tendinopati patela
Tendinopati Patela terjadi apabila tendon patellar mengalami tekanan berlebihan apabila anda melompat atau mendarat dengan berat.

Tendinopati Patela terjadi apabila tendon patella mengalami tekanan berlebihan apabila anda melompat atau mendarat dengan berat. Keadaan ini juga digelar sebagai  ‘lutut pelompat’.

Patellar atau patela merupakan istilah perubatan untuk kepala lutut. Tendon patellar pula adalah sejenis tendon yang menghubungkan kepala lutut ke tulang betis.

Tendon terdiri daripada tisu yang kuat dan ia bergabung dengan otot ke tulang. Jika seseorang meletakkan tekanan tambahan pada tendon, tisu mungkin akan koyak. Keadaan ini  mengakibatkan keradangan. Namun begitu, kecederaan yang dialami selalunya sembuh dengan cepat. Walau bagaimanapun, beban yang berulang boleh menyebabkan koyakan lebih cepat terjadi daripada pemulihannya. 

Tendinopati Patela berkembang secara beransur-ansur. Keadaan akan menjadi semakin teruk setiap kali tendon mengalami tekanan berlebihan, jadi, adalah penting untuk merehatkan lutut anda selepas setiap kecederaan yang dialami. Perkara ini akan memberikan tubuh anda masa untuk sembuh.

Simptom Tendinopati Patela

Simptom utama Tendinopati Patela adalah kesakitan dan ketidakselesaan di bawah kepala lutut.

Kesakitan biasanya akan bermula selepas anda bersenam, terutamanya senaman yang berterusan. Perlakuan ini mungkin akan meningkatkan lagi ketidakselesaan yang dialami. Tambahan lagi, perbuatan seperti melompat serta mendarat dan berlari mungkin akan menambahkan lagi kesakitan.

Sesetengah pesakit mungkin mula menyedari kelemahan pada lutut, terutamanya semasa melakukan senaman yang memberi tekanan kepada bahagian badan ini.

Selain itu, apabila kaki anda diluruskan, anda mungkin berasa tidak selesa di bahagian bawah lutut anda apabila disentuh dan kawasan di sekeliling lutut anda juga berasa tegang atau kebas, terutamanya pada waktu pagi.

Koyakan pada tendon patella adalah satu kecederaan yang serius. Koyakan yang lengkap boleh memisahkan tendon dari kepala lutut. Dalam sesetengah kes, anda boleh mendengar bunyi ‘pop’ apabila tendon anda terkoyak dan mengalami kesakitan yang sangat teruk. Selain itu, lutut juga boleh menjadi bengkak dan lebam. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk berjalan dan meluruskan kaki.

Punca Tendinopati Patela

Tendinopati Patela adalah sejenis kecederaan yang sering berlaku disebabkan oleh tekanan berulang pada tendon patellar anda. Tekanan ini boleh menyebabkan koyakan kecil pada tendon yang badan anda cuba baiki.

Tetapi, apabila koyakan tendon bertambah berlipat ganda, ia akan mengakibatkan kesakitan dan keradangan serta melemahkan tendon. Sekiranya kerosakan pada tendon ini berterusan selama lebih dari beberapa minggu, ia dipanggil sebagai Tendinopati.

Diagnosis Tendinopati Patela

Kesakitan lutut atau ketidakselesaan yang berterusan tidak boleh diabaikan. Merawat Tendinopati Patellar dengan lebih awal dapat memastikan pemulihan yang cepat dan lengkap.

Doktor akan bertanya mengenai simptom, sejarah perubatan dan rutin senaman anda. Beliau juga akan menjalankan pemeriksaan fizikal di mana seseorang akan diminta untuk menggerakkan atau meluruskan kaki mereka. Doktor akan menekan dengan perlahan pada bahagian keliling lutut, kerana tendon kerap terasa lebih tebal di bahagian yang terjejas.

Selain itu, doktor juga boleh melakukan pencitraan resonans magnetik (MRI) atau X-ray untuk memeriksa koyakan yang serius dan untuk menentukan sama ada kepala lutut berada di kedudukan yang betul.

Faktor Risiko Tendinopati Patela

Terdapat gabungan faktor yang boleh menyumbang kepada perkembangan Tendinopati Patela, termasuklah:

• Aktiviti Fizikal. Berjalan dan melompat biasanya dikaitkan dengan Tendinopati Patela. Peningkatan kekerapan dan tahap anda melakukan aktiviti ini secara mendadak boleh meningkatkan tekanan pada tendon, sama seperti mengubah kasut larian anda.

Otot Kaki Tegang. Otot paha (quadriceps) yang tegang dan hamstring, yang berada sepanjang belakang paha anda, boleh meningkatkan ketegangan pada tendon patellar anda.

• Ketidakseimbangan Otot. Jika sesetengah otot di kaki anda lebih kuat daripada otot yang lain, otot yang lebih kuat akan menarik pada tendon patellar anda dengan kuat. Tarikan yang tidak sekata ini boleh menyebabkan Tendinopati Patela.

 Penyakit Kronik. Sesetengah penyakit mengganggu aliran darah ke lutut sehingga melemahkan tendon. Penyakir tersebut termasuklah Kegagalan Buah Pinggang, penyakit autoimun seperti Lupus atau Rheumatoid Arthritis dan penyakit metabolik seperti Kencing Manis.

Rawatan Tendinopati Patela

Rawatan untuk Tendinopati Patela biasanya tertumpu kepada pengurangan rasa sakit. Seseorang perlu berehat dari menggunakan kaki yang sakit, meletakkan ais ke kawasan tersebut dan mengambil ubat anti-radang yang tersedia di farmasi.

Rawatan lanjut bergantung kepada kecederaan, umur seseorang, dan tahap keaktifan mereka. Koyakan kecil atau separa boleh dirawat dengan rehat dan senaman ringan.

Pendakap Lutut – Selain itu, doktor mungkin akan mencadangkan anda memakai pendakap lutut untuk mengekalkan kaki lurus dan membantu tendon sembuh. Pendakap lutut perlu dipakai salaam 3 hingga 6 minggu dan mereka mungkin perlu menggunakan tongkat untuk menyokong berat badan mereka.

Terapi Fizikal – Terapi fizikal boleh membantu mengembalikan pergerakan fizikal anda secara beransur-ansur sambil tendon disembuhkan. Ahli terapi fizikal juga akan mengesyorkan senaman untuk menguat dan meregang yang boleh dilakukan di rumah.

Pembedahan – Koyakan yang lengkap mungkin memerlukan pembedahan untuk menyambung semula tendon ke lutut. Pemulihan mungkin akan mengambil masa selama 6 bulan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/patellar-tendinitis/symptoms-causes/syc-20376113

https://www.healthline.com/health/patellar-tendonitis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321294

Summary
Tendinopati Patela (Patellar Tendinitis) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Tendinopati Patela (Patellar Tendinitis) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Tendinopati Patela terjadi apabila tendon patella mengalami tekanan berlebihan apabila anda melompat atau mendarat dengan berat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: