telapak kaki panas
Eritromelalgia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan sensasi panas pada kaki anda.

Anda sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu. Cuaca pada hari itu nyaman kerana hujan di luar. Dalam keadaan yang selesa dan sejuk, tiba-tiba, anda berasa telapak kaki panas, seperti terbakar. Anda berfikir, mungkinkah anda terpijak sesuatu yang panas? Itu mustahil kerana anda tidak pergi mana-mana, hanya duduk di tempat sama buat sekian waktu. Selepas beberapa minit, kaki anda mula menjadi kebas dan telapak kaki anda mula sakit. Anda menjadi hairan kerana keadaan itu amat pelik dan tidak pernah berlaku.

 
Menurut pakar kesihatan, sensasi terbakar di kaki anda tersebut mungkin disebabkan oleh kerosakan saraf di kaki, iaitu keadaan yang dipanggil sebagai neuropati. Neuropati adalah panggilan yang digunakan bagi kerosakan saraf. Ia mempengaruhi sebahagian atau seluruh saraf dalam tubuh. Punca utamanya ialah keadaan kesihatan tertentu seperti kecederaan atau saraf tersepit. Neuropati yang menyebabkan telapak kaki anda panas (Eritromelalgia).

Simptom Telapak Kaki Panas

Pada awalnya, saraf kaki akan rosak terlebih dahulu. Kemudian, kaki akan berasa kebas dan kesemutan. Pesakit juga mengadu bahawa kaki mereka menjadi terlalu sensitif kepada sentuhan (keadaan ini dikenali sebagai hiperestesia) sehingga telapak kaki sakit dan seperti terbakar. Kedengaran ringan bukan? Tetapi bagi kes yang teruk ia boleh menyebabkan kelumpuhan.

Punca Telapak Kaki Panas

Selalunya, neuropati adalah punca utama telapak kaki panas. Ia terjadi apabila serat saraf yang rosak menjadi terlalu aktif dan tidak menentu. Saraf yang rosak akan menghantar isyarat sakit ke otak walaupun tiada luka di telapak kaki.

Kebanyakan individu yang mengalami neuropati,  saraf kaki akan menjadi rosak terlebih dahulu. Individu-individu ini akan mengalami kesemutan dan kebas pada kaki. Ramai juga individu yang mengadu bahawa kaki mereka berasa terlalu sensitif kepada sebarang sentuhan (keadaan ini dikenali sebagai hypersthesia) dan boleh menyebabkan tahap kesakitan seperti terbakar. Ini boleh dilinkungkan dari ringan hingga melumpuhkan.

Diagnosis Telapak Kaki Panas

Penyakit ini sering terjadi secara tiba-tiba di mana pesakit akan rasa sensasi terbakar di telapak kaki ia menjadi teruk dalam masa yang singkat menyebabkan kesakitan. Oleh itu, mereka perlu berjumpa doktor bagi mendapat diagnosis yang betul. Ujian akan dijalankan kepada pesakit, antaranya:

  • Elektromiografi (EMG). Ia sejenis ujian fungsi otot menggunakan rakaman aktiviti elektrik di dalam otot. Prob akan diletakkan pada kulit, atau jarum mungkin dimasukkan ke dalam otot untuk mengesan aktiviti elektrik tersebut.         
  • Kajian pengaliran saraf. Kajian pengaliran saraf menguji keupayaan saraf untuk menghantar impuls. Saraf dirangsang kemudiannya, tindak balas dalam otot yang diberikan diukur.         
  • Ujian makmal. Ujian darah, ujian air kencing, atau ujian cecair tulang belakang mungkin dicadangkan untuk membantu mendiagnosis punca telapak kaki panas. Fungsi ujian darah adalah memeriksa kandungan vitamin dalam darah.         
  • Biopsi saraf. Ia sangat jarang dilakukan. Doktor melakukan ujian ini dengan memotong sekeping jaringan saraf dan memeriksanya di bawah mikroskop.         

Rawatan Telapak Kaki Panas

Tujuan rawatan telapak kaki panas adalah untuk merawat sakit dan sensasi yang tidak normal yang dicipta oleh neuropati pada telapak kaki anda. Sesetengah ubat-  yang ditetapkan untuk merawat telapak kaki panas termasuk:

• Amitriptyline           

• Carbamazepine (Tegretol)         

• Desipramine (Norpramin)         

• Duloxetine (Cymbalta)         

• Gabapentin (Neurontin)         

• Pregabalin (Lyrica)         

• Topiramate (Topamax)         

• Venlafaxine (Effexor XR)         

Bagi individu yang mempunyai neuropati yang menyebabkan telapak kaki panas, mencegah kerosakan saraf selanjutnya adalah penting. Syarat-syarat khusus dan rawatan mereka termasuklah:

• Kekurangan vitamin. Pesakit perlu mengambil vitamin tambahan B12 secara oral atau suntikan. Vitamin tersebut boleh meningkatkan tahap nutrien dalam badan pesakit.         

• Alkohol. Pesakit harus menjauhi alkohol dan menghentikan minum secara berlebihan. Alkohol menghalang kesembuhan saraf. Sekiranya pesakit mengelakkan alkohol, ia dapat menghalang kerosakan saraf yang berterusan dan membolehkan saraf untuk sembuh.         

• Penyakit buah pinggang kronik. Bagi pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang kronik, mereka disyorkan untuk menjalani rawatan dialisis bagi menghilangkan toksin yang menyebabkan gejala neuropati dan telapak kaki panas.         

• Hipotiroidisme. Pesakit dicadangkan untuk mengambil hormon tiroid secara oral yang boleh meningkatkan tahap tiroid untuk mengelakkan neuropati dan gejala telapak kaki panas.         

• Sindrom Guillain-Barré (GBS) dan poliuropati demamelasi kronik (CIDP). Rawatan khas diperlukan bagi pesakit yang mempunyai kedua-dua sindrom ini. Antara rawatannya adalah proses pertukaran plasma (plasmapheresis) atau terapi globulin imun (IVIG).  

SUMBER

https://www.webmd.com/diabetes/burning-feet-causes-treatments

https://www.mayoclinic.org/erythromelalgia-video/vid-20153039

https://www.medicalnewstoday.com/articles/erythromelalgia#:~:text=Erythromelalgia%20is%20a%20rare%20condition,ears%2C%20legs%2C%20and%20face.

https://www.healthline.com/health/warm-hands

Summary
Telapak Kaki Panas (Erytromelalgia) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Telapak Kaki Panas (Erytromelalgia) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Telapak kaki panas atau eritromelalgia adalah sensasi terbakar di kaki anda yang mungkin disebabkan oleh kerosakan saraf di kaki, iaitu sejenis keadaan yang dipanggil neuropati.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: