tetrahydrozoline
Tetrahydrozoline berfungsi dengan menyempitkan saluran darah di mata untuk sementara waktu.

Pengenalan

Tetrahydrozoline berfungsi dengan menyempitkan saluran darah di mata untuk sementara waktu. Ia tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai ‘sympathomimetic amines’.

Beberapa jenama titisan mata tetrahydrozoline mungkin mengandungi pelincir. Pelincir inilah yang membantu melindungi mata kita daripada kerengsaan dan kekeringan.

Kegunaan Tetrahydrozoline

Ubat titisan mata ini digunakan bagi tujuan seperti:

  • Untuk melegakan kemerahan pada mata disebabkan iritasi mata yang sederhana.
  • Untuk melegakan rasa terbakar dan ketidakselesaan disebabkan kekeringan mata atau pendedahan pada angin atau cahaya matahari.
  • Untuk perlindungan daripada iritasi lanjut.

Cara menggunakan Tetrahydrozoline

Untuk menggunakan ubat titisan mata, basuh tangan anda terlebih dahulu. Jangan sentuh hujung ubat penitis atau biarkan ia menyentuh mata atau permukaan lain untuk mengelakkan pencemaran.

Tanggalkan kanta lekap sebelum menggunakan ubat titisan mata. Tunggu sekurang-kurangnya 10 minit dahulu sebelum anda memakai kanta lekap.

Condongkan kepala ke belakang, lihat ke atas, dan tarik kelopak mata  ke bawah untuk membuat takungan. Pegang ubat penitis terus ke atas mata dan letakkan 1 titisan ke dalam takungan. Lihat ke bawah dan tutup mata anda dengan perlahan selama 1 hingga 2 minit.

Letakkan satu jari di sudut mata berhampiran hidung dan tekan dengan lembut. Ini akan mengelakkan ubat daripada menitis keluar dari mata.

Cuba jangan berkelip mahupun menggosok mata. Ulangi langkah-langkah ini jika dos anda melebihi 1 titisan dan jika perlu digunakan untuk mata sebelah lagi jika diarahkan.

Langkah Berjaga-Jaga dan Amaran Penggunaan Tetrahydrozoline

Ubat ini boleh menyebabkan penglihatan kabur yang sementara setelah digunakan.

Oleh itu, jangan memandu, menggunakan peralatan atau mesin berbahaya, ataupun melakukan aktiviti yang memerlukan penglihatan yang jelas sehingga anda yakin anda dapat melakukan aktiviti tersebut dengan selamat.

Berhati-hatilah apabila menggunakan produk ini pada kanak-kanak kerana mereka mungkin lebih sensitif terhadap kesan produk, terutama iritasi mata.

Semasa kehamilan, ubat ini hanya boleh digunakan apabila betul-betul diperlukan sahaja. Bincangkan risiko dan faedah ubat ini dengan doktor anda.

Di samping itu, sebelum menggunakannya, periksa produk ini secara visual. Jangan gunakan ubat titisan mata jika cecair telah berubah warna atau keruh. Buang ubat ini jauh daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Jangan bilas penitis. Masukkan kembali penutup penitis ke dalam botol penitis dengan ketat selepas setiap penggunaan.

Sekiranya anda menggunakan ubat mata jenis lain (contohnya. titisan atau salap), tunggu sekurang-kurangnya 5 minit sebelum menggunakan ubatan lain. Gunakan titisan mata sebelum salap mata untuk membolehkan titisan mata masuk ke dalam mata.

Penggunaan ubatan sebegini secara berlebihan boleh menyebabkan kemerahan mata meningkat (kesan pemulihan ketika ubat habis).

Sekiranya ini berlaku, beritahu doktor anda. Jangan gunakan ubat ini lebih lama daripada tempoh selama 3 hingga 4 hari pada satu masa.

Jika keadaan anda berterusan atau bertambah buruk selepas 72 jam, atau jika anda berfikir bahawa anda menghadapi masalah perubatan yang serius, hentikan penggunaan ubat ini dan dapatkan bantuan perubatan segera.

Kesan sampingan Tetrahydrozoline

Pedih / kemerahan pada mata, iris mata yang melebar, atau penglihatan kabur mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Jika doktor telah mengarahkan anda untuk menggunakan ubat ini, ketahuilah bahawa beliau telah menilai penggunaannya daripada sudut profesional.

Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.

Beritahu doktor anda sekiranya terdapat kesan sampingan yang tidak mungkin berlaku tetapi serius seperti menggeletar (gegaran), degupan jantung yang cepat / berdebar / tidak teratur, sakit kepala, berpeluh, rasa lemah, dan kegelisahan.

Berhenti menggunakan ubat ini dan beritahu doktor anda sekiranyajika ada kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi sangat serius seperti sakit mata, kemerahan / gatal / bengkak yang teruk di dalam atau di sekitar mata, masalah penglihatan lain.

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan segera sekiranya anda mengalami gejala reaksi alergi yang serius, termasuk: ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening teruk, kesukaran bernafas.

Kontraindikasi Tetrahydrozoline

Kontraindikasi ubat ini adalah alergik terhadap bahan di dalam penitis mata tetrahydrozoline.

Interaksi Tetrahydrozoline

Interaksi penyakit oftalmik tetrahydrozoline

Terdapat 4 interaksi penyakit dengan tetrahydrozoline oftalmik yang merangkumi:

  • sudut sempit
  • BPH
  • kardiovaskular
  • diabetes

Dos Tetrahydrozoline

Dos dewasa biasa untuk masalah kekeringan / kemerahan Mata

  • 1 hingga 2 titis pada mata yang bermasalah – 4 kali sehari
  • Pesakit harus berhenti menggunakannya dan menghubungi pegawai perubatan sekiranya keadaan mereka bertambah buruk atau keadaan itu berlangsung lebih lama daripada 72 jam.

Dos kanak-kanak biasa untuk masalah kekeringan / kemerahan Mata

  • 6 tahun ke atas: 1 hingga 2 titis pada mata yang bermasalah – 4 kali sehari
  • Pesakit haruslah berhenti menggunakannya dan menghubungi pegawai perubatan jika keadaan mereka bertambah buruk atau keadaan itu berlangsung lebih lama daripada 72 jam.
  • Gunakan ubat ini pada mata yang bermasalah 4 kali sehari jika diperlukan atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-13749/tetrahydrozoline-ophthalmic-eye/details

https://www.healthline.com/health/eye-health/whitening-eye-drops

https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/18383-tetrahydrozoline-ophthalmic-drops

https://www.medicalnewstoday.com/articles/315681

Summary
Tetrahydrozoline (Iritasi Mata) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Tetrahydrozoline (Iritasi Mata) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Tetrahydrozoline berfungsi dengan menyempitkan saluran darah di mata untuk sementara waktu. Ia tergolong dalam kelas ubat
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: