tempat menarik di kundasang

Perjalanan ke Kundasang sangat dekat daripada Kota Kinabalu yang terkenal. Ramai yang masih tidak tahu akan tempat menarik di Kundasang ini.

Ini adalah salah satu sebab mengapa Kundasang tidak terlalu berhubung dengan banda-bandar besar. Jalan termudah untuk ke Kundasang adalah menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu dan ambil jalan ke Kundasang dari situ.

Hujani mata anda dengan keindahan pemandangan sepanjang perjalanan ke destinasi. Anda boleh ambil teksi ke Taman Kinabalu ataupun sewa kereta dan memandu sendiri. Lapangan kapal terbang Kinabalu mempunyai perhentian teksi untuk memudahkan anda menaiki teksi ke Kundasang. Kalau anda susah dapatkan teksi, anda juga boleh tempah secara atas talian.

KUNDASANG WAR MEMORIAL

kundasang war memorial

Perang Dunia Ke-2 menyebabkan jumlah kematian yang sangat ramai. Tempat peringatan ini didedikasikan khas buat askar British dan Asutralia yang ditahan sebagai banduan semasa Perang Dunia Ke-2.

Tambahan lagi, beberapa orang Borneo mati di lokasi tersebut semasa ingin membantu banduan-banduan ini semasa perang. Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan taman peringatan ada mengelilingi kawasan ini. Sebagai tarikan, bayaran kemasukan RM2 dikenakan.

AIR KOLAM PANAS di PORING

Perjalan selama 45 minit ke Kundasang akan membawa anda kepada kolam air panas semulajadi Poring. Ini adalah salah satu kawasan rekreasi paling popular di Kundasang.

Pelancong datang ke sini atas beberapa sebab tertentu, yang paling utama sudah semestinya untuk melawat air kolam panas yang kaya dengan sulfur semulajadi ini. Terdapat banyak kolam yang tersedia untuk individu rendamkan dan menenangkan diri dengan kadar harga yang berbeza.

DESA DAIRY FARM

tempat menarik di kundasang desa dairy farm

Ini adalah Desa Dairy Farm di Kundasang, Sabah, bukit-bukit menghijau sejauh mata memandang mengelilingi ladang tenusu ini tidak ada di padang liar New Zealand. Akan tetapi, pastinya akan ada orang percaya anda berada di New Zealand jika dilihat melalui gambar.

Merupakan salah satu tempat menarik di Kundasang, anda boleh dapatkan buah tangan atau saguhati, seperti barangan tenusu macam susu segar, keju asli dan aiskrim gelato, selepas lawatan melihat proses susu dibuat dan memberi makan anak lembu yang comel sedang meminum susu di dalam botol.

LADANG TEH SABAH

Samada anda sukakan teh ataupun tidak, lawatan ke ladang teh yang besar dengan udara bukit yang sejuk ini jangan anda lepaskan. Dengan bayaran tambahan, berkunjunglah ke Ladang Teh untuk melihat bagaimana teh dibuat.

Berjalan di sepanjang jalan menuju ke puncak Bukit Kamunsu pada awal pagi dengan pemandangan matahari terbit yang sangat cantik, malam pula dikhaskan untuk berjalan sambil melihat spesis pepijat yang unik.

Akhir sekali, cubalah minum teh terbaik daripada Sabah, tanpanya tidak lengkaplah kunjungan anda ke Ladang Teh Sabah. Kayu manis, halia, serai, pandan, tongkat ali dan misai kucing merupakan 8 perasa yang ada.

THE UPSIDE DOWN HOUSE

tempat menarik di kundasang the upside down house

Dunia akan terbalik apabila anda berkunjung ke UpsideDown House. Tarikan disini termasuklah taman hiburan yang klasik. Mereka menggunakan konsep kampung Sabah sebagai prop di mana terdapat bilik tidur, bilik air, ruang tamu, dapur dan beranda!

Keunikan seni bina ini juga tersenarai di dalam Malaysia Book of Records sebagai tempat rumah terbalik pertama di Asia Tenggara. Paling best sekali, tempat ni senang je nak cari. Walaupun tidak boleh tangap gambar, pengunjung boleh berposing dengan prop yang ada.

PASAR SEGAR KUNDASANG

Kundasang merupakan sebuah kampung yang sunyi suatu ketika dahulu, kini sebuah bandar kecil yang mempunyai penduduk yang berdikari menjual produk hasil menuai dari kawasan luar bandar berdekatan.

Pasar segar Kundasang adalah barisan gerai yang terdapat di sepanjang lebuh raya Kundasang-Ranau. Pastinya dikunjungi ramai pelancong.  

Kunjungilah pasar segar ini untuk mendapatkan buah tangan seperti kraf tangan dan pakaian, semuanya dijual dengan harga yang berpatutan. Ada juga produk tempatan dan bunga-bungaan daripada taman berdekatan.

TANDEM PARAGLIDING RANAU

tempat menarik di kundasang tandem paragliding ranau

Langit adalah had bagi mereka yang dahagakan keseronokan kompulsif. Tandem Paragliding Ranau bagi anda sayap untuk terbang sepreti burung liar dengan bebas.

Terbanglah di atas Bukit Kokol yang menakjubkan sambil menyanyi lagu R. Kelly iaitu I Believe I Can Fly sambil mengenakan tali pinggang sekitar 700 meter tinggi dari bawah.

Nota: keadaan angin dan cuaca yang adalah faktor utama untuk terbang dengan berjaya. Kalau cuaca buruk berterusan, tiada pulangan akan diberikan. Sebaliknya sesi tergendala anda akan dijadualkan semula pada hari yang lain.

MENDAKI GUNUNG KINABALU

Mendaki Gunung Kinabalu pastinya menjadi senarai teratas buat para pengembara yang datang ke Kundasang. Sekali pandang nampak macam puncak gunung ini adalah yang tertinggi sekali di Asia Tenggara, ianya sangat menakjubkan dan sangat berbaloi untuk ditakluki.

Mendaki gunung ini akan mengambil masa lebih kurang dua hari dan ini dikira sebagai trek yang biasa. Kalau anda tiada pengalaman mendaki, dinasihatkan untuk berlatih sebelum cuba mendaki Gunung Kinabalu.

Cuaca di Kundasang adalah cuaca tropikal dengan tahap hujan turun yang berbeza sepanjang tahun. Suhu biasa di Kundasang adalah pada 21°C, suhu yang baik mengikut lokasinya.

Kemasukan orang tempatan dan pelancong dari luar negara ke sini amat memberansangkan memandangkan ia memiliki cuaca yang baik sepanjang tahun. Luarannya nampak seperti anda boleh datang melawat Kundasang pada bila-bila masa. Akan tetapi, bulan Januari sehingga April merupakan waktu terbaik sebenarnya.

Hujan tidak terlalu kerap sepanjang 4 bulan ini, membenarkan pengunjung datang untuk meneroka dan menikmati percutian mereka. Ini adalah tempat menarik di Kundasang yang anda boleh kunjungi bila dah selesai pandemik nanti okay.

SUMBER:

https://pickyourtrail.com/blog/things-to-do-kundasang-sabah/

https://www.traveloka.com/en-sg/explore/tips/kundasang-sabah-what-to-know-where-to-go/48352

https://www.sabahtravel.com/kundasang

Summary
Tempat Menarik di Kundasang yang Anda Perlu Lawati
Article Name
Tempat Menarik di Kundasang yang Anda Perlu Lawati
Description
Perjalanan ke Kundasang sangat dekat daripda Kota Kinabalu yang terkenal. Ramai yang masih tidak tahu akan temoat menaik di Kundasang ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: