tiga varian coronavirus
Pakar genetik dari Britain dan Jerman telah mengesan laluan evolusi Coronavirus dan menentukan bahawa pada saat ini terdapat tiga varian Coronavirus penyebarannya di seluruh dunia.

Pakar genetik Britain dan Jerman telah mengesan laluan evolusi Coronavirus dan menentukan bahawa terdapat tiga varian Coronavirus penyebaran di seluruh dunia. Penemuan bagaimana varian tersebut terbentuk dan tersebar boleh membantu para saintis untuk mengenalpasti sumbernya dan menerangkan mengapa ia mudah menular.

Para penyelidik menganalisis 160 genom viral lengkap pertama ekoran daripada pesakit manusia antara 24 Disember dan Mac 4, kemudian mereka membina semula laluan evolusi awal Covid-19 dalam manusia melalui mutasinya.

Terdapat banyak mutasi pantas untuk mengesan salasilah keluarga COVID-19. Menurut Peter Forster, seorang pakar genetik di Universiti Cambridge dan seorang peneraju utama kajian tersebut, mereka menggunakan kaedah jaringan algoritma matematik untuk menggambarkan kesemua salasilah yang munasabah.  

Teknik-teknik tersebut lebih dikenali sebagai pemetaan pergerakan populasi manusia prasejarah melalui DNA. Mereka memikirkan bahawa kaedah ini merupakan yang pertama digunakan untuk menjejak laluan jangkitan Coronavirus seperti Covid-19.

Pasukan tersebut melabelkan ketiga-tiga varian Coronavirus sebagai A, B dan C

Jenis A adalah yang paling hampir dengan Coronavirus yang ditemui dalam kelawar dan walaupun dijumpai di Wuhan, iaitu pusat permulaan penularan virus tersebut, ia bukanlah jenis utama.

Seterusnya, jenis C merupakan varian yang kebanyakannya dijumpai di Eropah berdasarkan kes-kes di Perancis, Itali, Sweden dan England. Ia tidak dikesan dalam mana-mana pesakit di tanah besah China, walaupun dijumpai dalam sampel daripada Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.

Para penyelidik merumuskan bahawa varian A adalah punca asal penularan pandemik COVID-19 kerana ia paling hampir dengan virus yang dikesan pada kelawar dan tenggiling. Jenis B pula berasal daripada jenis A, diasingkan dengan dua mutasi, manakala jenis C adalah ‘’anak’’ kepada varian B.

Virus Wuhan Jenis B boleh disesuaikan dengan immunologi atau persekitaran kepada sebahagian besar populasi Asia Timur. Ia mungkin perlu bermutasi untuk mengatasi rintangan luar Asia Timur. Walau bagaimanapun, pada fasa awal kadar mutasi virus tersebut adalah lebih perlahan di negara-negara Asia Timur berbanding negara-negara lain.

Para penyelidik terbabit telah mendokumentasikan 10 mutasi dalam perjalanan viral dari Wuhan ke Mexico. Oleh kerana mereka telah membina semula ‘salasilah keluarga’ (sejarah evolusi) virus manusia itu, mereka boleh menggunakan maklumat yang diperolehi untuk menjejak laluan virus itu dari seorang individu kepada individu seterusnya justeru itu memiliki peralatan statistik untuk membendung jangkitan sekiranya virus itu berulang kembali pada masa hadapan. Melalui maklumat yang ditemui, para penyelidik boleh menentukan bila virus akan menular.

Lu Jiahai, seorang pakar epidemiologi di Unversiti Sun Yat-Sen Guangzhou berkata, kajian itu telah memberi analisis awal mengenai genom dan variasi molekular. Virus tersebut bermutasi sewaktu penyebarannya dan telah menjadi lebih adaptasi kepada penyebaran antara manusia dalam populasi yang berbeza dari negara yang berbeza. Namun begitu, oleh kerana varian coronavirus terbabit berkaitan antara satu sama lain, menjejaki mutasi dalam kalangan kumpulan berbeza boleh membantu menentukan asal-usul virus itu.

Kajian ini menampilkan bahawa penyebaran virus ini semakin mengadaptasi kepada populasi yang berbeza jadi, pandemik ini perlu diambil serius. Semua individu perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada pencegahan dan pengawalan kerana virus ini mungkin wujud bersama manusia buat masa yang lama.

SUMBER

https://www.straitstimes.com/singapore/health/no-evidence-covid-19-can-spread-through-air-con-systems

https://www.sciencedaily.com/releases/2020/07/200702144054.htm

Summary
Tiga Varian Coronavirus, Menurut Para Penyelidik
Article Name
Tiga Varian Coronavirus, Menurut Para Penyelidik
Description
Pakar genetik dari Britain dan Jerman telah mengesan laluan evolusi Coronavirus dan menentukan bahawa pada saat ini terdapat tiga varian Coronavirus penyebarannya di seluruh dunia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: