tarikh buka sekolah 2021

Disebabkan pandemik COVID-19 yang ibarat tiada penghujung ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bila tarikh buka sekolah 2021?

Dalam perkongsian artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda tarikh buka sekolah 2021, kerana ramai yang masih keliru ataupun tidak pasti, betul tak?

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, sesi persekolahan kekal dibuka pada 20 Januari 2021.

Namun dalam satu kenyataan terkini, KPM menjelaskan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan kecuali pelajar peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020.

Antara butiran yang diperincikan melalui sidang media 12 Januari berkaitan tarikh pembukaan sesi persekolahan 2021 adalah:

1. Kawasan PKP

Pembelajaran secara bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM Dan peperiksaan antarabangsa yang setara mulai 20 Januari 2021.

Pelajar yang lain akan bersekolah secara dalam talian dari rumah (PdPR).

2. Kawasan PKPB & PKPP

Bagi kawasan PKPP dan PKPB, pengoperasian sekolah adalah secara bersemuka mulai 20 Januari 2021 dengan SOP yang ditetapkan.

tarikh buka sekolah 2021 1

Perkara Yang Berkaitan

  • Kehadiran pensyarah ke kolej Matrikulasi dan IPG di negeri PKP adalah tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan
  • PKP: PdP secara bersemuka di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa hanya dibenarkan untuk kelas peperiksaan sahaja
  • PKP: Tadika swasta dibenar dibuka dalam konteks keperluan – Radzi
  • Sekolah akan keluarkan surat untuk pergerakan guru bertugas di kawasan PKP, PKPB dan PKPP
  • Sekolah akan berhubung dengan ibu bapa mengenai penghantaran buku teks sekolah
  • Pusat tuisyen di negeri terlibat dengan PKP tidak dibenarkan beroperasi
  • Jumlah pelajar dalam kelas berdasarkan penjarakan fizikal
  • Guru di negeri terlibat dengan PKP dibenar adakan kelas tambahan di sekolah untuk pelajar kelas peperiksaan

TARIKH BUKA SEKOLAH 2021 – KUMPULAN A

takwim persekolahan 2021

TARIKH BUKA SEKOLAH 2021 – KUMPULAN B

takwim sekolah 2021

PEMAKLUMAN MENGENAI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID KELAS PEPERIKSAAN DI NEGERI YANG BERALIH KE FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA

TERKINI – 4 JULAI 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan pada 3 Julai 2021 berkaitan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN, sekolah dibenarkan beroperasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, tetapi terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja. MKN juga memberi kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.

Walau bagaimanapun, KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media pada 6 Jun 2021. Ini bermakna, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.

Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya yang dijadualkan pada 25 Julai 202 bagi negeri Kumpulan A dan 26 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B akan dibuat oleh KPM sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula.

Sumber: Kenyataan Media KPM

PELAKSANAAN PdPR

PdPR akan dilaksanakan untuk sekolah di kumpulan A bermula dari 13 Jun 2021 sehingga 16 Julai 2021. Manakala, untuk kumpulan B pula, ia akan dilaksanakan bermula 14 Jun 2021 sehinggalah 17 Julai 2021.

pdpr mid

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengumumkan pelaksanaan PdPR selama 2 minggu selepas cuti hari raya Aidilfitri.

Ini adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan di sekolah akibat dari kluster hari raya. Rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

infografik sesi persekolahan selepas cuti raya 2021

Untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti sediakala di sekolah, marilah kita bersama-sama berdoa agar pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia ini beransur hilang dan keadaan akan pulih seperti sediakala.

Kami harap artikel ini memberi maklumat kepada anda mengenai tarikh buka sekolah 2021.

Sumber:

https://www.mysumber.com/tarikh-sekolah.html

https://www.moe.gov.my/muat-turun/kenyataan-media/km2021-1/4434-kenyataan-media-pemakluman-mengenai-sesi-pengajaran-dan-pembelajaran-bagi-murid-kelas-peperiksaan-di-negeri-yang-beralih-ke-fasa-2-pelan-pemulihan-negara/file

https://ecentral.my/tarikh-buka-sekolah-2021/

https://www.ipendidikan.my/tarikh-mula-persekolahan.html

https://mypt3.com/kalender-cuti-sekolah-takwim

Summary
Tarikh Buka Sekolah 2021 Bagi Kumpulan A dan Kumpulan B
Article Name
Tarikh Buka Sekolah 2021 Bagi Kumpulan A dan Kumpulan B
Description
Disebabkan pandemik COVID-19 yang ibarat tiada penghujung ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bila tarikh buka sekolah 2021?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: