Apakah itu Thyroxine
Thyroxine, juga disebut 3,5,3 ′, 5′-tetraiodothyronine, atau T4, adalah salah satu daripada dua hormon utama yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid (hormon lagi satu adalah triiodothyronine). Fungsi utama thyroxine adalah untuk merangsang penggunaan oksigen dan serta proses metabolisme bagi semua sel dan tisu di dalam badan.
Seterusnya, thyroxine terbentuk oleh penambahan molekul iodin ke asid amino thyroxine sementara yang terakhir terikat pada protein thyroglobulin. Rembesan thyroxine yang berlebihan dalam badan dikenali sebagai hipertiroidisme, dan kekurangan thyroxine pula disebut hipotiroidisme.
Fungsi Thyroxine
Thyroxine adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid ke dalam aliran darah. Apabila sudah berada dalam aliran darah, ia bergerak ke organ, seperti hati dan ginjal, di mana ia bertukar menjadi bentuk aktifnya iaitu triiodothyronine.
Selain itu, ia memainkan peranan penting dalam fungsi jantung dan pencernaan, metabolisme, perkembangan otak, kesihatan tulang dan kawalan otot. Thyroxine mempengaruhi hampir semua sistem badan, yang bermaksud tahap thyroxine yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan. Inilah sebabnya mengapa banyak doktor akan menguji tahap T4 bersama dengan tahap T3 yang lebih biasa ketika menguji individu bagi keadaan gangguan tiroid.
Sumber Thyroxine
Thyroxine adalah hormon utama yang dirembes ke dalam aliran darah oleh kelenjar tiroid. Ia adalah bentuk tidak aktif yang mana sebahagian besarnya ditukar menjadi bentuk aktif iaitu triiodothyronine oleh organ seperti hati dan buah pinggang. Hormon tiroid memainkan peranan penting dalam mengatur kadar metabolisme tubuh, fungsi jantung dan pencernaan, kawalan otot, perkembangan otak dan pemeliharaan tulang.
Pengeluaran dan pembebasan hormon tiroid, thyroxine dan triiodothyronine, dikendalikan oleh sistem gelung maklum balas yang melibatkan hipotalamus di otak dan kelenjar pituitari dan tiroid. Hipotalamus mengeluarkan hormon pembebasan tirotropin yang seterusnya merangsang kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon perangsang tiroid. Sistem ini membolehkan tubuh mengekalkan tahap hormon tiroid yang baik dalam badan.
Masalah berkaitan dengan terlalu banyak Thyroxine
Pembebasan terlalu banyak thyroxine dalam aliran darah dikenali sebagai ‘thyrotoxicosis’. Ini mungkin beraku disebabkan terlalu banyak aktiviti oleh kelenjar tiroid (hipertiroidisme), seperti bagi penyakit Graves, keradangan tiroid atau tumor jinak. Thyrotoxicosis juga dapat dikenal pasti oleh keadaan gout, yang merupakan pembengkakan pada leher kerana pembesaran kelenjar tiroid.
Gejala thyrotoxicosis lain termasuk intoleransi terhadap suhu panas, penurunan berat badan, peningkatan selera makan, peningkatan pergerakan usus, kitaran haid yang tidak teratur, degupan jantung yang cepat atau tidak teratur, rasa berdebar-debar, letih, mudah marah, gegaran, penipisan/ keguguran rambut dan penarikan semula kelopak mata yang menyebabkan individu kelihatan seperti sedang “merenung”.
Masalah berkaitan dengan tahap Thyroxine yang tidak mencukupi
Pengeluaran thyroxine yang terlalu sedikit oleh kelenjar tiroid pula dikenali sebagai hipotiroidisme. Ia mungkin terjadi kerana penyakit autoimun, pengambilan iodin yang buruk atau disebabkan penggunaan ubat-ubatan tertentu. Kadangkala, penyebabnya tidak diketahui.
Hormon tiroid adalah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental sehinggakan masalah hipotiroidisme yang tidak dirawat sebelum kelahiran atau semasa kecil dapat menyebabkan gangguan mental dan masalah pertumbuhan.
Hipotiroidisme pada orang dewasa boleh menyebabkan penurunan kadar metabolisme. Ia juga boleh mengakibatkan gejala seperti keletihan, intoleransi suhu sejuk, degupan jantung rendah, kenaikan berat badan, selera makan berkurangan, ingatan yang lemah, kemurungan, kekakuan otot dan masalah kesuburan.
Bagaimana untuk mengimbangi tahapThyroxine
Kelenjar tiroid adalah kecil, namun ia boleh memberi kesan besar pada setiap sel di dalam badan. Ia mengeluarkan hormon yang mempengaruhi metabolisme, pertumbuhan tulang, pengaturan suhu, kejelasan mental dan banyak lagi.
Malangnya, gangguan tiroid sangat biasa berlaku dan boleh menyumbang kepada keadaan seperti kemandulan dan penyakit autoimun. Doktor sering menetapkan ubat untuk gangguan tiroid, tetapi ada juga cara dan ubat pemakanan yang dapat membantu.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengimbangkan tahap hormon tiroid anda, tetapi pastikan anda bekerjasama dengan doktor untuk menentukan pendekatan terbaik untuk anda.
Uruskan tekanan dengan baik
Tekanan menyumbang kepada banyak cabaran berkaitan kesihatan, jadi ia mungkin tidak mengejutkan bahawa ia juga boleh memberi kesan negatif kepada tiroid anda. Tekanan boleh menjadi faktor penyumbang kepada permulaan gangguan autoimun tiroid, seperti ‘Hashimoto thyroiditis’ dan penyakit Grave. Jadi, luangkan masa untuk bernafas, lakukan hobi yang menyeronokkan atau bermeditasi kerana ini dapat membantu melindungi tiroid anda.
Bersenam secara berkala
Latihan bukan sahaja dapat membantu mengatur tiroid anda dengan menurunkan tahap tekanan, malah ia juga merangsang rembesan hormon tiroid dan meningkatkan kepekaan tisu terhadap hormon. Senaman dengan intensiti sederhana (mencapai kadar jantung maksimum 70 peratus) dan senaman intensiti tinggi (mencapai kadar jantung maksimum 90 peratus) dapat meningkatkan tahap hormon tiroid yang berfungsi dalam badan anda.
Tingkatkan pengambilan nutrien khusus
Vitamin dan mineral yang penting untuk pengeluaran dan penggunaan hormon tiroid merangkumi iodin, selenium, zink dan vitamin A, E, C, dan B. Makanan berikut adalah kaya dengan kandungan nutrien ini.
- Iodin: Rumpai laut, udang, salmon, sardin, tiram, telur
- Selenium: Kacang Brazil, makanan laut, daging organ
- Zink: Tiram, akar halia, kacang Brazil, badam, walnut, sardin
- Vitamin A: Daun hijau, tembikai susu, nektarin, pic, minyak hati ikan kod
- Vitamin E: Kacang tanah, kacang almond, biji bunga matahari, minyak zaitun, kuman gandum (wheat-germ)
- Vitamin C: Buah sitrus, strawberi, sayuran hijau, lada cili merah
- Vitamin B2: Ragi pembuat bir, telur, daging organ, susu, sayur-sayuran hijau
- Vitamin B3: Ragi, salmon, tuna, ayam, hati, cendawan
- Vitamin B6: Ragi pembuat bir, biji bunga matahari, kuman gandum (wheat-germ), tuna, salmon, hati
Minimumkan pendedahan kepada toksin dan radiasi
Minimumkan pendedahan anda terhadap makanan dan produk berikut, yang telah terbukti boleh mengganggu fungsi tiroid.
- Air paip yang tidak disaring, untuk tujuan minum dan mandi (racun perosak dan logam berat)
- Daging dan tenusu bukan organik (sisa hormon dan antibiotik)
- Ikan, terutamanya ikan besar seperti tuna (merkuri)
- Produk pembersih (bahan kimia)
- Makanan yang diproses (bahan tambahan)
- Kosmetik bukan organik (bahan kimia)
- Sinar-X gigi (radiasi)
- Bahan tahan api (bahan kimia)
- Rokok (bahan kimia)
- Fluorida
SUMBER
https://www.yourhormones.info/hormones/thyroxine
https://www.hormone.org/your-health-and-hormones/glands-and-hormones-a-to-z/hormones/thyroxine
https://www.britannica.com/science/thyroxine
https://chopra.com/articles/5-strategies-to-help-balance-your-thyroid