tempat menarik di kuantan

Sebenarnya, terdapat banyak tempat menarik di Kuantan yang boleh dikunjungi. Sekiranya anda nak tahu, teruskan membaca artikel ini.

Adakah anda merancang untuk berkunjung ke Kuantan tidak lama lagi? Sekiranya ya, pasti anda ingin mendapat pengalaman terbaik sepanjang percutian anda bukan?

Oleh itu anda harus melakukan beberapa persiapan dengan mengetahui tempat yang harus anda kunjungi sebelum perjalanan anda.

Apabila anda merancang jadual perjalanan lebih awal, pasti anda tidak akan terlepas apa-apa ketika anda mengunjungi tempat-tempat pelancongan di Kuantan ini.

Secara kebetulan, Kuantan adalah bandar kesembilan terbesar di Malaysia dan ibu kota negeri Pahang, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan di Kuantan yang akan anda ketahui tidak lama lagi.

Jadi, jangan buang masa lagi. Jom kita lihat tempat menarik di Kuantan yang boleh anda kunjungi sekiranya anda ke sana nanti.

1. Hafiz Firefly Cherating

Anda seorang peminat kunang-kunang tetapi tidak tahu di mana anda boleh melihatnya? Di sinilah tempatnya bagi anda yang ingin melihat kunang-kunang dengan menaiki perahu pada waktu malam.

Ia pasti akan menjadi pengalaman terindah dalam hidup anda lebih-lebih lagi ketika bersama orang tersayang. Seorang yang merupakan pakar kunang-kunang iaitu Hafiz akan menajdi kapten kapal anda dan akan memberitahu anda alasan di sebalik kelakuan unik kunang-kunang.

Anda juga serba sedikit akan mendapat ilmu baharu mengenai kunag-kunang kerana Hafiz akan sentiasa menerangkan mengapa serangga tersebut berkedip ketika gelap.

Walau bagaimana pun, mengambil gambar di tempat ini adalah tidak dibenarkan kerana kilatan kamera dapat mengejutkan atau mematikan kunang-kunang tersebut. Oleh itu, walau pun ingin berseronok, anda harus tetap mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

2. Teluk Chempedak

Kunjungan ke pantai yang indah ini pasti menjadi suatu kemestian ketika anda berkunjung ke Kuantan. Teluk Chempedak terletak hanya sekitar 5 kilometer dari pusat bandar Kuantan.

Pantai ini terletak berhampiran Kelab Golf Diraja Pahang. Deretan pokok pinus, kasuarina yang menawan, dan pantai berpasir putih yang menakjubkan pasti akan memikat perhatian anda.

Gabungan semua ini mewujudkan suasana ketenangan, kegembiraan, dan kedamaian di pantai. Anda juga dapat melihat kapal nelayan di laut pada waktu malam dan siang hari.

Oleh itu, jika anda ingin menikmati suasana pantai bersama ahli keluarga, Teluk Chempedak adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda meluangkan masa bersama pantai.

3. Taman Esplanade

Taman Esplanade terletak di belakang Sungai Kuantan dan berdekatan dengan Bangunan ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan.

Kanak-kanak suka mengunjungi tempat itu dan dapat menikmati pelbagai jenis latihan dan struktur pendakian, gelongsor, jongkang-jongkit, dan ayunan untuk melepaskan tenaga mereka yang sangat aktif.

Sekiranya seorang yang aktiviti gemar memancing, esplanade di sebelah taman adalah tempat yang sangat baik untuk melakukannya.

Sangat menarik bukan? Sementara anak-anak anda bermain di taman dengan diawasi oleh ibu, para bapa boleh melakukan aktiviti memancing dengan santai.

4. Mini Zoo Taman Teruntum

Seperti yang jelas dari namanya, ia adalah taman zoologi kecil yang terletak betul-betul di sebelah taman permainan untuk kanak-kanak. Di mini zoo ini mempunyai pelbagai jenis spesies haiwan yang boleh anda lihat dan mungkin kebanyakkannya jarang anda jumpa di mana-mana.

Anda harus membawa anak-anak anda untuk berkunjung ke Mini Zoo Taman Teruntum untuk melihat pelbagai jenis haiwan dan mengetahui tentangnya.

Lebih seronok lagi, taman ini memiliki perkhidmatan sewa basikal untuk para pengunjung. Sangat seronok bukan?

Bukan setakat boleh melihat pelbagai jenis haiwan, malah anda dapat berbasikal bersama ahli keluarga di dalam kebun binatang ini dan banyak ruang untuk anak-anak anda bermain dan berlari.

Selain mendapat keseronokan, taman ini juga dilengkapi dengan trek keselamatan untuk menajamin keselamatan para pengunjung daripada sebarang gangguan binatang yang terdapat dalam mini zoo tersebut.

5. Ana Ikan Bakar Petai 3

Sekiranya anda seorang peminat makanan laut, jangan lupa untuk berkunjung ke Ana Ikan Bakar Petai 3 ini ketika anda berada di Kuantan.

Restoran ini sememangnya hanya menyediakan makanan laut kepada para pengunjung dan setiap waktu malam pasti akan ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk makan di tempat ini.

Harga makanan di restoran ini juga sangat berpatutan dan disebabkan itulah ia sentiasa mendapat sambutan daripada orang ramai sejak kali pertama ia dibuka.

Sememangnya makanan laut tidak murah bagi sebilangan orang bukan? Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda menikmati makanan laut di restoran ini ketika berada di Kuantan.

Demikianlah beberapa tempat menarik di Kuantan yang boleh anda pilih sebagai tempat kunjungan yang terbaik untuk anda. Percutian anda di Kuantan pasti akan menjadi sangat hebat dan memberikan anda pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan walaupun setelah pulang dari sana.

Semoga anda semua dapat menikmati percutian dan perjalanan anda dengan kepuasan yang tidak terhingga serta sentiasa menjaga keselamatan anda walau di mana pun anda berada ketika bercuti.

Sumber:

https://www.holidify.com/places/kuantan/sightseeing-and-things-to-do.html

https://funntaste.com/kuantan-10-amazing-places-to-visit-airasia/

https://traveltriangle.com/blog/things-to-do-in-kuantan-malaysia-bdp/

Summary
Tempat-Tempat Menarik di Kuantan Untuk Anda Kunjungi
Article Name
Tempat-Tempat Menarik di Kuantan Untuk Anda Kunjungi
Description
Sebenarnya, terdapat banyak tempat menarik di Kuantan yang boleh dikunjungi. Sekiranya anda nak tahu, teruskan membaca artikel ini.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: