Now Reading
Tiga Jenis Emas & Emas Palsu

Tiga Jenis Emas & Emas Palsu

Pengenalan

Salah satu anugerah Tuhan buat kita di atas muka bumi ini adalah bahan galian (mineral). Terdapat pelbagai jenis bahan galian di bumi kita ini. Setiap satunya mempunyai fungsi, peranan dan manfaatnya masing-masing.

Antara bahan galian yang menjadi perhatian orang ramai adalah emas. Sehingga kini, emas merupakan suatu benda yang mempunyai nilai yang tersendiri. Dahulu, emas merupakan salah satu barang transaksi utama dalam urusan jual beli. Meskipun kini sistem wang kertas dan digital memainkan peranan utama dalam urusan niaga serta jual beli, emas masih lagi mempunyai nilai dan kedudukannya yang istimewa.

Emas Itu Bernilai

Terdapat sebilangan pihak yang masih menerima emas sebagai bahan transaksi jual beli. Selain itu, terdapat juga beberapa urusan lain dalam konteks masyarakat orang Melayu yang masih lagi menerima emas sebagai suatu barang yang dianggap harta dan bernilai. Salah satunya adalah dalam urusan perkahwinan. Terdapat sebilangan pengantin yang menggunakan emas dalam urusan mas kahwin.

Kepelbagaian Emas

Dalam tulisan ini akan akan kami kongsikan tiga jenis emas dan panduan ringkas untuk membezakan emas tulen dan palsu. Terdapat kepelbagaian emas ini disebabkan beberapa faktor. Salah satunya adalah kerana kerja tangan manusia itu sendiri yang mencampur beberapa jenis bahan tertentu dengan sejenis emas itu yang kemudiannya suatu jenis emas. Tiga jenis emas yang kami kongsikan ini lazimnya terdapat di pasaran barang kemas (jewelry).

Tiga Jenis Emas di Pasaran

Dalam pasaran barang kemas moden kini, terdapat tiga jenis emas yang lazimnya dijual iaitu:

  • Emas kuning (yellow gold)
  • Emas putih (white gold)
  • Rose Gold

Jenis-jenis warna emas ini bergantung kepada besi yang digunakan dalam campuran alloy.

Yellow Gold

What is Yellow Gold? All Your Questions Answered

Gabungan emas tulen dengan besi lain seperti zink dan kopper.

White Gold

Classic Illusion Set Diamond Ring in 9k White Gold โ€“ Lazo Diamond

Campuran palladium atau nickel untuk menghasilkan warna yang hampir kepada kelabu (silver) atau platinum.

Rose Gold

Jewellery - Classic Ring in rose gold - Size 56 | DW

Alloi yang mengandungi sekitar 25% kopper, yang mana menghasilkan warna pinkish.

Memilih Emas Berdasarkan Warna

Pilihan untuk memiliki emas itu adalah pilihan masing-masing. Bagi mereka yang berkemampuan untuk memiliki emas, mereka perlu memilih jenis emas untuk dimiliki.

Pilihan besar yang perlu mereka tetapkan adalah ketikamana hendak memilih warna emas. Warna manakah yang paling menonjol pada pandangan kita? Warna manakah yang terbaik yang menepati tona kulit kita dan gaya pemakaian kita?

Apabila kita hendak beli barang kemas emas seperti rantai, cincin atau gelang, pastikan kita mengambil kira kesesuaian warna emas itu dengan diri kita atau individu yang hendak kita hadiahkan.

Mengapa Membeli Emas?

Sebagai orang baru hendak membeli emas, perlu juga untuk kita mengetahui tujuan kita membeli emas. Emas mempunyai kualiti atau grade yang berbeza serta jenis yang pelbagai. Dengan mengetahui tujuan kita membeli emas, kita akan lebih mudah dalam membuat keputusan untuk memilih jenis emas yang hendak dibeli.

Panduan Mengenalpasti Emas Palsu

1. Mengenalpasti gred emas

Emas terdiri daripada pelbagai jenis gred yang dikenali sebagai Karat (K). Gred-gred ini menentukan kadar peratus emas dalam kandungan barang kemas. Ianya juga mempengaruhi kadar harga emas tersebut.

  • K9- mengandungi 37.50% kandungan emas, kebiasaannya akan dijumpai nombor 375 dicop pada barang kemas tersebut.
  • K10- mengandungi 41.70% kandungan emas, kebiasaannya akan dijumpai nombor 417 dicop pada barang kemas tersebut.
  • K14- mengandungi 58.50% kandungan emas, kebiasaannya akan dijumpai nombor 585 dicop pada barang kemas tersebut.
  • K18- mengandungi 75.00% kandungan emas, kebiasaannya akan dijumpai nombor 750 dicop pada barang kemas tersebut.
  • K20- mengandungi 83.50% kandungan emas, kebiasaannya akan dijumpai nombor 835 dicop pada barang kemas tersebut.
  • K22- mengandungi 91.60% kandungan emas, kebiasaannya akan dijumpai nombor 916 dicop pada barang kemas tersebut.
  • K24- mengandungi 99.99% kandungan emas, kebiasaannya akan dijumpai nombor 999/9999 dicop pada barang kemas tersebut.

Nombor yang dicop pada emas itu biasanya teramatlah kecil dan sukar untuk melihatnya dengan mata kasar. Oleh itu, disarankan untuk menggunakan loupe supaya kita boleh lihat dengan lebih jelas gred emas tersebut. Gred emas seperti 999.99 dan 916 merupakan yang paling mahal berbanding gred-gred di bawahnya.

2. Uji emas dengan magnet

Emas yang tulen tidak mengandungi besi dalamnya. Anda boleh menggunakan magnet untuk menguji emas tersebut tulen atau palsu. Cuba dekatkan magnet di atas emas yang hendak diuji, jika emas tersebut melekat pada magnet, itu bermakna emas tersebut adalah palsu ataupun jenis Gold plated. Emas tulen tidak akan berinterasi dengan magnet.

3. Mesin Hydrometer

Precious metal tester atau mesin hydrometer ini boleh diperolehi di kedai-kedai emas atau kedai membeli emas. Kalian boleh membawa emas kalian ke kedai emas untuk periksa emas itu tulen atau sebaliknya. Mesin ini juga boleh mengesan berat dan ketulenan serta ketumpatan bagi suatu emas tersebut.

4. Acid Test

Acid test ini juga boleh kita dapatkan di kedai-kedai emas. Kalian boleh membawa emas kalian ke kedai emas untuk periksa emas itu tulen atau sebaliknya dengan menggunakan acid test ini. Pertama, adalah dengan mengores sedikit emas yang ingin diuji ke batu yang disediakan. Selepas itu, letakkan air acid pada goresan tersebut. Seandainya warna emas hilang setelah diletakkan air acid itu, maka emas tersebut adalah palsu. Seandainya warna kekal, maka emas tersebut adalah tulen.

Sumber

https://donrobertojewelers.com/blog/what-are-the-different-types-of-gold-that-are-available

error: Content is protected !!