Terung
Terung merupakan tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka.

Terung merupakan tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka. Ia merupakan salah satu sayuran berwarna ungu yang padat dengan khasiat luar biasa. Apakah khasiat tersebut? Mari ikuti artikel ini.

Khasiat Terung

1. Mengurangkan ketagihan merokok

lelaki sedang merokok

Bagaimana terung dapat mengurangkan ketagihan merokok? Ia mempunyai kandungan nikotin yang membantu perokok mengurangkan keinginan untuk merokok. Ini juga alternatif yang baik jika mereka ingin berhenti merokok secara semulajadi.

2. Kaya dengan antioksida

Terung mempunyai sebatian fenolik yang bertindak sebagai antioksidan. Fenolik membantu tumbuhan melindungi diri mereka daripada tekanan oksidatif dan jangkitan bakteria dan kulat. Fenolik bersifat asid klorogenik yang melawan radikal bebas dalam tumbuhan. Pengambilanya dalam diet harian pasti mampu memberikan fungsi antioksidan dalam tubuh badan.

3. Menjaga hati dan jantung

kertas dan penyerlah

Kandungan bioflavonoid yang tinggi dalam jantung berupaya mengawal tekanan darah tinggi, melindungi hati, dan mencegah stress. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol LDL yang membahayakan jantung.

4. Meningkatkan kesihatan otak

Terung mengandungi kandungan fitonutrien yang penting untuk kesihatan otak. Ia mempunyai bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas selain mencegah kerosakan pada sel membran.

5. Menguatkan pembuluh darah

Tahukah anda bahawa terung mempunyai vitamin P? Vitamin P berfungsi mengurangkan kerapuhan pada pembuluh darah. Ia juga membantu memperbaiki kerosakan pada sel dan memastikan pembuluh darah dalam keadaan normal dan elastik supaya pembuluh darah tidak pecah.

6. Mencegah kanser

wanita yang mengalami keser

Seperti yang kita tahu, terung mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidanberupaya mencegah kanser daripada terbentuk dengan cara melawan radikal bebas penyebab kanser. Warna ungu pada kulit terhasil daripada sebatian kimia yang dikenali sebagai nasunin. Nasunin bertindak sebagai antioksidan dan antiangiogenik.

7. Mengatasi masalah kencing tak lawas

Jika anda mengalami masalah kencing tak lawas, boleh kisar terung dan dijadikan sebagai jus. Minum satu cawan setiap pagi sehingga kencing tak lawas tiada lagi.

8. Menjaga kesihatan bayi dalam kandungan

wanita yang mengandung

Ia juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan.

9. Rendah kalori

Terung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari.

10. Tinggi kandungan serat

makanan yang mengandungi serat tinggi

Terung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilannya secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.

Resepi Terung yang anda harus cuba

  1. Sambal Terung Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 1 terung panjang (potong kecil kecil)
  • 3 terung bulat (potong kecil kecil)
  • 7 sudu minyak masak
  • 1 mangkuk kecil cili boh (lebih kurang 7 sudu)
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 1 mangkuk kecil air
  • 3 bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu besar garam bukit
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 5 asam keping

1. Panaskan minyak. Goreng terung sehingga masak, angkat dan asingkan.

2. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan asingkan.

3. Masukkan cili boh ke dalam minyak panas. Masak sehingga cili garing.

4. Kemudian, masukkan air dan asam keping. Masukkan bawang putih dan bawang besar.

5. Apabila bawang besar dan bawang putih sudah masak, masukkan garam, gula dan terung.

6. Masuk ikan bilis. Kacau sehingga rata. Siap dihidangkan.

2. Pajeri Terung

Bahan-bahan;

  • 4 biji terung potong 2 dan di belah tengah
  • 1 sdk ketumbar
  • 1 sdk Jintan manis
  • 6 ekor Ikan bilis
  • 3 sdb Cili kering kisar (siap bwg merah & putih)
  • 1 sdk garam
  • 3 sdk gula
  • 1 sdk kerisik
  • 1/2 cwn air
  • 2 sdk rempah kari

1. Tumbuk ketumbar Jintan dan Ikan bilis

2. Cuci terung dan goreng (tutup kuali). Goreng sekejap sahaja, angkat dan ketepikan.

3. Tumis bahan tumbuk dan tambah Cili kisar.

4. Setelah pecah Minyak tambah garam dan gula

5. Tambah rempah kari dan kacau supaya tidak kering. Tambah sedikit air supaya rempah Masak sekata.

6. Tambah kerisik dan tambah air sekiranya kering.

7. Apabila sudah cukup rasa, masukan terung yang telah di goreng tadi. Kacau rata perlahan lahan.

3. Terung Bakar Santan

Bahan-bahan;

  • 2 biji terung (sederhana)
  • 3 biji cili padi
  • 100 ml santan
  • 1/2 inci belacan
  • 1 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 1 biji limau kasturi/asam keping
  • Cili merah
  • Garam secukupnya
  • Perasa secukupnya

1. Bersihkan dan belah 2. Perasakan dengan sedikit garam. Bakar. Boleh bakar guna oven. Setelah isi agak lembut, boleh angkat.

2. Tumbuk cili padi dengan belacan. Masukkan air dalam periuk dan masukkan cili padi dan belacan yang telah ditumbuk tadi.

3. Setelah mendidih,boleh masukkan santan,bawang merah dan cili. Masukkan jus limau kasturi/asam keping. Masukkan garam dan perasa. Pastikan asam keping dikeluarkan untuk mengelakkan rasa masam yang kuat.

4. Tuangkan kuah santan tadi ke atas terung bakar.

4. Salad Terung Bakar

Bahan-bahan;

  • 2 biji Terung Bulat
  • 1 ulas bawang merah
  • 1/2 Tomato
  • Dauk ketumbar
  • 2 tangkai cili padi
  • Garam
  • Air perahan lemon

1. Bakar dua biji terung di atas pembakar dapur sehinggak empuk

2. Buang semua kulit yang telah dibakar.

3. Cicang halus terung bakar, bawang merah, tomato, cili padi dan daun ketumbar.

4. Campurkan ke semua bahan yang dicincang. Tambah garam dan air perahan lemon secukup rasa.

5. Terung Bakar Air Asam

Bahan-bahan;

  • 1 biji tomato
  • 1 biji terung bersaiz besar
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 1 sudu kecil kacang tanah
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 2 biji cili api

1. Tomato, bawang merah dan cili padi di potong dadu dan hiris.

2. Tuangkan air asam tadi ke dalam hirisan tadi. Tambahkan gula mengikut citarasa. Sejukkan di dalam peti sejuk.

3. Terung di bakar kulitnya

4. Bila sudah siap, kulit di kupas dan di buang. Ambil isinya shj. Potong terung.

5. Tuangkan air asam ke atas dan taburkan kacang tanah hancur di atasnya. Boleh juga taburkan udang kering jika suka.

Sumber

https://www.webmd.com/food-recipes/eggplant-health-benefits#1

https://www.healthline.com/nutrition/eggplant-benefits

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/recipes/eggplant-with-toasted-spices/rcp-20049861

https://www.medicalnewstoday.com/articles/279359

Summary
Terung: 10 Khasiat dan 5 Resepi Menggunakannya
Article Name
Terung: 10 Khasiat dan 5 Resepi Menggunakannya
Description
Terung merupakan tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka. Ia merupakan salah satu sayuran berwarna ungu yang padat dengan khasiat luar biasa. Apakah khasiat tersebut? Mari ikuti artikel ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: