tepung talam

Tepung talam biasanya mempunyai dua lapisan, yang diatas berwarna putih dibuat dari santan berkrim, sementara bahagian bawah berwarna mengikut resipi setiap variasi. Pencuci mulut ini terbuat dari tepung beras, santan dan bahan-bahan lain dalam kuali acuan yang disebut talam yang merujuk kepada dulang.

1) Kuih Tepung Talam Beras Istimewa

Bahan Lapisan Bawah:

Bahan-bahan Air Gula:

  • 158gram gula merah
  • 3 sudu besar gula putih 
  • 2 cawan air 
  • 1 helai daun pandan 

Bahan-bahan Lapisan Atas:

  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/3 cawan tepung beras – (2 1/2 sudu besar).
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Masak semua bahan untuk membuat air gula sehingga mendidih, angkat dan sejukkan. Sukat sebanyak 2 cawan air gula.
  2. Satukan bahan lapisan bawah iaitu 1 cawan tepung, 2 cawan air gula di atas dan sedikit air kapur. Tapis ke dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak. Ketebalan kuih mengikut loyang
  3. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Dikukus lapisan bawah selama 20 minit. Sekiranya ada air atas kukusan, hendaklah buka penutup pengukus dan kukus lagi selama beberapa minit atau dilap dengan tisu dapur. Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
  4. Satukan kesemua bahan lapisan atas sehingga sebati dan tapiskan. Kemudian tuang perlahan lahan ke atas bahan bawah supaya tidak berbuih. Kukus selama 15 minit lagi.
  5. Sama seperti tadi, lapkan dengan tisu dapur. Atau buka penutup pengukus dan kukus selama beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di permukaan.
  6. Sejukkan kuih ini terlebih dahulu sehingga benar benar sejuk sebelum dipotong. Potong menggunakan pisau plastik.

2) Kuih Talam Serimuka Pulut Hitam

Bahan-bahan Lapisan Bawah:

  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan pulut hitam
  • 1 cawan pulut putih
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:

  • 2 cawan santan pekat  + jus pandan + sedikit pewarna hijau
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam

Cara Memasak Lapisan Bawah:

  1. Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam.
  2. Gaulkan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang, kukus sehingga masak.
  3. Sapukan sedikit minyak dalam loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi, kukus semula dan gariskan pulut denga garpu (ini perlu supaya pulut bercantum nanti bila dah letak lapisan atas).

Kaedah Penyediaan:

  1. Gaul rata semua bahan dan tapis.
  2. Tuang perlahan-lahan ke dalam loyang pulut tadi.
  3. Kukus selama 30 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotong.

3) Talam Pulut Sekaya

Bahan-bahan Lapisan bawah:

  • 500gm beras pulut
  • 200ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 sudu kecil garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:

  • 10 biji telur (dipukul sebati)
  • 400ml santan pekat
  • 250gm gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 sudu kecil garam

Cara Memasak:

  1. Toskan beras pulut dan campurkan dengan santan pekat, air dan juga garam. Kacau sebati dan kukus selama 25 minit.
  2. Masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Tekan pulut agar padat.
  3. Bagi menyediakan lapisan atas, kisarkan santan dan gula melaka sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan ke dalam bekas diikuti bahan-bahan lain. Kacau hingga rata.
  5. Tuang ke dalam loyang berisi pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Anda kini sudah mengetahui 3 jenis resipi tepung talam yang enak dan ringkas. Jadi marilah kita belajar membuat kuih ini. Pencuci mulut ini sesuai dihidangkan sebagai menu minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!

SUMBER:

https://www.rasa.my/12-koleksi-resipi-talam-yang-boleh-korang-cuba-lebih-jimat-sedap/

https://www.sishawa.com/2020/12/17-resepi-kuih-talam-kukus-sedap-mudah.html

https://www.aziekitchen.com/2014/02/kuih-tepung-talam-beras-istimewa.html

Tagged: