The Ordinary Natural Moisturising

The Ordinary adalah jenama terkenal yang berasal dari Kanada yang mengeluarkan pelembab Natural Moisturising Factors + HA dengan menggunakan bahan-bahan yang berisiko rendah terhadap pengguna seperti ceramide, glycerin, asid linoleik, dan asid hyaluronik.

Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa penggunaan pelembab wajah ini mampu memberikan peghidratan yang kekal lama pada kulit wajah. Ia juga akan menyerap dengan pantas ke dalam lapisan kulit jika ia bersesuaian dengan kulit anda.

Walau bagaimana pun, produk ini tidak disarankan kepada individu yang mempunyai kulit jenis berminyak dan mudah berjerawat. Manakala bagi individu yang jenis kulit kering, ia akan memberikan kelembapan yang mencukupi kepada kulit dan menjadikan kulit terasa lebih ringan.

Keunikan pelembab The Ordinary daripada pelembab wajah lain

Pelembab daripada The Ordinary ini agak istimewa kerana ia tidak hanya menggabungkan bahan humektan seperti asid hyaluronik dan emolien seperti cetyl alkohol, tetapi ia juga menggabungkan pelbagai asid amino yang bertindak untuk pengeluaran molekul yang mendorong penghidratan.

Bagaimana tekstur pelembab The Ordinary?

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana tekstur pelembab dari The Ordinary ini bukan? Apabila krim pelembab ini dikeluarkan dari tiub, anda akan dapat melihat bahawa ia adalah krim pelembab yang bertekstur padat dan tebal. Produk ini berwarna putih dan tidak mempunyai aroma yang menonjol kerana dalam ramuanya tidak mengandungi sebarang bahan pewangi atau pun minyak pati.

Sebaik sahaja anda menggunakan krim pelembab ini pada wajah anda akan merasakan teksturnya yang sangat ringan pada wajah, berair, dan mudah untuk meresap ke dalam kulit. Anda juga tidak memerlukan kuantiti yang banyak untuk menyebarkannya ke seluruh wajah, kerana sedikit sahaja sudah cukup untuk diratakan ke seluruh wajah untuk menghidratkan wajah anda.

Kelebihan Produk:

  • Tidak mengandungi bahan perengsa seperti alkohol, sulfat, paraben, dan wangian.
  • Asas mekap yang sempurna
  • Berfungsi sebagai asas yang licin untuk solekan
  • Mempunyai tekstur yang pekat dan berkrim dengan vitamin E tulen (tocopherol)
  • Membentuk sapuan rata dan tidak bercapuk di bawah solekan atau pelindung matahari

Teknologi yang digunakan dalam produk

Faktor Pelembap Semula jadi (NMF) adalah unsur yang memastikan lapisan luar kulit dilindungi dan terhidrat dengan baik. NMF terdiri daripada pelbagai asid amino, asid lemak, trigliserida, urea, ceramides, fosfolipid, gliserin, sakarida, natrium PCA, asid hyaluronik dan banyak sebatian lain yang secara semula jadi terdapat pada kulit.

Formula ini menawarkan penghidratan yang tidak berminyak kepada kulit bertindak sebagai suplemen topikal langsung komponen NMF yang mengalami kerosakan. Ia mengandungi 11 asid amino, fosfolipid, asid lemak alfa / beta / gamma, trigliserida, sterol dan ester sterol, gliserin, prekursor ceramide, urea, sakarida, natrium PCA dan asid hyaluronik. Ia menawarkan penghidratan segera dan hasil yang berkekalan dengan penggunaan berterusan.

Cara penggunaan:

Sapukan The Ordinary Natural Moisturizing Factors + HA pada tahap pelembapan, tepat selepas mencuci muka dengan pembersih muka The Ordinary Squalane Cleanser diteruskan dengan menggunakan serum seperti Hyaluronic Acid 2% + B5.

Sapukan pagi dan malam selepas serum untuk menghidrat kulit dengan segera dan untuk hasil yang berkekalan dengan penggunaan berterusan. Sekiranya kerengsaan berlaku, hentikan penggunaannya dengan segera. Gunakan hanya seperti yang diarahkan iaitu pada kulit yang tidak rosak atau mengalami sebarang luka.

Summary
The Ordinary Natural Moisturising Factors + HA
Article Name
The Ordinary Natural Moisturising Factors + HA
Description
The Ordinary adalah jenama terkenal yang berasal dari Kanada yang mengeluarkan pelembab Natural Moisturising Factors + HA dengan menggunakan bahan-bahan yang berisiko rendah terhadap pengguna seperti ceramide, glycerin, asid linoleik, dan asid hyaluronik.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: