Pihak sekolah selalunya akan mengadakan pertandingan melukis poster anti-dadah untuk anak-anak anda sertai demi meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk dadah dalam kehidupan di samping meningkatkan tahap kreativiti dan kemahiran mereka.
Sekiranya anda sedang mencari idea ataupun tips untuk membantu anak-anak anda untuk melukis poster begini, anda berada di tempat yang betul!
Berikut adalah beberapa contoh dan tips untuk melukisnya.
Warnakan dengan warna yang terang
Sebagai contoh lukisan poster di atas, ia diwarnakan dengan terang dan ia akan menjadikannya mudah untuk menarik perhatian orang di samping menjadikannya lebih menarik dan tidak kelam.
Yang paling terserlah adalah tulisan ‘DADAH’ yang berwarna merah dan hitam, sangat sesuai dengan temanya.
Jangan abaikan latar poster anti-dadah
Warnakan latar belakang poster dengan warna yang sesuai.
Ini bertujuan untuk membantu elemen lain di dalam poster lebih menonjol selain menjadikannya lebih menarik.
Masukkan elemen-elemen yang bersesuaian
Untuk menjadikannya releven kepada temanya iaitu tema anti-dadah, masukkan elemen-elemen bersesuaian seperti pil, simbol beracun/tengkorak, picagari dan sebagainya.
Untuk tahap kanak-kanak, lukisan seperti di atas sudah sangat mencukupi. Lukiskan sahaja bentuk-bentuk yang mudah bagi mereka dan warnakan dengan pilihan warna yang sesuai.
Dadah dan ciri-cirinya
Untuk poster tahap pelajar sekolah menengah, mereka boleh mengambil contoh seperti poster di atas. Poster tersebut menunjukkan dadah dan ciri-cirinya. Idea lain adalah jenis-jenis dadah. Poster seumpama ini bersifat informasi, sesuai dengan peringkat umur pelajar sekolah menengah.
Namun begitu, sebelum membuat poster anti-dadah sebegini, pelajar haruslah mencari tahu serba sedikit maklumat sebelum menukarkannya dalam bentuk poster.
Tunjukkan kesan buruk dadah
Tunjukkan kesan buruk pengambilan dadah di dalam poster. Tidak perlu menjadikannya terlalu terperinci.
Contohnya seperti poster anti-dadah di atas, cukup dengan menunjukkan imej yang tidak terurus dan kurus.
Besarkan Tulisan Poster Anti-Dadah
Besarkan tulisan di poster untuk menekankan lagi tema poster.
Tulisan adalah penting untuk menyampaikan mesej poster tersebut.
SUMBER:
https://oligarkhy.web.app/poster-anti-dadah-2019-paling-cantik.html
https://ainulazreen.blogspot.com/2011/11/aku-akak-no1.html
https://senilukis101.wordpress.com/koleksi/poster/