Tenusu
Makanan dalam kategori tenusu seperti susu, keju dan yogurt yang mengandungi rendah lemak adalah disyorkan bagi kebanyakan individu yang berusia dua tahun dan ke atas.

Tenusu terdiri daripada susu, keju dan yogurt yang mengandungi rendah lemak adalah disyorkan bagi kebanyakan individu yang berusia dua tahun dan ke atas.

Walau bagaimanapun, susu rendah lemak tidak sesuai bagi kanak-kanak bawah umur 2 tahun kerana mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk pertumbuhan yang sihat.

Namun begitu ia merupakan pilihan yang terbaik untuk semua invidu lain. Kanak-kanak di bawah usia 12 bulan tidak boleh diberikan susu lembu sebagai minuman utama.

Sepatutnya, susu ibu atau susu formula khas buat bayi diberikan kepada bayi bawah 12 bulan sebagai sumber susu utama.

Apakah nutrisi yang boleh dijumpai dalam kumpulan tenusu?

Nutrien

  • Kalsium digunakan untuk membina tulang dan gigi dan mengekalkan jisim tulang. Produk tenusu adalah sumber kalsium utama bagi kebanyakan individu. Diet yang mengandungi 3 cawan produk tenusu dalam sehari boleh memperbaiki jisim tulang anda.

  • Fungsi vitamin D adalah untuk mengekalkan tahap kalsium dan fosforus, justeru itu membantu membina dan menguruskan tulang, Susu dan susu soya yang diperkaya dengan vitamin D adalah sumber yang baik untuk nutrien tersebut. Sumber lain termasuklah yogurt yang diperkaya dengan vitamin D dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan vitamin D.

  • Produk susu dalam bentuk rendah lemak atau bebas lemak memberikan lemak pepejal dalam jumlah sedikit.

Sejumlah besar susu dan yogurt tersedia dengan pelbagai kandungan lemak yang berbeza. Susu boleh didapati dalam bentuk segar, kering, sejat atau UHT.

Keju selalunya tinggi dengan kalori, lemak tepu dan garam, jadi adalah lebih baik untuk mengehadkan pengambilannya keapda 2-3 kali seminggu.

Walau bagaimanapun, sesetengah keju mempunyai paras lemak dan garam yang kurang.

Contoh, susu, keju, dan/alternatif lain termasuklah:

  • Susu – Semua susu rendah lemak atau penuh krim, biasa dan berperisa, susu UHT, susu tepung
  • Yogurt – Semua yogurt termasuklah rendah lemak atau penuh krim, biasa dan berperisa, yogurt soya (diperkaya dengan kalsium)
  • Keju – Semua keju, rendah lemak atau penuh lemak, seperti cheddar, red leicester, Gloucester, Edam, Gouda

Pengganti tenusu bagi golongan vegan:

  • Susu badam
  • Susu soya
  • Susu beras
  • Susu kacang gajus
  • Susu kelapa
  • Susu rami
  • Susu oat
  • Susu flax
  • Susu kacang hazel
  • Susu pea

Bahaya pengambilan produk tenusu (haiwan) berlebihan:

Keradangan kronik

Tenusu tinggi asid, walaupun ia mengandungi kuantiti kalsium yang banyak yang bertindak sebagai agen alkali secara semulajadi.

Susu tinggi dengan asid semulajadi yang boleh menggunakan deposit kalsium untuk membina dan menyebabkan artritis dan keradangan buat jangka masa panjang.

Namun, ia tidak semestinya mengekalkan kekuatan tulang seperti yang dipercayai. Kebanyakan makanan berasaskan tumbuhan lebih berkesan dan tidak menyebabkan keradangan yang kronik.

Penuaan

Produk haiwan biasanya akan memberi kesan penuaan yang lebih cepat. Fikirlah mengenai berapa banyak prosedur yang perlu dilakukan untuk memproses sesuatu daripada makhluk hidup.

Tenusu adalah pilihan yang kurang bagus untuk diambil dalam jumlah yang banyak kerana menurut kajian, ia merupakan salah satu produk yang sukar untuk dicerna oleh usus.

Sebaliknya, buah-buaham, sayur-sayuran, kekacang, bijian, bijirin adalah lemak sihat yang lebih baik.

Makanan-makanan ini mengandungi protein berasaskan tumbuhan bersama vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan kesihatan, dan menggalakkan kulit yang cantik dan penuaan yang lebih perlahan.

Masalah pencernaan kronik

Selain kandungan laktosa, tenusu juga boleh menyebabkan kerosakan usus kerana ia boleh menyebabkan lapisan usus meradang. Keadaan ini boleh membawa kepada penyakit autoimun dan masalah kesihatan lain.

Selain itu, terdapat juga gangguan pencernaan lain seperti perut kembung, sembelit, cirit-birit atau usus radang.

Ramai individu yang menghidapi gangguan serius seperti penyakit Crohn menemui bahawa keadaan mereka semakin bertambah baik selepas mengelakkan produk tenusu.

Risiko kanser

Apa yang lebih teruk daripada masalah pencernaan adalah, bagaimana produk tenusu boleh membawa kepada risiko kanser.

Para penyelidik menemui tenusu sebagai penyebab utama kanser prostat, payudara, testis, dan kolon.

Sumber:

Summary
Article Name
Tenusu dalam kumpulan makanan
Description
Tenusu terdiri daripada susu, keju dan yogurt yang mengandungi rendah lemak adalah disyorkan bagi kebanyakan individu yang berusia dua tahun dan ke atas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: