Teratak sofea

Teratak Sofea terletak di Telok Panglima Garang ini sangat sesuai untuk family gathering, reunion, team building dan staycation untuk kumpulan besar.

Ada 3 buah rumah yang berkonsepkan ala kampung tradisional iaitu Rumah Ibu Mertuaku, Rumah Anak Bapak (yang boleh muat sampai 20 orang) serta Rumah Masam-Masam Manis (boleh memuatkan 10 orang). Nama pun mengikut klasik filem P.Ramlee itu.

Rumahnya dengan hiasan dalaman yang berstyle klasik dengan finishing kayu dan tingkap ala lama. Hiasan dalaman pun simple dan berkonsepkan ‘rustic’ untuk buat anda rasa pengalaman duduk di rumah kampung.

Tetapi jangan bimbang, rumah ini ada aircond dan tandas yang serba modern. Dapurnya pun lengkap sekali dengan peralatanan memasak yang mencukupi.

BBQ pit pun disewakan kalau anda hendak menggunakannya. Ia juga siap dengan mesin basuh lagi. Dan semestinya, untuk staycation yang sempurna, setiap rumah dekat sini pun ada swimming pool, untuk yang dewasa dan kanak-kanak juga.

Untuk yang tengah mencari tempat untuk bercuti dengan keluarga dan kawan-kawan, bolehlah cuba sewa untuk duduk di sini. Harganya dari RM500 satu malam, bolehlah rasa duduk rumah ala kampung ini.

Pelbagai bentuk aktiviti seisi yang anda boleh dilakukan di sini dengan mengisi masa lapang sepanjang anda bercuti di sini. Contohnya adalah seperti berikut dengan kemudahan yang disediakan di sini.

1. Gelanggang badminton atau bola

Anda boleh menghabiskan masa petang lepas minum petang bersama keluarga untuk bersenam and bereaksi pada waktu senja yang nyaman dikelilingi oleh alam sekitar.

2. Sudut makan-makan

Dengan peralatan dapur ynag mencukupi anda boleh merancang makanan untuk seisi keluarga anda sewaktu percutian anda di sini.

Tiada masalah bekalan makanan langsung. Keadaan yang cukup bersih and teratur untuk setiap buah rumah di sini.

3. Berenang

Kolam renang pasti menjadi kegemaran kalanagan budak-budak masa bercuti.

Kolam renang yang disediakan di setiap bilik juga merangkumi jenis untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ia telah dicuci and dijaga dengan keadaan yang elok untuk para tetamu.

4. Berbasikal pada waktu lapang

Anda juga berbasikal pada waktu lapang lepas makan untuk aktiviti bersenam dan juga mengkayuh sekitar kawasan perkampungan ini untuk merasai halaman rumah kampung di sini.

Basikal yang disediakan di sini sesuai untuk dewasa hingga remaja.

6. BBQ pit

Anda juga boleh merancang untuk aktiviti BBQ sambil berenang pada waktu malam. Hidangan malam BBQ boleh dirancang di sini dengan BBQ pit buatan yang tersedia di halaman rumah kampung di setiap buah rumah.

Siap dengan kanopi kalau ada rancang BBQ belah petang pun boleh.

7. Souvenir bag

Keesokannya, masa checkout boleh dapat hadiah beg comel dari Teratak Sofea sebagai souvenir untuk memori. Keseluruhannya, memang highly recommended untuk anda pergi dengan family ke kawan kawan ke…memang best sangat.

Sebab setiap rumah memang ada private pool, setiap rumah terjaga rapi dan memang terbaiklah kalau hendak bersantai-santai di hujung minggu. Butir-butiran setiap rumah boleh dirujuk di bawah ini :

  1. Rumah Masam Manis
  2. RM600 (weekend), RM450 (weekeday)
  3. Terhad <10 orang sahaja (termasuk kanak kanak)
  4. 2 bilik (aircond) – katil queen
  5. 1 ruang tamu (aircond)
  6. Bilik air
  7. Dapur basah yang lengkap
  8. Private pool dewasa dan kanak kanak
  • Rumah Anak Bapak
  • RM1350 (weekend), RM950 (weekdays)
  • Terhad <20 orang sahaja (termasuk kanak kanak)
  • 5 bilik (aircond)
  • *3 bilik di atas (1 queen + 1 single setiap bilik)
  • *2 bilik di bawah (2 katil double decker setiap bilik)
  • Bilik air ada 2 unit di atas dan 2 unit di bawah
  • Dapur basah yang lengkap
  • Private pool dewasa dan kanak kanak
  • Rumah Ibu Mertuaku
  • RM1350 (weekend), RM950 (weekdays)
  • Terhad <20 orang sahaja (termasuk kanak kanak)
  • 3 bilik + 1 dorm (aircond)
  • *1 dorm di bawah ada 4 double decker
  • Dapur basah yang lengkap
  • Private pool dewasa dan kanak kanak

Sekiranya anda masih mencari-cari tempat untuk bercuti selepas PKP, anda bolehlah ke Teratak Sofea ini. Jangan lupa bawa ahli keluarga anda sekali ya. Selamat bercuti!

Source :

https://www.jelajahmaya.com/teratak-sofea-homestay-cantik-ala-kampung/#.YOP0k-gzbIU

https://www.libur.com.my/hanya-40-minit-dari-kl-rumah-konsep-tradisional-jadi-tarikan-di-teratak-sofea-teluk-panglima-garang/

http://wanderlustdj.blogspot.com/2021/02/teratak-sofea-teluk-panglima-garang.html

Summary
Teratak Sofea: Homestay Ala Kampung Yang Menarik
Article Name
Teratak Sofea: Homestay Ala Kampung Yang Menarik
Description
Teratak Sofea terletak di Telok Panglima Garang ini sangat sesuai untuk family gathering, reunion, team building dan staycation untuk kumpulan besar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: