genting highland

Genting Highland, sebuah bukit di Malaysia yang ada pelbagai tempat menarik untuk diteroka, menjadikan ia sebuah percutian yang bermakna untuk anda.

Genting Highland merupakan sebuah projek pembangunan resort yang luar biasa untuk keseronokan, keselesaan dan hiburan. Lagi pula, bukit hutan hujan mengelilinginya menjadikan tempat ini popular bagi pencinta alam.

Makanya, resort ini penuh dengan kejutan di setiap selekoh memastikan percutian anda di Malaysia sesuatu yang bakal diingati.

Berikut adalah tempat-tempat yang boleh dilawati sekiranya anda ke Cameron Highland.

1. Skytropolis Theme Park

Harga Tiket Taman Tema Skytropolis Genting 2021 + Diskaun

Skytropolis Theme Park adalah taman hiburan yang ada bermacam-macam mainan. Tempat ini bukan hanya sesuai untuk remaja malah orang dewasa juga, dengan hiasan dalam yang berwarna-warni dan pengalaman yang boleh dirasai oleh semua kumpulan umur.

Mainan seperti Boo Boo Bump dan Whurley Bugs adalah antara tarikan paling popular di kalangan kanak-kanak. Space Cadets dan Copper Express pula lebih sesuai untuk keluarga atau orang dewasa. Bagi anda yang suka kan aksi tekanan tinggi, cuba Sky Towers dan Spin Crazy.

Waktu beroperasi: 10am – 10pm

Yuran: Bermula dari RM10

2. Ripley Adventure Genting Highland

Ripley's Adventureland, Jurassic Research Center, 4d Trick Art Museum &  Zombie

Ripley’s Adventure dikelaskan sebagai tarikan terbesar pelancong di Malaysia jika anda melancong bersama anak-anak dan inginkan satu hari yang penuh dengan keseronokan. Muzium ini dipenuhi dengan keanehan, barang antic dan aktiviti interaktif serta pameran yang akan menghiburkan anda sekeluarga.

Anda perlukan beberapa untuk melihat koleksi penuh kerana terdapat lebih 400 pameran di sini. Dua pameran yang wajib pergi adalah Jurassic Research Center dan Zombie Outbreak.

Waktu beroperasi: 10am – 10pm

Yuran: RM22

3. Genting Strawberry Leisure Farm

Genting Strawberry Leisure Farm, come enjoy fresh strawberries at this  popular tourist attraction in Genting Highlands – Big Kuala Lumpur

Sama ada anda ingin menikmati buah strawberi atau ingin menyajikan mata dengan melihat bunga-bunga berkembang, ladang strawberi yang dikatakan terbesar di Malaysia ini, menawarkan pengalaman melancong yang lain dari yang lain.

Pilih stroberi anda sendiri di dusun, beli buah-buahan sebelum dibungkus, berjalan di sekitar Taman Lavender dan ambil gambar untuk dimuatnaik ke Instagram – tempat ini dibina untuk pengunjung datang bergembira.

Tambahan lagi, ada restoran bertemakan stroberi di sini dan anda boleh nikmati pelbagai makanan yang lazat.

Waktu beroperasi: 9am – 6:30pm

Yuran: RM10/seorang

4. Genting Highland Skyway

Awana Skyway sets record for number of passengers

Naik kereta kebal yang berada di antara Stesen Awana, terletak di tengah-tengah bukit dan Stesen SkyAvenue berada di puncak. Genting Skyway adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi di Genting Highland.

Bukan anda membuatkan anda rasa teruja malah bagi anda pemandangan landskap curam 360 darjah. Para pelancong dan orang tempatan suka naik kereta kebal ini sebab cara termudah dah murah untuk sampai ke puncak.

Waktu beroperasi: 7am – 12am

Yuran: RM8

5. Genting Highland Theme Park

Genting SkyWorlds Theme Park Will Finally Open In 2021! Here's A Sneak Peek  | TRP

Genting Highland Theme Park penuh dengan aktiviti-aktiviti yang mengujakan, juga merupakan salah satu tarikan popular di sini. Anda patut rancang untuk luangkan masa beberapa jam ini kerana banyak sangat tarikan dan permainan untuk orang dewasa.

Dekat taman ini, di mana dianggap sebagai tarikan utama di sini, anda boleh tengok banyak permainan yang menyeronokkan dari roller coaster ke roda feri ke buaian sampailah karosel.

Waktu beroperasi: 8am – 10pm

Yuran: RM38/seorang

Kuala Gandah Elephant Conservation Center

Kuala Gandah Elephant Conservation Center telah bertapak sejak tahun 1989. Gajah yang mesra ini akan ambil kacang tanah dari tangan anda dan bagi anda naik atas badan dia, kerana mereka tinggal bersama 500 ekor gajah liar lain yang telah dipindahkan oleh sebab habitatnya berkurang.  

Waktu beroperasi: 9am – 7pm

6. Gua Kuil Chin Swee

Chin Swee Cave Temple | Genting Highlands

Gua Kuil Chin Swee terletak di kawasan yang mempunyai pemandangan paling cantik di Genting Highland, di atas tanah berhutan batu seluas 29 ekar.

Kuil Tai ini dibangunkan untuk menghormati Pendeta Maste Chin Swee, seorang tokoh agama yang terkenal dengan kehebatannya membawa hujan dan melawan roh jahat.

7. Butterfly Wonderland Genting

Butterfly Park Kuala Lumpur, Malaysia - Travel Guide

Butterfly Paradise Genting merupakan sebuah taman besar yang menjadi habitat ratusan rama-rama dan juga tempat popular buat pencinta haiwan dan keluarga yang ingin melawat Genting Highland.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Happy Bee Farm, di mana ia akan mengajar anda tentang pemelihara lebah dan menjual barangan berasaskan madu.

Waktu beroperasi: Setiap hari 9am – 9pm

8. Awana Horse Ranch

Awana Horse Ranch, Genting Highlands (Malaysia) - Holidify

Ambil angin di lereng bukit yang nyaman sambil duduk di atas kuda yang luar biasa, dan nikmati keindahan hutan tropika kalau anda sudah bosan dengan cahaya terang dan mesin slot.

Pusat ekuestrian ini merupakan sebahagian daripada Awana Genting Highlands Gold & Country Resort dan inilah cara yang paling best untuk nikmati hutan yang subur tanpa susah payah jalan kaki.

Waktu beroperasi: 24 jam setiap hari

9. 20th Century Fox World Malaysia

Genting's new outdoor theme park in Malaysia to open in 2021 - InterPark

Walaupun 20th Century Fox World Malaysia tidak dijangka akan dibuka sehinggalah pada penghujung 2018, ia masih dijangkakan bakal menjadi taman tema yang paling mengasyikkan.

Terdapat 25 mainan yang menyeronokkan dan tarikan yang berinspirasikan filem Hollywood seperti Planet of the Apes, yang bakal menggantikan tempat Genting Highlands Outdoor Theme Park.

Genting Highland lebih fokus kepada memberi keseronokan tanpa henti berbanding melakukan aktiviti yang merelakskan dan tenang. Pastinya memberikan anda satu juta rasa keseronokan yang anda perlukan. Masalah hilang, keseronokan dicapai.

Walaupun tempat-tempat ini sepertinya lebih sesuai buat para remaja, namun ada juga yang mesra keluarga. Jadi tunggu apa lagi, rancanglah percutian anda ke Genting Highland!

Sumber:

https://www.thrillophilia.com/places-to-visit-in-genting-highlands

http://www.kuala-lumpur.ws/genting-highland/attractions.htm

Summary
Tempat-Tempat Untuk Dilawati di Genting Highland
Article Name
Tempat-Tempat Untuk Dilawati di Genting Highland
Description
Genting Highland, sebuah bukit di Malaysia yang ada pelbagai tempat menarik untuk diteroka, menjadikan ia sebuah percutian yang bermakna untuk anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: