Now Reading
Tan Sri Muhyiddin, Latar Belakang Dan Biodata Penuh Beliau

Tan Sri Muhyiddin, Latar Belakang Dan Biodata Penuh Beliau

Tan Sri Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin, Latar Belakang Dan Biodata Penuh Beliau ~ Tan Sri Dato ‘ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin, atau dikenali umum sebagai Muhyiddin bin Mohd. Yassin adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 8. Beliau telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020 dan berkhidmat sehingga Ogos 2021, iaitu selama 17 bulan.

Hal ini menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat berkhidmat setakat ini. Beliau telah menggantikan Tun Dr Mahathir semasa berlakunya krisis politik Malaysia 2020–21, selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan. 

Secara rasminya, Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri dan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah pada 1 Mac 2021 dan meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 setelah dikatakan gagal menguruskan pandemik COVID 19 yang berlaku. 

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-10. 

Latar Belakang Tan Sri Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin, dilahirkan pada  15 Mei 1947 dan merupakan anak kelahiran Johor. Beliau kini telah berusia lebih 73 tahun. Berkahwin dengan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, mereka berjaya dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.

Bapanya, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad, adalah seorang yang berketurunan Melayu Bugis dan merupakan seorang ulama yang menetap di Bandar Maharani, Muar, Johor. Manakala, ibunya, Hajjah Khadijah binti Kassim, adalah seorang yang berketurunan Jawa.

Masalah Kesihatan 

Tan Sri Muhyiddin Yasin pernah didiagnos menghidapi kanser peringkat awal di bahagian pankreas. Beliau telah menjalani beberapa siri rawatan di Singapura. Beliau turut menjalani rawatan susulan, kimoterapi selama 6 bulan. 

Beliau juga pernah dikuarantin selama 14 hari setelah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada 21 Mei diuji positif untuk COVID-19. Namun begitu beliau telah disahkan negatif COVID 19. 

Perjalanan Politik

Setelah menamatkan pengajian, beliau menyertai perkhidmatan awam negeri sebelum mula menyertai politik sebagai Ahli Parlimen untuk Pagoh pada tahun 1978. Beliau juga pernah menjawat jawatan setiausaha parlimen kepada menteri luar negeri, timbalan menteri wilayah persekutuan dan, timbalan menteri perdagangan dan industri. 

Pada tahun 1986 sehingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Johor dan kembali ke politik persekutuan pada tahun 1995 sebagai Menteri Belia dan Sukan. 

4 tahun berikutnya iaitu tahun 1999, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sekaligus memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun berikutnya. 

Disamping itu, semasa Tun Abdullah bin Ahmad Badawi memerintah, Tan Sri Muhyiddin memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004 – 2008) dan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008 – 2009).

Beliau juga pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan semasa dibawah pemerintahan Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohammad Najib. Pada tahun 2015, beliau dilucutkan jawatan kerana mengkritik pemerintahan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isu-isu lain yang hangat pada waktu itu. Maka, tertubuhlah parti politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada tahun 2016 setelah beliau tidak lagi menjadi ahli UMNO. 

Setelah berlakunya beberapa krisis politik, beliau akhirnya berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2020(Mac)  dan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. Bermulalah perjalanan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysian yang ke-8. Beliau memulakan tugas dikala pandemik COVID19 sedang menyerang negara kita. 

See Also
bantuan kewangan

17 bulan kemudian iaitu pada 16 Ogos 2021, Tan Sri Muhyiddin Yasin secara rasminya mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri setelah desakan demi desakan dilakukan untuk beliau meletakkan jawatan. Usaha beliau untuk mendapatkan kembali sokongan dari anggota parlimen juga tidak berjaya. 

Sementara menunggu Perdana Menteri yang baru dilantik,  beliau telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sementara seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Kesimpulan

Begitulah serba sedikit mengenai latar belakang dan biodata Tan Sri Muhyiddin Yasin, Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Semoga perkongsian ini memberi anda info-info yang berguna mengenai perdana menteri kita. 

Sumber:

error: Content is protected !!