi, ia merupakan sumber yang mudah untuk didapati. Caranya? Anda Cuma perlu menyimpan air basuhan beras untuk membasuh rambut anda!
  • Sabun Kekacang
    Isi sebuah botol yang boleh dipicit dengan sabun kekacang dan air, goncang sehingga ia menghasilkan sabun (saponin) dan gunakannya sebagai syampu. Sabun ini boleh digunakan sebanyak beberapa kali sehinggalah ia sudah hilang ‘sabunnya’. Jadi, selepas ini anda boleh gunakannya sebagai kompos pula.
  • Lidah Buaya
    Lidah buaya adalah tumbuhan pelbagai guna yang dianggap sebagai pengganti syampu. Untuk menggunakannya, anda perlu mengupas kulitnya dan kisar daunnya. Kemudian, gosokkannya ke atas kepala anda seperti syampu dan urut kulit kepala anda dengan perlahan-lahan. Biarkan selama beberapa minit dan basuh.
  • Baking Soda + Cuka Sider Epal
    Baking soda dicampur dengan air sebagai syampu manakala cuka cider epal pula dijadikan sebagai perapi rambut untuk mengembalikan pH semulajadi rambut dan kulit kepala anda. Walau bagaimanapun, gunakannya dengan berhati-hati kerana tahap pHnya boleh beruba-ubah.

Bawa Botol Air Sendiri – Zatashah

Zatashah merupakan seorang aktivis alam sekitar yang terkenal. Dalam salah satu kirimannya di akaun Instagram, beliau telah mengingatkan semua orang untuk membawa botol air ke mana-mana sahaja mereka berada. Misalnya, jika kita ingin membeli jus buah-buahan di kedai seperti Boost dan sebagainya, kita oleh menggunakan botol tersebut bagi menggantikan bekas yang tersedia. Perkara ini boleh membantu mengelakkan pembaziran dan melindungi alam sekitar kita.

Fesyen daripada tumbuh-tumbuhan – Mylking

Mylking adalah sebuah blog mengenai sumber bahan mesra-alam. Mereka turut menyediakan senarai jenama fesyen yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan. Menurut mereka, terdapat beberapa istilah bagi menjelaskan ‘’fesyen mesra-alam’’ atau ‘sustainable fashion’. Namun, secara umum, berikut merupakan tiga perkara yang perlu diberi tumpuan ketika memilih pakaian: manusia, alam sekitar dan spesies hidupan.

Ketahui tentang jenama fesyen mesra-alam dengan lebih lanjut dan lawati laman web mereka: https://www.mylking.com/plant-based-fashion-brands

Summary
Tips Memelihara Alam Sekitar Daripada Bloggers Dan Influencers Alam Sekitar
Article Name
Tips Memelihara Alam Sekitar Daripada Bloggers Dan Influencers Alam Sekitar
Description
Sekiranya anda sayang dan ingin memelihara alam sekitar, mari cuba tips untuk memelihara alam sekitar daripada bloggers dan influencers ini!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: