tempat menarik di kuala terengganu

Tempat menarik di Kuala Terengganu tawarkan variasi. Sebab masyarakat Cina besar, anda akan jumpa gabungan budaya Cina dan Melayu di sini.

Se;ain dari batu berpasir, negeri ini meliputi hampir 13,000 kilometer persegi pantai Laut Cina Selatan. Kampung dan bandar-bandar kecil yang indah, serta pulau yang cantik boleh didapati si Kuala Terengganu.

Makanan di sini menggabungkan masakan Peranakan dengan hidangan tradisional Melayu dan banyak makanan laut segar, jadi rambang mata nak pilih nanti.

Lawati Istana Maziah

tempat menarik Kuala Terengganu

Istana Maziah adalah salah sebuah bangunan tercantik di Kuala Terengganu. Istana yang asalnya milik Sultan ini terletak berdekatan dengan Pasar Besar dan dibina mengikut gaya klasik penjajah.

Akan tettapi, istana ini ditutup buat orang awam kecuali pada cuti umum tertentu. Walau bagaimanapun, ia masih berbaloi untuk dilawati, terutama sekali jika anda meminati seni bina klasik.

Makan-makan di Pusat Penjaja Chinatown

Kalau anda mencari tempat makan, singgah lah di Pusat Penjaja Chinatown. Sebuah pusat makanan luar besar dengan pelbagai jenis gerai makanan, termasuklah makanan tradisional Cina dan Melaayu, ada di sini. Takkan ada orang yang tidak makan bila datang ke sini.

Terletak di Kuil Ho Ann Kiong, anda boleh menggabugkan lawatan anda ke pusat ini dan juga pasar seni pada waktu pagi. Sebelah petang, terbanyak pelbagai pilihan makanan yang lazat seperti mee goreng, sup dan ikan bakar.

Berbelanja di Wanisma Craft & Trading

Wanisma Craft & Trading adalah sebuah tempat yang perlu dikunjungi kalau anda mencari hadiah ataupun cenderahati. Anda akan temui batik bercetak tradisional dan tembaga.

Di samping itu, anda boleh menyaksikan bagaimana tukang mencetak melakukan kerja-kerja mencetak batik. Sambil-sambil tambah koleksi kraf tangan tu, ini adalah cara anda menyokong hasil buatan komuniti tempatan.

Trip ke Masjid Kristal

Masjid Kristal dikatakan adalah salah satu daripada Masjid Muslim tercantik di Malaysia. Masjid ini mendapat namanya dari chandelier Kristal yang besar tergantung di ruangan solat utama yang dibina dari kaca dan besi. Juga merupakan masjid termoden.

Pengunjung yang datang menunaikan ibadah boleh membaca Al-Quran elektronik menggunakan Wi-Fi yang disediakan di dalam.

Kalau boleh, datanglah ke sini pada waktu malam, ketika ia disinari dengan warna merah jambu, kuning, biru dan hijau. Pantulan warna-warna ini sangat cantik di bawah sinaran bintang.

Hirup Secawan Kopi di Star Anise

Star Anise, ialah antara kedai kopi terbaik di Kuala Terengganu menurut masyarakat setempat. Anda takkan jumpa kopi segera di sini.

Sebaliknya, anda akan jumpa air kapucino dan espresso yang sebenar, juga merupakan tempat yang popular untuk beramah mesra dengan masyarakat Kuala Terengganu. Boleh beli makanan tempatan seperti madu asli, sesuai dijadikan sebagai hadiah.

Pelajari Sejarah Peranakan Cina

Rumah kedai di Chinatown ini pemilik asalnya adlaah Syarikat Perdagangan Teck Soon. Kini, menjadi lokasi menarik di Terengganu, kerana ia ada sejarah yang dikhususkan untuk budaya Peranakan Cina.

Kalau taknak masuk pun, bahagian luarnya saja sudah cukup menarik untuk ditatapi, dicatkan dengan 3 jenis warna biru. Yuran kemasukan adalah percuma.

Muzium Negeri Terengganu

Sekiranya anda ingin belajar lebih lanjut tentang sejarah setempat dan tengok rumah-rumah lama, sinilah tempat. Ianya merupakan muzium terbesar di Malaysia, dengan empat bangunan saling berkaitan dibina di atas platform dalam gaya istana Terengganu yang bersejarah!

Bangunannya saja sudah memiliki struktur tradisional. Sejarah semulajadi mavam batu negeri, flora dan fauna, tekstil tempatan, kraftangan tradisional, keluarga diraja Terengganu, petroleum dan pengenalan Islam di Terenggan serta sejarah pembangunan manusia semua ada di sini.

Berehat di Pantai Batu Buruk

Mencari masa terluang untuk ke pantai? Berjalan-jalan lah di Batu Buruk. Pantai berpasir yang luas dengan air yang bersih terletak berdekatan dengan tarikan di kawasan sekitar. Walaupun pantai ini lebih kepada tempat berkelah berbanding bermandi-manda.

Pantai ini terkenal di kalangan penduduk tempatan, lagi-lagi di hujung minggu, maka hari minggu adalah waktu terbaik untuk anda datang ke sini. Malam Jumaat pula ada pasar malam yang sangat meriah.

Walaupun Pantai Batu Buruk bukanlah pantai bermandi-manda, ia masih tempat terbaik untuk bergaul dengan penduduk Terengganu.

Snokerling

Percutian ke Pulau Redang adalah salah satu aktiviti utama di Kuala Terengganu jika anda mahu bermandi-manda. Kalau tidak mahu menginap di resort Pulau Redang, anda boleh sertai lawatan sehari snorkeling.

Anda berpeluang untuk melawati lima tempat berbeza di mana anda berpeluang untuk kenali hidupan laut yang indah di Pulau Redang.

Tempat menarik di Kuala Terengganu banyak ditawarkan terutamanya buat mereka yang tidak pernah sampai ke Terengganu. Pantai yang meriah, pulau yang indah, negeri ini juga sarat dengan sejarah dari segi budaya dan agama induknya iaitu Islam.

Jadikan Terengganu sebagai salah satu destinati percutian anda di masa hadapan, saya jamin anda tidak akan menyesal. Terdapat pelbagai lagi tempat menarik yang ada di sini, mungkin anda boleh fokus kepada pulau pula lepas ini?

Pulau juga tarikan utama Terengganu, jadi rancanga percutian anda dengan sebaiknya supaya anda dapat garap pengalaman bercuti yang bermakna. Selamat menjadi warga Terengganu!

Sumber:

https://www.thecrazytourist.com/25-best-things-to-do-in-kuala-terengganu-malaysia/

https://diveintomalaysia.com/things-to-do-in-kuala-terengganu/

Summary
Tempat Menarik di Kuala Terengganu untuk Dijelajah
Article Name
Tempat Menarik di Kuala Terengganu untuk Dijelajah
Description
Tempat menarik di Kuala Terengganu tawarkan variasi. Sebab masyarakat Cina besar, anda akan jumpa gabungan budaya Cina dan Melayu di sini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: