Tips Membuat Bunga Manggar Secara DIY

Bunga manggar digunakan ketika mengiringi pasangan pengantin dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Bunga manggar juga digunakan dalam majlis keramaian yang lain di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Selain majlis perkahwinan, bunga manggar digunakan ketika menyambut orang kenamaan, adat istiadat diraja dan sebagainya. Biasanya dalam setiap majlis menggunakan 2 batang bunga manggar yang siap dihias cantik dan akan dipegang oleh lelaki atau wanita ketika berarak.

Bunga manggar yang siap dijual agak mahal bergantung kepada jenis hiasan, kualiti dan material yang digunakan. Hampir kebanyakan majlis perkahwinan yang kita hadiri menggunakan bunga manggarnya adalah sama dan yang berbeza hanyalah warna dan bentuk.

Artikel kali ini kami ingin berkongsi idea DIY tentang cara untuk membuat bunga manggar. Ia boleh boleh digunakan idea untuk majlis perkahwinan atau majlis keraian lain. Selain kelihatan unik dan cantik, ia juga akan menarik perhatian tetamu yang datang.

Cara Buat Bunga Manggar DIY


Bunga manggar diperbuat daripada batang lidi yang dibalut dengan kertas atau plastik yang berkilat dan dipotong berbentuk juraian. Setelah mengemaskan balutan, lidi akan dicucuk pada betik muda.

Kemudian, sebatang kayu yang panjang digunakan untuk mencucuk betik di bahagian atas. Batang tersebut digunakan sebagai pemegang dan bunga manggar jenis ni dah terlalu biasa digunakan sejak zaman-berzaman.
Pada zaman serba morden ini, bunga manggar telah dihasilakn dengan berbagai cara mengikut kreativiti masing-masing meggunakan pelbagai bahan.

Menggunakan Gula-Gula

bunga manggar
Gula-gula boleh digantikan sebagai bunga manggar dengan menggunakan plastik atau kertas yang kilat untuk membalut keseluruhan batang lidi. Kertas tersebut tak perlu dipotong secara rambu-ramba. kemudian, ikat gula-gula di sepanjang batang lidi tersebut. Biarkan gula-gula tersebut terjuntai supaya kelihatan cantik dan menarik. selepas majlis selesai, gula-gula tersebut boleh dibahagikan kepada kanak-kanak.

Menggunakan Kapas
Ada pengantin perempuan yang mengimpikan tema perkahwinan ala-ala fantasi. Misalnya jika pengantin nak tema Frozen atau Alice In Wonderland untuk cipta kelainan, anda boleh cipta bunga manggar salji. Dengan cara seperti berikut:

Gunakan kertas berwarna putih untuk membalut lidi dan ambil kapas muka untuk dibentukkan seperti awan dengan pelbagai saiz. Tampalkan pada batang lidi tadi, pastikan jugak bunga manggar kelihatan sebatang pokok yang dilitupi salji.

Supaya nampak lebih cantik, anda boleh tampal serbuk kilat berwarna silver pada permukaan kapas. Ia akan kelihatan seperti benar-benar di dalam alam fantasi.

Menggunakan Manik Plastik
Bunga Manggar boleh di buat dengan menggunakan manik-manik plastik bersaiz besar yang biasanya digunakan untuk mencantikkan baju. Ia boleh dicari di kedai jahit, kedai menjual barangan kraf atau kedai barangan perkahwinan.

Batang lidi tersebut perlu diwaranakan mengikut tema majlis anda. Cara paling mudah adalah menggunakan penyembur warna. Contohnya tema warna pelamin ialah putih, anda boleh mewarnakan lidi tersebut dengan warna putih.

Kemudian, masukkan manik-manik mengikut warna kegemaran ke dalam lidi tadi. Anda boleh menggunakan gam untuk memastikan manik-manik tersebut tidak bergerak,. untuk kelihatan lebih cantik atau menarik, anda perlu menggunakan batang lidi yang banyak.

Bunga manggar ini boleh dijadikan hiasan pasu bunga di rumah apabila majlis selasai.

Manggunakan Bunga Plastik Tiruan
Tak perlu beli bunga tiruan yang mahal-mahal hanya beli saja di Eco. Pilih warna dan jenis bunga kesukaan. Potong bahagian tangkai bunga tersebut dan daun-daun pada tangkai yang dipotong tidak perlu dibuang.

Balut batang lidi menggunakan reben satin. Kemudian, letakkan bunga-bunga tersebut mengikut kreativiti ana. Daun-daun tadi bleh dipampalkan pada lidi tersebut. Ia, boleh digubah semula dan dihias dalam pasu bunga dan letakkan di rumah anda.

Menggunakan Bunga Kertas

bunga manggar
Jika anda mempunyai kemahiran untuk membuat bunga menggunakan kertas atau tisu, inilah masa yang sesuai untuk tunjukkan bakat. Cara buat bunga manggar ni sama saja dengan yang bunga plastik tiruan.

Menggunakan Lampu LED
Pada zaman ini, ada pasangan pengantin yang suka buat majlis perkahwin pada waktu malam. Majlis ada dibuat di rumah, dewan, hotel dan sebagainya. Tema bagi majlis kahwin pada waktu malam lazimnya lebih mementingkan faktor pencahayaan.

Anda boleh buat kelainan dengan menggunakan bunga manggar LED ketika berarak. Pasti tetamu yang hadir terlopong dengan keyunikannya. Selain nampak cantik ketika berarak, limpahan cahaya LED akan buat pasangan pengantin tampak berseri-seri.

Anda boleh membalut batang lidi menggunakan kain satin kerana ia lebih berkilat dan balutkan secara kemas wayar lampu LED. Bahagian baterinya boleh disembunyikan ke bahagian batang. Kemudian, anda boleh meletakkan kotak di atasnya bagi menggantikan buah betik.

batang lidi tidak perlu dibalut sepenuhnya dengan LED kerana kosnya agak tinggi. Anda boleh selang-selikan dengan hiasan kristal plastik yang tergantung. Ia kana nampak mewah dan eksklusif.

Menggunakan Bulu Burung Unta

bunga manggar
Bunga manggar dibuat daripada bulu burung unta akan kelihatan seperti daun pokok kelapa yang melentuk-lentuk. Ia boleh dibeli secara online. Terdapat pelbagai saiz dan warna di pasaran. Harganya sedikit mahal kerana bulu burung unta sukar untuk didapati. Dengan menggunakan bulu burung unta, anda boleh terus mencucuknya pada span atau gabus tanpa perlu menggunakan lidi.

Selain nampak cantik dan unik, bunga manggar ini boleh digunakan semula sebagai hiasan di rumah. Anda boleh menggunakan idea ini untuk mendapatkan kelainan.

Sumber: https://bidadari.my/bunga-manggar-diy/

Tagged: