Tempat Menarik di Lumut

Banyak tempat menarik di Lumut yang boleh kita lawati pada musim percutian nanti. Percutian akan menjadi lebih seronok jika bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara tempat menarik yang biasa para pelancong lawati di lumut adalah Pantai Teluk Batik, Teluk Senangin, Frenzy Waterpark, dan pelbagai lokasi lain lagi.

Boleh di katakan anda perlukan 7 hari untuk melawat ke semua tempat menarik di lumut ini.

Berikut adalah senarai tempat menarik di Lumut yang kami cadangkan kepada anda jika berpeluang berkunjung ke sana nanti.

Lumut Waterfront

Jarak dari jeti Lumut ke Lumut Waterfront adalah lebih kurang satu kilometer, lokasi yang sesuai dibawa bersama keluarga.

Mempunyai pemandangan yang epik dan sukar ditandingi keindahannya yang luar biasa yang tidak akan anda lalui di mana-mana.

Di sini mereka ada menyediakan perkhidmatan menyewa basikal dan skuter elektrik pada harga berpatutan. Sudah tentu pengalaman ini amat bermakna buat anda sekeluarga.

Bazaar Lumut

Tidak jauh dari Lumut Waterfront, bangunan merah yang diberi nama Bazaar Lumut ini ada menjual pelbagai jenis kraftangan, pakaian, dan hasil laut kering termasuk bilis mata biru yang terkenal di Lumut.

Anda akan mendapati ini adalah tempat yang paling sesuai dan mudah untuk membeli cenderemata kenang-kenangan kepada saudara dan kenalan anda.

Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik adalah tempat yang wajib untuk anda lawati jika bercuti ke Lumut, dan pantai ini adalah lokasi pilihan ramai untuk bermain di pantai.

Pasirnya yang putih dan pantai yang bersih pasti menyenangkan mata yang memandang, apalagi berasa lebih selamat dengan mengawasi anak-anak kecil bermain membina istana pasir.

Banyak aktiviti pantai dan sukan air disediakan kepada pelancong yang datang ke sini, antaranya adalah menaiki banana boat, bermain Big Mable, memancing laut dan bermacam lagi.

Taman Paya Bakau

Destinasi seterusnya adalah Taman Paya Bakau, lokasi yang wajib untuk anda lawati sepanjang berada di Lumut.

Selain dari pemandangan flora dan fauna yang sedap mata memandang, udara yang segar juga akan menyegarkan kita.

Terdapat banyak pondok kecil untuk beristirehat di sepanjang laluan di taman itu, jadi anda tidak perlu bimbang jika berasa letih berjalan di sana.

Teluk Senangin

Tempat menarik di Lumut yang boleh anda kunjungi lagi adalah Teluk Senangin.

Hamparan pasir putih dengan air laut yang tenang pasti menjadi tempat yang menarik untuk bergambar kenangan bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

Dikelilingi dengan pohon rhu, membuatkan suasana di Teluk Senangin begitu menenangkan diselangi hembusan angin laut yang lembut.

Anda juga boleh bermain di gigi air dan berenang pada waktu pagi atau petang jika menyukainya.

Kota Belanda

Selain pantai dan taman tema air, anda juga boleh melawat tempat bersejarah di Lumut ini.

Tempat yang kami maksudkan ialah Kota Belanda, yang menyimpan banyak sejarah semasa kemasukan Belanda di Lumut.

Kota tua yang sudah berdiri sejak tahun 1670 ini digunakan Belanda untuk menyimpan hasil bijih timah yang dilombong mereka.

Lokasi ini juga begitu cantik dijadikan latar belakang untuk bergambar.

Pulau Pangkor

Rancang percutian anda dengan bijak, kerana destinasi seterusnya yang harus anda lawati adalah Pulau Pangkor.

Keindahan pantai dan kejernihan air lautnya pasti akan membuatkan anda terpesona dan mengagumi sepanjang berada di pulau ini.

Anda memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam untuk betul-betul menikmati keindahan pulau ini.

Tidak ada makanan lain yang lebih menyelerakan selain makanan laut yang segar disediakan di sini.

Bercuti sememangnya seronok! walau kemana sekalipun destinasi percutian anda, pastikan semuanya telah dirancang dengan sempurna dan yang paling penting adalah mengutamakan keselamatan diri dan orang sekeliling serta orang tersayang.

Percutian yang seronok adalah berbalik pada kita sendiri. Setelah lama duduk di rumah sama ada bekerja dari rumah mahupun bekerja di pejabat, masa bersama keluarga itu sangat terhad. Melalui percutian ini peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga itu sangatlah banyak. Paling penting semasa bercuti ini elakkan bermain gajet seperti telefon pintar atau laptop. Sebaliknya perbanyakan aktiviti fizikal bersama keluarga contohnya boardgame.

Semoga bermanfaat!

https://mytrip123.com/tempat-menarik-di-lumut/

Tagged: