tercekik
Tercekik berlaku apabila sesuatu makanan atau bendasing terperangkap di bahagian belakang tekak anda.

Pengenalan

Tercekik berlaku apabila sesuatu makanan atau bendasing terperangkap di bahagian belakang tekak anda. Jika objek atau makanan tersekat di bahagian atas trakea, anda mungkin sukar untuk bernafas dan ia merupakan satu kes kecemasan.

Ianya adalah tidak mustahil sekiranya makanan tersekat dalam esofagus anda. Walaupun ia mungkin menyakitkan, namun ia tidak akan mengganggu pernafasan anda.

Penerangan

Tercekik berlaku apabila makanan, objek atau cecair menghalang saluran di kerongkong. Kanak-kanak sering tercekik akibat menelan objek asing di dalam mulut mereka. Manakala, individu dewasa boleh tercekik akibat menghidu asap atau makan dan minum dengan terlalu cepat.

Kebanyakan individu akan tercekik pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya, ia bersifat sementara dan tidak menimbulkan sebarang bahaya. Walau bagaimanapun, tercekik juga boleh menjadi satu keadaan kecemasan yang mengakibatkan komplikasi sehingga mengancam nyawa.

Seseorang yang tercekik mungkin akan batuk secara berterusan sehingga mereka mengeluarkan makanan atau cecair dari kerongkong atau saluran udara mereka. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, objek, makanan atau cecair yang terperangkap dalam tekak boleh menghalang bekalan udara mereka.

Seseorang yang tercekik mungkin menunjukkan ketidakupayaan seperti:

• Kesukaran bercakap

• Batuk

• Mengeluarkan bunyi bising

Kesukaran bernafas

Selain itu, bibir, kuku atau kulit mereka mungkin bertukar warna biru akibat kekurangan oksigen. Mereka juga mungkin akan meletakkan tangan mereka di atas kerongkong untuk memberitahu orang lain bahawa mereka sedang tercekik.

Penyebab yang berkemungkinan

Seperti yang dijelaskan di atas, kanak-kanak cenderung tercekik apabila menelan objek asing dalam mulut mereka. Mereka biasanya melakukan perbuatan ini atas perasaan ingin tahu. Namun, mereka juga boleh tercekik apabila makan dengan terlalu cepat atau ketika sedang bercakap dengan makanan yang penuh dalam mulut mereka.

Objek biasa yang mengakibatkan kanak-kanak tercekik adalah:

• Bertih jagung

• Gula-gula

• Pemadam

• Lobak merah

• Sosej

• Gula-gula getah

• Kacang tanah

• Tomato ceri

• Anggur

• Buah-buahan yang besar

• Sebilangan besar sayur-sayuran

Individu dewasa biasanya akan tercekik apabila menelan makanan tanpa mengunyahnya dengan betul atau ketawa semasa makan atau minum.

Rawatan

Rawatan untuk individu yang tercekik yang telah berhenti bernafas atau kulit dan bibirnya sudah berubah warna menjadi biru berbeza bergantung kepada usia individu tersebut.

Bagi individu dewasa dan kanak-kanak yang berumur lebih dari satu tahun, teknik tekanan abdomen (“heimlich maneuver“) harus dilakukan pada mereka. Ia merupakan teknik yang dilakukan untuk menghasilkan batuk tiruan. Ia cukup kuat untuk membuka saluran udara.

Daya tekanan yang pantas pada abdomen ini memaksa diafragma bergerak ke atas secara tiba-tiba, mengakibatkan ruang kaviti dada menjadi semakin kecil. Ia memberi kesan seperti pemampatan berterusan pada paru-paru dengan memaksa udara keluar. Udara yang keluar itu akan menolak bendasing yang menyebabkan individu tersebut tercekik.

Bagaimana untuk melaksanakan tekanan abdomen (Heimlich Maneuver)

  • Sandarkan individu ke hadapan sedikit dan berdiri di belakangnya. Genggamkan satu tangan menjadi penumbuk dan letakkan lengan di sekitar badan individu tersebut. Pegang tangan yang digenggam dengan tangan yang lain, dan posisikan di bahagian tengah di bawah tulang rusuknya. Lakukan pergerakan yang pantas dan keras ke dalam dan ke atas untuk membantu individu tersebut membatukkan objek yang tersekat.  Manuver ini harus diulang sehinggalah individu itu boleh bernafas semula atau tidak sedarkan diri.
  • Jika individu itu tidak sedarkan diri, baringkannya di atas lantai secara perlahan-lahan. Untuk melancarkan saluran pernafasan, melutut di tepinya dan letakkan pergelangan tangan anda di atas bahagian tengah abdomen, di bawah tulang rusuk. Tekan kedua-dua belah tangan ke dalam dan ke atas sebanyak 5 kali. Sekiranya ruang pernafasan sudah kembali normal namun individu tersebut masih tidak sedarkan diri, mulakan CPR.
  • Bagi bayi (lebih muda dari satu tahun), kanak-kanak adalah terlalu kecil untuk dilakukan teknik tekanan abdomen pada tubuh mereka. Sebaliknya, angkat bayi tersebut dan tepuk belakang mereka sebanyak 5 kali diikuti dengan 5 kali tekanan abdomen. Berhati-hatilah ketika memegang mereka dengan menundukkan kepala mereka ke bawah untuk membenarkan graviti membantu melancarkan saluran pernafasan. Sentiasa menyokong kepala mereka sewaktu melakukan teknik ini. Sekiranya bayi bertukar biru atau tidak sedarkan diri, lakukan CPR dengan segera.

Jika anda masih ragu-ragu tentang apa yang perlu dilakukan apabila seseorang sedang tercekik, hubungi bantuan kecemasan segera dan jangan berlengah-lengah. Anda mungkin berjaya menghentikan serangan tercekik sebelum bantuan tiba menggunakan teknik yang dibincangkan di sini, tetapi cara yang terbaik adalah mendapatkan bantuan daripada pasukan perubatan kecemasan yang terlatih. Sekiranya masih ada sesuatu objek dalam kerongkong mereka, pasukan perubatan kecemasan boleh memulakan rawatan segera dan membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Variasi tekanan abdomen untuk keadaan khas:

  • Mangsa sedang duduk: Dalam hal ini, belakang kerusi bertindak sebagai sokongan badan mangsa. Letakkan lengan di sekelilingnya, seperti yang dijelaskan dalam teknik Haimlich Maneuver di atas. Berlutut, jika perlu, Namun bagi keadaan apabila belakang kerusi tidak cukup tinggi, dirikan mangsa atau pusingkan badan beliau sehingga 90 darjah supaya belakang kerusi berada di sisi mangsa.
  • Jika badan mangsa lebih besar dari penyelamat, terutamanya kanak-kanak yang menyelamatkan orang dewasa: Baringkan mangsa di atas lantai. Gerakkan pinggang mangsa. Letakkan satu tangan di perut, di tengah-tengah antara pusat dan tepi tulang dada. Tekan ke dalam dan ke atas. Ini adalah teknik yang sama digunakan bagi individu yang tidak sedarkan diri.
  • Jika anda tercekik dan anda bersendirian: Anda boleh melakukan tekanan abdomen pada diri anda sendiri. Ini boleh dilakukan dalam dua cara:
  1. Anda boleh melakukan tekanan abdomen sendiri menggunakan tangan anda. Ia dilakukan dengan meletakkan tangan anda dengan cara yang sama seolah-olah anda melakukan tekanan abdomen pada individu lain dan menekan ke dalam dan ke atas.
  1. Satu lagi pilihan adalah membongkokkan pusat anda ke atas objek pegun, seperti belakang kerusi dan menekan diri anda pada objek tersebut.

Anda mungkin akan pengsan sebelum objek dikeluarkan dan sebelum bantuan tiba. Dalam kebanyakan kes, talian kecemasan 999 memiliki sistem seperti setiap kali panggilan dibuat melalui 999 mereka boleh mengenalpasti nombor telefon, alamat telefon dan pemilik nombor tersebut. Ini membolehkan bantuan kecemasan tiba di kawasan kejadian.

Periksa dengan jabatan polis tempatan anda dan ketahui jika talian bantuan kecemasan 999 mengikuti prosedur ini.

  • Ibu hamil/individu obes: Tekanan abdomen mungkin tidak berkesan bagi individu yang sedang hamil atau obes. Dalam keadaan ini, tekanan di dada boleh digunakan. Untuk mangsa yang sedar yang sedang duduk atau berdiri, lakukan langkah-langkah berikut:
  1. Letakkan tangan anda di bawah ketiak mangsa.
  1. Letakkan lengan di sekeliling dada mangsa.
  1. Letakkan ibu jari pada penumbuk di bahagian tengah tulang dada.
  1. Genggam tangan anda dengan tangan yang lain dan tekan ke belakang. Teruskannya  sehingga objek itu terkeluar atau sehingga individu tersebut sedarkan diri.
  • Untuk ibu mengandung atau individu obes yang tidak sedarkan diri: Teknik tekanan adalah sama seperti yang individu dewasa yang tidak sedarkan diri. Tekan dada mereka, bukannya perut. Untuk melakukan teknik ini, lakukan langkah-langkah berikut:
  1. Berlutut di sebelah mangsa.
  1. Letakkan dua jari di sisi bawah tulang rusuk sehingga anda mencapai bahagian bawah tulang dada yang dipanggil xiphoid.
  1. Dengan dua jari anda berada pada xiphoid, letakkan tangan yang lain pada tulang dada, tepat di atas jari anda. Tekanan haruslah dilakukan dengan cepat dan kuat untuk mengeluarkan objek.
  1. Penjagaan perlu diambil kerana komplikasi seperti keretakan tulang rusuk dan kerosakan otot jantung boleh terjadi apabila melakukan teknik ini.
  1. Sekiranya mungkin, tekanan abdomen pada subdiaphragmatic (di bawah tulang rusuk) dan tulang rusuk harus dilakukan terhadap wanita hamil, terutamanya jika ada ruang di antara rahim dan bayi yang membesar..

SUMBER

https://www.verywellhealth.com/all-about-choking-1191873

https://www.emedicinehealth.com/choking/article_em.htm#facts_you_should_know_about_choking

https://www.healthline.com/health/choking-adult-or-child-over-1-year#prevention

Summary
Tercekik (Choking)
Article Name
Tercekik (Choking)
Description
Tercekik berlaku apabila sesuatu makanan atau bendasing terperangkap di bahagian belakang tekak anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: