Produk Tati Skincare 5 dalam 1 sangat hangat di dalam talian (online) pada masa kini. Ia terdiri daripada skincare routine yang normal. Contohnya krim harian, krim malam, krim rawatan, loseyen pelindung sinaran matahari dan pembersih muka. Walau bagaimanapun, set kosmestik ini mengandungi bahan yang berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan kita.

            Menurut Penguasa Sains Kesihatan Singapura, set kosmestik ini mengandungi tahap merkuri yang tinggi berbanding daripada had yang telah ditetapkan dan juga bahan larangan. Penguatkuasa telah memeriksa kosmestik ini mempunyai bahan yang berbahaya. Banyak pelanggan telah ditipu oleh produk ini kerana ia menyatakan produk adalah 100% bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Apa itu merkuri?

Merkuri ialah sejenis bahan kimia yang bertosik dan diharamkan memasuki dalam barangan kosmestik.

Bahan Kimia yang Mengandungi Dalam Tati Skincare 5 dalam 1

Menurut Penguasa Sains Kesihatan, krim malam daripada set adalah salah satu yang mengandungi lebih daripa 20,000 merkuri. Selain itu, krim rawat daripada set juga mengandungi bahan kimia lain seperti tretinoin dan hyroguinone. Kedua-dua bahan akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna oleh sebab itu, bahan tersebut adalah haram dalam semua produk penjagaan kuit.

Kesan Terhadap Merkuri, Tretinoin Dan Hydroguinone Dalam Kosmestik

Kesan Merkuri:

  • Menimbul tompok pada muka
  • Kerosakan kulit dan ruam
  • Penyakit kronik seperti masalah buah pinggan, system pencernaan dan system saraf

Kesan hydroguinone:

  • Kegatalan pada kulit
  • Kulit menjadi merah
  • Ruam pada kulit

Kesan Tretinoin:

  • Kulit menjadi merah
  • Kulit mengelupas

Pengguna yang masih menggunakan set kosmestik ini, sila berhenti menggunakannya. Pengguna dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika mengalami masalah kulit selepas pemakaian set kosmestik ini. Pengguna atau sesiapa yang didapati mana-mana penjualan atau pembekalan produk ini di talian pada masa kini, sila diminta melaporkan hal ini supaya kita boleh membanteras produk haram ini.

Cara-cara Memilih Skincare Yang Sesuai Anda

  • Sesuai jenis kulit

Pengguna mesti tahu tentang jenis kulit sendiri. Jenis kulit yang umum ialah normal, kering, berminyak ataupun berkombinasi. Selepas mengetahui tentang jenis kulit anda, pengguna boleh mencari produk yang sesuai kulit anda.

  • Mengenal pasti bahan-bahan yang terdapat dalam skincare

Sebelum membeli sesuatu produk skincare, mengenal pasti apa baha yang tidak sesuai dengan kulit anda. Contohnya, pengguna yang kulit sensitif perlu elakkan skincare yang mengandungi alcohol. Ia kerana akan membuat muka anda kemerahan dan gatal.

  • Memerhatikan kesan kulit selepas memakai skincare

Memerhatikan tindak balas selepas menggunakan skincare. Kalau didapati kemerahan, berbintik-bitik ataupun gatal, and mesti berhenti menggunkannya kerana kulit tidak sesuai dengan bahan-bahan tertentu.

Sumber:

https://www.asiaone.com/singapore/warning-tati-skincare-sold-online-has-mercury-exceeding-limits-20000-times

https://www.realsimple.com/beauty-fashion/skincare/how-to-choose-skin-care-products

Summary
Tati Skincare 5 dalam 1 Produk Mempunyai Merkuri?
Article Name
Tati Skincare 5 dalam 1 Produk Mempunyai Merkuri?
Description
Produk Tati Skincare 5 dalam 1 sangat hangat di dalam talian (online) pada masa kini. Ia terdiri daripada skincare routine yang normal. Contohnya krim harian, krim malam, krim rawatan, loseyen pelindung sinaran matahari dan pembersih muka. Walau bagaimanapun, set kosmestik ini mengandungi bahan yang berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan kita.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: