Tempat Wajib Pergi di Bandar Hilir Melaka

Bandar Hilir Melaka

Bandar Hilir Melaka merupakan satu kawasan tumpuan utama di Melaka yang menempatkan pelbagai tarikan bersejarah yang membuatkan Melaka terkenal sehingga sekarang. Bandar Hilir Melaka ini terletak di daerah Melaka Tengah.

Melaka Bandar Raya Bersejarah merupakan ibu negeri bagi negeri yang paling tua sekali di antara negeri-negeri selat semasa penjajahan kuasa British suatu ketika dahulu. Melaka mempunyai sejarah yang amat panjang dan paling penting sekali di Malaysia ini. Kerana pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara iaitu seorang kerabat di raja dan merupakan seorang putera raja dari Sumatera pada sekitar tahun 1400 telah membawa kepada pembangunan era Kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah Melaka Secara Ringkas

Kesultanan Melayu Melaka ini pula menjadi salah satu kuasa ekonomi dan politik terbesar pada waktu tersebut dan kuasa jajahannya hampir menguasai keseluruhan kawasan Asia Tenggara. Semua ini bermula kerana kedudukan Melaka yang sangat strategik di antara perjalanan perdagangan laut yang menghubungkan negara-negara Timur dan benua Eropah. Ketika kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada permulaan tahun 1511, kuas Portugis mula menakluk Melaka dan menjadi titik permulaan penguasaan kuasa asing di Tanah Melayu pada ketika itu.

Dari zaman-berzaman, kuasa asing silih berganti antara satu sama lain dalam hal menguasai Melaka. Selepas kejatuhan kuasa Empayar Portugis, Empayar Belanda pula yang menakluki Melakda dan kemudiannya dijadikan sebagai salah satu Negeri-negeri Selat yang terawal ketika penjajahan British bermula di Asia Tenggara. Kuasa penjajahan Jepun juga pernah mengawal Melaka dan keseluruhan Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu dari tahun 1942 sehingga 1945. Kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua menyaksikan kuasa British kembali ke Tanah Melayu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebagai sebuah Persekutuan di mana gabungan negeri-negeri termasuk Melaka menjadi negara yang merdeka pad atahun 1957.

Sejarah penubuhan Melaka sehinggalah menjadi kuasa besar di Asia Tenggara dan akhirnya menjadi negeri Melaka yang kita kenal pada hari ini menjadikan negeri ini menyimpan sejuta erti dalam memilihara khazanah negara. Di sebabkan itu, pada ketika ini, kita masih boleh melihat bukti-bukti pendudukan kuasa asing di negeri Melaka terutamanya di Bandar Hilir Melaka ini. Semestinya amat merugikan sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu mengambil tahu kepentingan sejarah di Bandar Hilir Melaka ini. Kini, pengiktirafan Melaka sebagai sebuah bandar raya bersejarah juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

A Famosa – Mercu Tanda Bandar Hilir Melaka

Sudah tidak asing lagi kubu bersejarah A Famosa menajdi sebuah mercu tanda yang amat sinonim dengan Bandar Hilir Melaka. Kubu A Famosa ini dibina oleh penjajah Portugis ketika pendudukan mereka di Tanah Melayu ini. Dipercayai dibina pada tahun 1512, A Famosa yang bermaksud Yang Termashyur kini hanya tinggal sebuah pintu gerbang yang digelar Pintu Gerbang Porta de Santiago akibat dimusnahkan semasa penjajahan British.

Walaupun hanya tinggal pintu gerbang ini sahaja, Kubu A Famosa ini menjadi sebuah mercu tanda peninggalan yang amat bermakna dalam sejarah negara. Disebabkan kepentingan ini, mercu tanda Kubu A Famosa ini sehingga hari ini menjadi tempat tarikan pelancong dan pelawat untuk dijadikan bukti sudah menjejaki kaki di Melaka. Kubu A Famosa ini juga dipercayai sebagai salah satu tinggalan seni bina Eropah yang paling lama di Asia Tenggara dan di benua Timur. Perjalanan dan pengembaraan anda di Melaka tidak akan lengkap sekiranya anda tidak mengambil gamabr walaupun sekeping dua foto sebagai tanda ingatan di sini.

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka – Replika Sebenar Istana Melayu Melaka

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak di Bandar Hilir Melaka ini berada tidak jauh dari A Famosa. Banguna Muzium ini merupakan replika Istana sebenar yang menggunakan kayu pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Lokasi Muzium ini berada di kaki bukit Saint Paul dan dibina sepenuhnya dengan cara tradisional dan bahan-bahan asli seperti kayu kayan pada tahun 1985 berdasarkan catatan dalam kitab Sejarah Melayu.

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini juga dibina tanpa mengunakan sebarang paku kerana ingin mengekalkan cara pembinaan asal Istana Melaka yang sebenarnya. Muzium ini menempatkan lebih daripada 1350 artifak, bahan pameran, gambar, replika dan maklumat kebudayaan yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk melawat muzium ini sekiranya anda berada di Bandar Hilir Melaka.

The Stadthuys – Pusat Bandar Hilir Melaka

Bangunan ikonik The Stadthuys yang bewarna merah bersama menara jam merah di tengah-tengah bandar raya Melaka ini juga merupakan tempat wajib yang patut dilawati oleh para pengunjung di Bandar Hilir Melaka. Bangunan yang turut dijolok sebagai Rumah merah oleh masyarakat tempatan ini merupakan bangunan Dewan Bandaraya yang dibina ketika zaman penjajahan Belanda dahulu. Bangunan ini menempatkan pejabat Gabenor Belanda pada era tahun 1650.

Bangunan ini kemudiannya ditukarkan menjadi sekolah Inggeris oleh para misionari ketika zaman penjajahan British. Sekolah ini kemudiannya diberi nama sebagai Malacca High School (Sekolah Tinggi Melaka) sebelum dipindahkan ke tapak yang lain yang juga kekal sehingga kini di Jalan Chan Koon Cheng. Bangunan ini kini dianggap sebagai tinggalan seni bina Belanda yang paling tua di benua Timur. Kini, bangunan ini dijadikan Muzium Sejarah dan Etnologi Melaka. Muzium ini mempamerkan artifak dan pakaian tradisional masyarakat Melaka dari zaman berzaman. Selain itu, muzium lain juga turut ditempatkan di sini iaitu Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Yang Di-Pertua Negeri dan Galeri Laksamana Cheng Ho.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melawat ketiga-tiga tempat wajib dilawati ini ketika anda berada di Bandar Hilir Melaka.

SUMBER

http://www.malacca.ws/attractions/melaka-historic-cities.htm#:~:text=Malacca%20History&text=In%20the%20late%2014th%20century,the%20strategic%20Straits%20of%20Malacca.

https://en.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

https://aromasian.com/the-historical-city-of-malacca-xiii-malacca-sultanate-palace-museum/

See Also

http://malacca.attractionsinmalaysia.com/The-Stadthuys.php

https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Malacca_Sultanate_Palace_Museum_1.jpg

https://www.freepik.com/premium-photo/melacca-famosa-heritage-building_3147132.htm

https://www.freepik.com/free-photo/river-old-view-melaka-malacca_1006802.htm

https://www.freepik.com/free-photo/blue-sky-summer-malaysia-ancient-unesco_1006824.htm#query=malacca&position=20

error: Content is protected !!