Tibi
Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman “Mycobacterium Tuberculosis” (Kuman Tibi).

Punca Tibi

Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman “Mycobacterium Tuberculosis” (Kuman Tibi). Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat  penyakit ini kerana kuman-kuman Tibi akan terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang. Akan tetapi jika sistem pertahanan badan seseorang itu menurun, penyakit ini menjadi aktif.

Simptom Tibi

Batuk yang berpanjangan melebihi 2 minggu
lelaki sedang batuk
Batuk berdarah
lelaki batuk berdarah
Demam berpeluh terutama pada waktu petang atau malam.
Kurang selera makan
wanita yang tak suka makan
Berat badan yang menurun
Mudah letih dan lembah badan

Diagnosis Tibi

Ujian ‘Mantoux’ ialah ujian yang di lakukan untuk menyiasat jangkitan penyakit ini pada seseorang. Ujian ini di lakukan kepada individu yang ada hubungan rapat dengan pesakit Tibi seperti keluarga, kawan dan lain-lain.

Sedikit cecair ’Tuberculin’ disuntik di bahagian kulit lengan. Individu yang terdedah kepada jangkitan Tibi akan menunjukkan reaksi positif selepas 72 jam pada kawasan kulit yang di suntik, iaitu tanda kemerahan yang besarnya lebih 10mm.

Individu yang menunjukkan reaksi positif akan menerima rawatan pencegahan untuk menghidar dari mendapat penyakit ini

Faktor Risiko Tibi

  • Penduduk yang mempunyai status kehidupan yang kurang dari segi makanan, perubatan, kesihatan dan sosial.
  • Pesakit yang menghidap penyakit AIDS atau mempunyai daya tahan badan yang lemah
  • Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, asma, “COPD” (Penyakit lelah) penyakit kanser dan lain- lain.
  • Pesakit yang memakan ubat steroid dalam jangka waktu yang lama.
  • Warga Emas

Rawatan Tibi

Rifampicin

Terdapat empat jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit ini. Antara ubat yang digunakan ialah:

  • Rifampicin.
  • Isoniazid.
  • Pyrazinamide
  • Ethambutol

Kebiasaannya, rawatan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Pada dua bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi di mana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari. Empat bulan seterusnya ia dikendaki memakan ubat tiga kali seminggu

Kebanyakan pesakit Tibi dapat meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa selepas dua hingga empat minggu diberikan rawatan.

Sumber

https://www.webmd.com/lung/understanding-tuberculosis-basics

https://www.healthline.com/health/tuberculosis

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250

https://www.medicalnewstoday.com/articles/8856

Summary
Tibi: Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Tibi: Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman “Mycobacterium Tuberculosis” (Kuman Tibi). Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana kuman-kuman Tibi akan terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang.
Publisher Name
Ceria sihat
Tagged: