tepung pulut

Tepung pulut adalah bahan yang bukan saja boleh digunakan dalam masakan, malah boleh juga digunakan untuk kecantikan. Kita sedia maklum bahawa muka merupakan anggota badan yang paling penting.

Mempunyai kulit muka yang cantik dan mulus semestinya mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang, apabila perlu untuk berhadapan dengan orang lain.

Mempunyai kulit muka yang cantik dan bersih adalah impian setiap insan, baik perempuan mahupun lelaki. Kulit di bahagian badan yang lain juga perlulah dijaga supaya lembut dan gebu. 

Namun, menjadi masalah apabila kita memerlukan modal yang banyak untuk membeli produk kecantikan bagi menjaga kulit kita. Jadi apakah cara yang sesuai untuk menjaga kulit dan dalam masa yang sama tidak memerlukan modal yang banyak?

Sebagai pendahuluan, kami akan menceritakan serba sedikit berkaitan tepung pulut. Tepung beras pulut mengandungi gamma oryzanol, iaitu bahan anti-UV dan anti-pigmentasi. Selain itu, tepung beras pulut juga mengandungi proanthocyanidins.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa proanthocyanidins adalah bahan semula jadi yang mempunyai antioksidan, anti-radang dan tidak akan memberi kesan buruk, serta berfungsi untuk melindungi kulit daripada kesan buruk akibat pencemaran.

MANFAAT TEPUNG PULUT

Terdapat beberapa manfaat lain yang dapat kita peroleh daripada tepung beras pulut, antaranya;

  • Kedutan pada kulit dapat dicegah
  • Kotoran serta minyak di liang pori dapat diserap
  • Membersihkan kulit
  • Sel-sel mati dapat diangkat dan dikeluarkan dari kulit
  • Mampu memberi kelembapan kepada kulit
  • Memberi keseimbangan terhadap tahap PH kulit
  • Parut jerawat dapat dipudarkan

Dari sini dapat kita lihat bertapa banyaknya manfaat tepung beras pulut terhadap kulit kita. Sekarang mari kita beranjak ke sesi perkongsian kegunaan tepung beras pulut dalam penjagaan kulit.

KEGUNAAN TEPUNG PULUT

  • Masker wajah

Bahan-bahan:

  1. 2 sudu besar tepung pulut
  2. 3 sudu besar susu kambing segar (susu biasa juga boleh digunakan)

Cara-cara:

  1. Sapukan campuran pada muka dan leher
  2. Biarkan masker tersebut selama 20-30 minit
  3. Bilas dengan air
  4. Jadikan rutin sebanyak 3 kali seminggu

Jika anda mengamalkan tips ini dengan teratur, anda dapat melihat kesan yang positif daripada tips ini di mana kulit akan menjadi licin, cerah, mengurangkan jerawat, kedutan dan juga pigmentasi pada kulit.

  • Lulur badan

Bahan-bahan:

  1. 6 sudu besar tepung pulut
  2. Setengah cawan susu kambing segar (susu segar biasa juga boleh digunakan)
  3. 2 sudu besar perahan jus lemon

Cara-cara:

  1. Kacau kesemua bahan sehingga sebati, tambah susu sekiranya bancuhan terlalu pekat
  2. Lulur pada seluruh badan
  3. Biar selama 10 minit
  4. Bilas dengan air
  5. Jadikan rutin selama 2-3 kali

Tips yang dikongsikan ini sangatlah mudah dan bermanfaat. Hanya dengan tepung pulut, kita mampu mendapat kulit yang licin dan cantik.

Dari sini kita dapat lihat bahawa kita tidak perlu untuk menghabiskan beratus wang ringgit untuk mendapatkan kulit yang cantik, bermodalkan tepung pulut dan kerajinan, anda pasti akan mendapat kulit yang cantik, bersih dan mulus.

Kami berharap tips tepung pulut ini mampu memberi manfaat kepada anda dan orang-orang yang disayangi.

Sumber: https://bidadari.my/tips-kulit-cantik-tepung-beras-pulut/

Tagged: