kerja sambilan di rumah

Kerja sambilan di rumah sering menjadi pilihan suri rumah ataupun freelancer yang bekerja dari rumah. Ini kerana mereka dapat menentukan waktu bekerja mereka sendiri.

Namun begitu, pada zaman pandemik ini, kerja sambilan di rumah menjadi pilihan walaupun buat mereka yang mempunyai pekerjaan tetap kerana kekurangan mata pencarian akibat terkesan dengan pelbagai sektor yang ditutup semasa PKP.

Adakah anda tergolong dalam mereka yang terjejas sumber pendapatan disebabkan pengurangan gaji atau dicutikan tanpa gaji oleh majikan disebabkan pandemik Covid-19? Jangan cepat berputus asa, ini antara 8 kerja sambilan di rumah yang anda boleh cuba untuk terus mendapatkan pendapatan tambahan.

1. Dropshipper

Eh , Betulkah Cara Pegang Telefon Pintar Berkait Dengan Keyakinan Diri? -  Gaya Hidup - CARI Infonet

Anda boleh menjana pendapatan dengan mudah tanpa modal dan tanpa perlu pegang stok dengan hanya menjadi dropshipper.

Oleh kerana kita duduk di rumah hampir 24 jam, sudah pasti anda juga tidak terlepas melayari shopping platform seperti Lazada & Shopee, betul tak?

Jadi, peluang untuk orang ramai membeli waktu ini adalah sangat tinggi. Apa yang anda perlukan adalah komitmen yang tinggi dan mula berdaftar dengan platform-platform ini secara percuma.

Ada pelbagai jenis produk yang anda boleh pilih antaranya ialah:

  • Produk supplement kesihatan
  • Produk kecantikan
  • Pakaian wanita, lelaki, atau kanak-kanak
  • Makanan tambahan
  • Aksesori wanita

Anda boleh mencari pembekal yang mengendalikan produk-produk seperti ini, promosikan di platform jualan, memberikan maklum balas yang cepat kepada pelanggan dan berurusan dengan pihak pembekal untuk urusan penghantaran. Senang, kan?

2. Freelancer (Penulis, Copywriter, Blogger)

Ingin Jadi Freelancer? Simak Persiapan yang Harus Dilakukan Halaman all -  Kompas.com

Adakah anda mempunyai sebarang kemahiran seperti di atas? Mahir menulis artikel atau membuat caption di media sosial seperti Facebook, Instagram & Twitter? Jika ya, banyak syarikat tempatan dan antarabangsa yang mencari freelancer untuk tugasan-tugasan yang memerlukan sumber luar.

Boleh jadi tugasan tersebut adalah satu projek, kontrak sambilan atau memerlukan khidmat anda dalam jangka masa yang panjang.

Anda cuma perlu rajin mencari dan membuat sedikit research terhadap kerja-kerja yang bakal anda lakukan.

Ada sesetengah orang juga telah berjaya dengan hanya membuat kerja-kerja sebagai freelancer, malah pulangannya lebih tinggi melebihi pendapatan utama.

Kerja sebagai freelancer sangat senang kerana waktunya fleksibel. Anda hanya perlu bijak membahagikan masa dan sentiasa komited dalam setiap tugasan yang diberikan. 

Di sini, anda boleh membina portfolio dari masa ke masa, anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi dan menjadikan freelancing sebagai sebahagian dari impian anda. Semuanya kerana berdasarkan segala hasil-hasil kerja dan ulasan yang anda dapat sewaktu membuat kerja ini.

3. Influencer Media Sosial

7 Ring Light Terbaik 2020, Pas untuk Bikin Konten atau WFH

Adakah anda suka bercakap? Adakah anda suka merwar-warkan  diri anda di media sosial? Adakah anda pakar dalam topik tertentu?

Tidak semua orang dapat melakukannya, tetapi jika anda sukakan perhatian , anda berpotensi menjadi influencer di Youtube, Facebook dan Instagram.

Sekarang ni, sudah terlalu ramai influencers yang membuat paid review. Setiap paid review pula dibayar berdasarkan pakej yang anda tentukan.

Sekiranya anda mempunyai followers yang ramai, anda dah boleh mula serius memikirkan apa yang anda boleh lakukan untuk menyakinkan pelanggan/ syarikat lain untuk lihat apa yang anda boleh lakukan untuk promosikan produk mereka dan kepercayaan serta maklum balas yang diberikan oleh pengikut setia anda.

Apa yang penting adalah fokus dengan apa yang anda mahir. Sekiranya anda pakar dalam dunia fashion, mulakan membuat kandungan berkaitan OOTD, cara pemilihan pakaian, jenis-jenis pakaian dengan penuh yakin.

Antara idea lain yang boleh diguna pakai:

  • Lifestyle
  • Skincare journey
  • Haiwan kesayangan
  • Travelling

Sekiranya anda jelas dan konsisten dengan apa yang anda mula, anda akan dapat hasil yang seperti anda inginkan. Bahkan, lebih!

4. Personal Shopper

How to Become a Personal Shopper: 5 Tips for Shopping Professionally - 2021  - MasterClass

Anda juga boleh menjana pendapatan dari rumah dengan menjadi personal shopper. Dengan keadaan sekarang, kebanyakan wanita lebih gemarkan membeli secara online.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menjimatkan masa & memudahkan mereka daripada beratur panjang terutamanya ketika sale. Berikan katalog, dan mereka order.

Dari sini anda akan dapat sedikit komisyen kerana membeli untuk mereka & membuat postage. Bayangkan seorang anda dapat RM5, kalau ramai lagi yang order dengan anda? Untung sangat, kan?

Idea barangan yang boleh digunakan sebagai personal shopper:

  • Barangan IKEA
  • Kosmetik berjenama
  • Barangan dari luar negara

5. Online Tutor

The 7 Best Online Tutoring Jobs of 2021

Sewaktu krisis COVID-19, pasti ibu bapa bimbang anak-anak mereka tidak dapat belajar secukupnya kerana beberapa sekolah ditutup.

Mereka juga tiada masa untuk mengajar anak-anak di rumah kerana mempunyai kerja yang lain.

Oleh itu, kalau anda mempunyai kemahiran atau pengalaman mengajar subjek-subjek tertentu seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah, anda boleh mengajar secara online.

Jika anda dapati, kelas tutor maya mendapat sambutan yang menggalakkan dan mempunyai kaedah pengajaran yang berkesan, anda boleh mempertimbangkan untuk menghabiskan masa anda sebagai tutor maya untuk pelajar.

Jika anda tidak berminat mengajar pelajar, apa kata anda mula menjinakkan diri dalam bidang Podcast atau Clubhouse yang mana anda boleh berkongsi idea, rahsia atau teknik-teknik berkesan.

Sebagai contoh, dunia marketing, teknik penulisan yang baik,  berkongsi kisah hidup , berkaitan senaman atau pemakanan atau apa sahaja yang membantu orang lain memperbaiki kualiti hidup mereka.

Ingat, ada je orang yang mahukan bimbingan dan latihan asalkan ia berkait dengan apa yang mereka buat. Pastikan anda mempunyai maklumat yang tepat untuk menolong pelanggan anda!

6. Menjual e-book, makanan, barangan terpakai, kraftangan

Nordic Handcraft Workshops | American Swedish Institute

Jika anda minat berkarya, mengapa tidak untuk membukukannya di dalam e-book dan jual secara online? Dengan dunia digital, rata-rata orang lebih selesa membaca di e-book berbanding buku fizikal.

Kenapa? Mungkin sebab faktor kosnya yang jauh lebih rendah, senang dibaca dimana-mana dan mudah untuk dikongsikan.

Selain itu, jika anda minat bakery, sudah tibanya anda menggunakan bakat anda unutk menjual kek, manisan, biskut dan sebagainya. Anda juga akan gembira melihat ramai orang menggemari manisan yang anda jual.

Sekiranya anda mempunyai banyak barangan terpakai, anda boleh melelongnya. Tidak semestinya baju, barang terpakai juga termasuklah novel, perabot, gajet atau apa sahaja yang memberikan modal untuk anda menambah duit simpanan.

Berikut adalah contoh platform yang boleh digunakan:

  • Facebook
  • Tiktok
  • Carousel
  • Shopee
  • Mudah.my
  • Whatsapp

7. Pengasuh

5 Manfaat Bermain Cilukba untuk Perkembangan Bayi dan Balita

Jika anda seorang yang penyabar dan penyayang, ramai sebenarnya ibu bapa yang sanggup membayar anda dengan servis yang anda berikan untuk menjaga anak mereka.

Pernah ada pengalaman sebagai pengasuh? Jika tiada, anda boleh mula mencari kenalan atau jiran tetangga yang mencari pengasuh terutamanya untuk ibu bapa yang bekerja dari rumah.

Apa yang penting adalah anda kena yakinkan mereka dengan cara anda berkomunikasi dan layanan mesra anda terhadap anak mereka.

Bagi orang yang menyukai kanak-kanak, ini adalah salah satu cara untuk terapi yang baik sambil menjana pendapatan.

Terdapat beberapa platform atas talian yang membantu anda cari dengan lebih mudah, antaranya:

  • Buat profil perniagaan Instagram atau Facebook anda sendiri yang mengiklankan pengalaman dan perkhidmatan anda.
  • Kiddocare.my (Platform Mudah Alih Babysitting Malaysia)
  • mybabysitter.my
  • GreatAuPair
  • babysitter2u.com

Pastikan anda berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana biasanya ibu-ibu mencari pengasuh yang berdaftar untuk rasa lebih selamat. Anda cuma perlu menghadiri kursus untuk mendapatkan sijil pengasuh. Prosedurnya sangat mudah!

8. Runner

Foodpanda delivery rider dies in collision | The Star

Runner atau orang penghantar barangan/makanan juga merupakan kerja sambilan yang paling ramai orang cari sekarang.

Sejurus sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah ramai orang yang mahir membuat pesanan melalui platform penghantaran makanan seperti FoodPanda, Grab delivery & Lalamove.

Trend ini akan berterusan walaupun apabila PKP tamat kerana kebanyakan orang sudah terbiasa dengan norma baharu ini.

Jadi, anda yang mempunyai kemudahan motorsikal atau kereta boleh menjadikan ini sebagai salah satu kerja sambilan.

Sekiranya kerja ini memerlukan anda untuk keluar rumah, pastikan anda jaga SOP dan lakukanlah tugas dengan sebaiknya kerana orang yang sama akan berulang kali mahukan servis anda kerana mereka berpuas hati.

Begitu banyak sebenarnya kerja sambilan di rumah yang anda boleh lakukan, kebanyakannya boleh dilakukan secara online dan yang paling penting anda dibayar setimpal dengan apa yang anda usahakan.

Semoga dengan perkongsian ini, anda tidak mudah patah semangat dan teruskan kelangsungan hidup untuk berdepan dengan pandemik Covid-19.

Sumber:


https://simplybetterfinances.com/25-side-income/

https://www.comparehero.my/career/articles/8-side-jobs-for-malaysians-to-earn-extra-money-during-cmco

https://www.hustlr.com/side-income-malaysia/

https://id.theasianparent.com/cilukba

Summary
Terkesan Disebabkan Pandemik Covid-19? Ini 8 Kerja Sambilan di Rumah Yang Anda Boleh Cuba
Article Name
Terkesan Disebabkan Pandemik Covid-19? Ini 8 Kerja Sambilan di Rumah Yang Anda Boleh Cuba
Description
Kerja sambilan di rumah sering menjadi pilihan suri rumah ataupun freelancer yang bekerja dari rumah. Ini kerja mereka dapat menentukan waktu bekerja mereka sendiri.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: