Kaki Leper
Jika anda melihat kaki orang dewasa dari dalam, biasanya anda akan melihat lengkung ke atas pada bahagian tengah. Ini dipanggil arkus. Beberapa tendon di kaki dan kaki bawah anda bekerjasama untuk membentuk arkus pada kaki anda.

Jika anda melihat kaki orang dewasa dari bahagian dalam, biasanya anda akan melihat lengkungan ke atas pada bahagian tengah. Keadaan ini dipanggil lengkungan (arch). Beberapa tendon di kaki dan bahagian bawah kaki anda bekerjasama untuk membentuk lengkungan pada kaki anda. Apabila semua tendon menarik dengan betul, maka kaki anda akan membentuk lengkungan yang sederhana dan normal. Namun, sekiranya tendon tidak bersama-sama menarik dengan baik, lengkungan itu hanya ada sedikit atau tiada langsung. Ini dipanggil telapak kaki leper atau ‘fallen arch’.

 

Punca Telapak Kaki Leper

Telapak kaki leper adalah normal pada bayi dan kanak-kanak kerana lengkungan kaki belum berkembang. Lengkungan kaki bagi kebanyakan individu berkembang sepanjang zaman kanak-kanak, tetapi ada juga lengkungan yang tidak terhasil pada sesetengah individu. Ini adalah variasi normal dalam jenis kaki dan individu tanpa lengkungan mungkin atau tidak mungkin mempunyai masalah dengan keadaan itu.

Sesetengah kanak-kanak mempunyai telapak kaki yang fleksibel, yang mana lengkungan itu kelihatan apabila kanak-kanak itu duduk atau berdiri berjingkit, tetapi ia hilang ketika mereka berdiri dengan betul. Seterusnya, kebanyakan kanak-kanak mengatasi keadaan telapak kaki leper yang fleksibel tanpa masalah.

Lengkungan juga boleh merosot dari masa ke masa. Penggunaan dan koyakan selama bertahun boleh melemahkan tendon di sepanjang bahagian pergelangan kaki yang membantu menyokong lengkungan anda.

Simptom Telapak Kaki Leper

Kebanyakan individu tidak mempunyai tanda atau simptom yang berkaitan dengan telapak kaki leper. Namun, sesetengah individu yang mempunyai telapak kaki leper mengalami kesakitan kaki, terutamanya pada kawasan tumit atau lengkungan. Kesakitan mungkin bertambah serius semasa melakukan aktiviti. Selain itu, bengkak pada bahagian sepanjang pergelangan kaki juga boleh berlaku.

Diagnosis Telapak Kaki Leper

Untuk melihat keadaan kaki anda, doktor akan memerhatikan kaki dari bahagian depan dan belakang, serta meminta anda untuk berdiri menggunakan jari kaki. Doktor juga mungkin akan melihat corak pemakaian pada kasut anda.

– Ujian pengimejan

Jika anda banyak mengalami kesakitan pada kaki, doktor anda boleh melakukan ujian seperti:

  • Sinar-X. Sinar-X ringkas menggunakan sedikit radiasi menghasilkan imej tulang dan sendi yang terdapat pada kaki anda. Ia amat berguna bagi mengesan artritis.
  • Imbasan CT. Ujian ini mengambil sinar-X kaki anda dari sudut yang berbeza dan memberi maklumat yang lebih terperinci berbanding sinar-X biasa.
  • Ultrabunyi. Jika doktor mengesyaki tendon anda tercedera, ujian ini boleh dibuat. Ia menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej tisu lembut di dalam badan secara terperinci.
  • Ujian MRI. Menggunakan gelombang radio dan magnet yang kuat, ujian MRI dapat memberikan butiran kedua-dua tisu keras dan lembut secara terperinci.

Rawatan Telapak Kaki Leper

Jika keadaan kaki anda sakit, doktor anda mungkin mencadangkan:

  • Penyokong lengkungan (peranti ortotik). Penyokong lengkungan yang tidak dipreskripsi mungkin membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh telapak kaki leper. Selain itu, doktor anda mungkin mencadangkan alat direka khas yang dibentuk pada bentuk kaki anda. Ia tidak akan menyembuhkan telapak kaki leper, tetapi ia sering dapat mengurangkan simptom.
  • Latihan regangan. Sesetengah individu dengan telapak kaki leper juga mempunyai tendon ‘Achilles’ yang dipendekkan. Latihan untuk meregangkan tendon ini mungkin dapat membantu.
  • Kasut yang menyokong. Kasut yang menyokong secara struktural mungkin lebih selesa daripada selipar atau kasut dengan sokongan minimum.
  • Terapi fizikal. Telapak kaki leper boleh menyumbang kepada kecederaan yang berlebihan kepada sesetengah pelari. Ahli terapi fizikal boleh melakukan analisis video tentang cara larian anda untuk membantu anda memperbaiki bentuk dan teknik larian anda.

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
Telapak Kaki Leper (Flat-foot 'Fallen Arches') - Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Telapak Kaki Leper (Flat-foot 'Fallen Arches') - Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Description
Jika anda melihat kaki orang dewasa dari dalam, biasanya anda akan melihat lengkung ke atas pada bahagian tengah. Ini dipanggil arkus. Beberapa tendon di kaki dan kaki bawah anda bekerjasama untuk membentuk arkus pada kaki anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *