Tanda Lhermitte
Tanda Lhermitte biasanya berlaku dengan menurunkan dagu ke arah dada anda, dan kerana itu jugalah ia disebut fenomena “kerusi tukang gunting rambut”.

Pengenalan

Tanda Lhermitte biasanya berlaku dengan menurunkan dagu ke arah dada anda, dan kerana itu jugalah ia disebut fenomena “kerusi tukang gunting rambut”. Tanda Lhermitte merupakan sensasi kejutan elektrik yang mengalir ke belakang, lengan atau kaki anda. Tapi apa yang dimaksudkan dengannya?

Ini boleh berlaku dengan beberapa keadaan neurologi, dan walaupun ia dikaitkan dengan sklerosis pelbagai (MS), anda mungkin mengalami tanda Lhermitte jika anda mempunyai masalah yang mempengaruhi tulang serviks (bahagian atas) anda.

Walaupun dipanggil “tanda Lhermitte,” individu pertama yang menggambarkan fenomena ini ialah Pierre Marie dan Chatelin pada tahun 1917. Jean Lhermitte adalah ahli neurologi Perancis yang menerbitkan artikel tentang subjek ini pada tahun 1924, yang membawa kepada pengetahuan yang lebih mandalam tentang gejala keadaan ini.

Penerangan

Gejala utama tanda Lhermitte ialah sensasi elektrik yang bergerak ke leher dan belakang anda. Anda juga mungkin merasakan ini di bahagian lengan, kaki, jari tangan dan jari kaki anda. Perasaan yang mengejutkan ini sering kali berlaku secara sekejap sahaja tetapi boleh terasa agak kuat semasa ia berlaku.

Kesakitan biasanya paling menonjol apabila anda:

  • Bengkokkan kepala ke paras dada anda.
  • Memusingkan leher anda dengan cara luar biasa.
  • Letih atau terlalu panas.

Punca yang berkemungkinan

Tanda Lhermitte berlaku disebabkan saraf yang tidak lagi dilapisi dengan myelin. Saraf yang rosak ini memberi tindak balas pada pergerakan leher anda, dan menyebabkan sensasi dari leher ke tulang belakang anda.

Selain itu, keadaan ini adalah perkara dalam masalah sklerosis pelbagai, tetapi ia tidak eksklusif dengan keadaan ini. Orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang atau keradangan juga mungkin merasakan gejala tertentu. Kajian baru-baru ini mencadangkan bahawa perkara berikut juga boleh menyebabkan tanda Lhermitte:

  • Myelitis melintang
  • Penyakit Bechet
  • Lupus
  • Cakera herniasi atau mampatan saraf tunjang
  • Kekurangan vitamin B-12 yang teruk
  • Trauma fizikal

Berbincang dengan doktor jika anda percaya bahawa keadaan ini mungkin menyebabkan anda merasakan kesakitan yang ketara disebabkan tanda Lhermitte.

Bila perlu menghubungi doktor

Tanda Lhermitte adalah sensasi yang pendek, sengit dan sering berlaku tanpa dijangka, sama dengan kejutan elektrik.

Orang yang mengalami tanda Lhermitte untuk kali pertama mungkin berasa takut bahawa masalah sklerosis pelbagai mereka adalah semakin teruk. Walau bagaimanapun, tanda Lhermitte tidak menunjukkan bahawa penyakit itu sedang berkembang.

Selain itu, individu dengan masalah sklerosis pelbagai yang merasakan bahawa mereka mungkin mempunyai tanda Lhermitte haruslah berbincang dengan doktor tentang pilihan rawatan yang ada. Ini dapat membantu mereka mengatasi kesakitan tanda Lhermitte dan sebarang gejala masalah sklerosis pelbagai yang lain.

Seseorang yang tidak mempunyai sklerosis pelbagai atau keadaan demyelinating yang lain dan mengalami tanda Lhermitte harus mempertimbangkan untuk berbincang dengan doktor. Ini adalah kerana tanda Lhermitte boleh menjadi petunjuk pertama masalah sklerosis pelbagai pada sesetengah orang.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Jika anda mempunyai tanda Lhermitte, doktor akan melakukan penilaian menyeluruh untuk mencari puncanya. Aspek yang paling penting dalam penilaian perubatan ialah sejarah perubatan anda. Sebarang aduan lain yang anda miliki akan mendorong doktor kepada punca masalah anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai penglihatan berganda, ini menunjukkan bahawa sklerosis pelbagai boleh menjadi punca. Sekiranya anda mengalami kesakitan sendi pula, artritis boleh menyebabkannya.

Pemeriksaan fizikal adalah satu lagi aspek yang sangat penting dalam penilaian anda. Doktor boleh mengesan perubahan seperti kelemahan, penurunan sensasi, perubahan refleks dan bengkak di leher anda untuk mengenal pasti kawasan di mana masalahnya ini bermula.

Biasanya, ujian diagnostik seperti imbasan MRI tulang belakang serviks atau tusukan lumbar (LP, sering juga dipanggil tunjang tulang belakang) dapat membantu mengenal pasti penyakit yang menyebabkan tanda Lhermitte.

Rawatan

Rawatan memfokuskan pada dua perkara iaitu satu menguruskan punca yang menyebabkan tanda Lhermite, dan yang lain bagi mengekalkan keselesaan jika keadaan tersebut mengganggu hidup anda. Sekiranya anda mengalami gejala ini, hubungi doktor anda.

Gaya hidup tertentu dan pendekatan bukan invasif dapat membantu mencegah gejala, termasuk:

  • Latihan pernafasan seperti latihan pernafasan dalam.
  • Regangan.
  • Pelarasan dan penjajaran postur. Ianya adalah penting untuk mempunyai ahli terapi bagi membantu anda mempelajari langkah-langkah ini kerana sesetengah senaman sebenarnya akan memburukkan gejala.

Campur tangan perubatan mungkin diperlukan jika pengubahsuaian gaya hidup sederhana tidak cukup untuk menguruskan gejala anda seperti:

  • Akupunktur atau urutan.
  • Pendakap leher atau kolar boleh menghalang pergerakan kepala daripada mencetuskan gejala anda.
  • Rangsangan kod tulang belakang. Dalam laporan penjagaan yang diterbitkan, rangsangan kod tulang belakang digunakan untuk merawat tanda-tanda Lhermitte sama seperti peranti implan (unit TENS).

Seterusnya, ubat-ubatan tertentu boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan jika anda mempunyai gejala yang berpanjangan, dan dapat juga mengurangkan rasa sakit berkaitan dengan keadaan neurologi anda seperti:

  • Ubat anti-sawan (anticonvulsants). Ubat preskripsi seperti Neurontin (gabapentin) dan Lyrica (pregabalin) boleh membantu mengurangkan rasa sakit.
  • Anti-kemurungan. Ubat antikemurungan Tricyclic sering digunakan untuk membantu mengatasi kesakitan kronik.
  • Steroid. Pengambilan steroid secara oral mempunyai kesan sampingan yang ketara apabila digunakan dalam jangka masa panjang, tetapi ia boleh digunakan untuk serangan akut apabila keradangan menjadi puncanya.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/multiple-sclerosis/lhermittes-sign#causes

https://www.verywellhealth.com/what-is-lhermittes-sign-3980708

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323889#seeing-a-doctor

Summary
Tanda Lhermitte (Lhermitte’s sign)
Article Name
Tanda Lhermitte (Lhermitte’s sign)
Description
Tanda Lhermitte biasanya berlaku dengan menurunkan dagu ke arah dada anda, dan kerana itu jugalah ia disebut fenomena “kerusi tukang gunting rambut”.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: