ipoh food

Ipoh food; siapa yang kaki makan pasti suka dengar perkataan ini kan. Lebih-lebih lagi, Ipoh adalah antara salah satu syurga makanan di Malaysia ini.

Adakah anda tahu bahawa Lonely Planet pernah menyenaraikan Ipoh sebagai salah satu destinasi terbaik Asia untuk dikunjungi pada tahun 2016?

Makan mungkin merupakan aktiviti terbaik yang boleh dilakukan di Ipoh kerana terlalu banyak jenis makanan dan tempat-tempat makan yang lazat dan menarik untuk didatangi.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke Ipoh untuk ‘makan-makan’, adalah lebih baik jika anda denga perut kosong supaya anda dapat menikmati makanan di Ipoh dengan sepuas-puasnya.

Jom kami kongsikan dengan anda beberapa tempat yang best di Ipoh untuk anda dapatkan Ipoh food ataupun makanan di Ipoh ini.

1. Miker Food

Pizza Hut pasti sudah terlalu biasa bagi anda bukan? Pernahkah anda teringin mahu mencuba jenis pizza yang lain pula?

Jika anda berkeinginan ingin mencuba memakan pizza yang lain, maka Miker Food adalah tempat yang tepat untuk anda. Dari luar restoran ini sahaja anda boleh menghidu bau pizza yang memikat selera anda.

Kerak pizza yang dibakar dijamin menepati cita rasa anda ditambahkan lagi apabila anda memakan keju pada pizza yang sangat lazat dan cair di dalam mulut anda.

Selain pizza, Miker Food juga menyediakan pelbagai menu lain seperti  chicken chop, tom yam nyior ketam, nasi goreng dan banyak lagi.

Tempat restoran yang strategik ini dikelilingi Padang Ipoh dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitar membolehkan anda menikmati pemandangan landskap yang indah.

2. Restoran M Salim

Anda seorang penggemar hidangan kari kepala ikan? Jika ya, maka anda pasti akan puas hati jika singgah makan di restoran ini yang menyediakan hidangan kari kepala ikan yang benar-benar asli.

Selain hidangan tersebut, apa sahaja lauk yang ditawarkan boleh dimakan bersama nasi briyani ‘Anarkali’ iaitu nasi briyani daripada gred yang terbaik.

Kesemua hidangan di sini seperti ayam atau daging dijamin akan dimasak dengan sempurna dan lembut, sesuai dan kena dengan selera anda.

3. Restoran Simpang Tiga

Restoran Simpang Tiga sangat mementingkan kepuasan hati pelanggan, menjaga tahap kebersihan, keselesaan dan juga kualiti setiap hidangan yang disajikan.

Di restoran ini, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih sama ada ingin mengambil lauk-pauk sendiri atau menempah daripada menu yang disediakan.

Antara jenis makanan popular yang ditawarkan di restoran ini adalah masakan padang, seafood dan barat, manakala hidangan yang menjadi tarikan orang ramai adalah ayam penyet, masak lemak telur itik, ikan jenahak bakar, dan banyak lagi.

Selain makanan yang lazat, pelanggan juga boleh tempat masing-masing sama ada di ruang terbuka atau tertutup yang lengkap dengan penyejuk udara.

4. Plan B (Ipoh)

Restoran Plan B adalah sebuah kedai makan yang sepatutnya menjadi rancangan pertama anda semasa memilih tempat makan di Ipoh.

Dekorasi dalaman restoran sangat menarik kerana berkonsepkan hipster dan setiap pelanggan yang datang pasti akan menangkap gambar selfie masing-masing atau bersama-sama rakan dan keluarga.

Jarang-jarang kita mendengar sebuah restoran yang terletak di dalam  bangunan yang dahulunya adalah sebuah gudang lama, dengan siling yang tinggi serta dinding batu-bata. Ya, ia merupakan salah satu keunikan restoran Plan B yang menjadi tarikan para pelanggan.

Bukan sekadar aura kedai yang santai, makanan yang disajikan juga cukup enak. Antara hidangan yang ditawarkan adalah salted egg spaghetti, rockyroad raspberry cake, serai chicken rice, chocolate brownie yang cai di mulut dan banyak lagi!

Anda harus datang dan mencuba merasai makanan di sini kerana ia pasti tidak akan mengecewakan anda!

5. Green Town Dimsum Café

Anda seorang penggemar makanan Cina? Tetapi pasti perasaan ragu-ragu sering timbul di dalam hati soal kehalalan makanan yang dihidangkan.

Jangan risau, kerana masih terdapat restoran makanan Cina yang halal untuk dinikmati orang Muslim iaitu di Green Town Dimsum Café.

Sekiranya anda ingin tahu rasa sebenar makanan Cina seperti dimsum, anda boleh datang ke kafe ini kerana ia dijamin halal.

Staff di kafe ini juga akan melayan semua pelanggan dengan mesra dan boleh mencadangkan anda tentang makanan Cina terbaik yang ada di kafe tersebut.

Walaupun kafe ini menyajikan masakan Cina, ia juga tetap menyediakan masakan Melayu seperti nasi lemak dan nasi goreng kampung agar pelanggan lebih banyak pilihan menu makanan.

Tidak dilupakan juga, minuman yang paling popular di kafe ini adalah white coffe, anda wajib mencubanya!

6. Laksa Telur Goreng Bersarang

Laksa Telur Goreng Bersarang adalah lokasi yang digilai ramai oleh penggemar laksa, kerana di sini terdapat banyak pilihan laksa yang enak dan memikat selera sesiapa sahaja yang datang.

Antara pilihan laksa yang popular di sini adalah laksa special, laksa dimsum telur bersarang, laksa fishcake / fishball, laksa tanpa telur dan laksa telur bersarang. Adakah ini kali pertama anda dengar tentang laksa telur besarang?

Ini adalah salah satu restoran ini menjadi pilihan ramai kerana ia menyediakan laksa yang unik dan lain daripada yang lain. Ia dipanggil laksa telur bersarang kerana laksa ini dimasak dengan teknik yang istime dengan mencapurkan telur goreng yang kelihatan seperti sarang burung.

Kebanyakkan restoran lain hanya menyediakan laksa bersama telur rebus bukan? Tetapi di sini ia akan memberi kelainan kepada anda peminat laksa.

Kesimpulan

Demikianlah beberapa tempat-tempat makanan di Ipoh yang menarik dan boleh anda kunjungi. Anda pasti tidak akan menyesal jika berkunjung ke salah satu tempat makan yang disenaraikan. Malah anda pasti akan merindui tempat makan tersebut pada bila-bila masa.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda merasakan makanan di tempat-tempat makan yang terdapat di Ipoh!

Sumber:

https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-ipoh/

https://saji.my/6-pilihan-tempat-makan-ipoh/

Summary
Tempat Makan Ipoh Food Menarik Yang Harus Anda Cuba
Article Name
Tempat Makan Ipoh Food Menarik Yang Harus Anda Cuba
Description
Ipoh food; siapa yang kaki makan pasti suka dengar perkataan ini kan. Lebih-lebih lagi, Ipoh adalah antara salah satu syurga makanan di Malaysia ini.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: