TAHBSO
TAHBSO (Hysterectomy Total Abdominal dan Salpingo-Oophorectomy Bilateral) kedua-duanya akan dilakukan dalam satu prosedur. Total Hysterectomy adalah pembedahan membuang rahim dan serviks.

TAHBSO (Total Abdominal Hysterectomy dan Bilateral Salpingo-Oophorectomy) kedua-duanya dilakukan dalam satu prosedur.

Histerektomi adalah pembedahan membuang rahim dan serviks. ‘Abdominal’ pula adalah teknik pembedahan yang mungkin akan digunakan. Ini bermakna pembedahana akan dilakukan melalui hirisan pada abdmen anda.

Seterusnya, histerektomi keseluruhan pula adalah sejenis teknik histerektomi, yang meliputi pembuangan uterus dan serviks. Ovari jelas sekali bukanlah faktor utama yang dibimbangkan dalam prosedur ini. 

‘Bilateral Salpingo-Oophorectomy’ adalah pembedahan untuk membuang kedua-dua ovari dan tiub fallopio anda. Pembedahan ini akan membuang rahim, serviks, ovari dan tiub falopio (tiub peranakan).

Selepas melakukan prosedur histerektomi dan ‘salpingectomy’, anda tidak akan lagi datang haid mahupun berupaya untuk hamil.

Bagaimana ia berfungsi?

Mengapa dalam sesetengah keadaan, prosedur histerektomi dan ‘salpingectomy’ diperlukan untuk merawat masalah kesihatan wanita?

Berikut adalah beberapa faktor yang mendorong kepada prosedur ini:

  • Apabila fibroid rahim menyebabkan kesakitan, pendarahan rahim dan masalah lain, prosedur histerektomi diperlukan, terutamanya apabila bantuan ubat tidak berjaya.
  • Keadaan di mana rahim jatuh ke pangkal faraj dan luar faraj. Ini dikenali sebagai kejatuhan rahim.
  • Kanser rahim, serviks dan ovari.
  • Endometriosis, suatu keadaan di mana sel-sel dari lapisan rahim muncul di luar rongga rahim. Ia biasa dilihat pada tempoh pembiakan.
  • Tumpah darah selepas bersalin.

Kelebihan TAHBSO

Faktor utama mengapa wanita menjalani prosedur histerektomi dan ‘salpingectomy’ adalah kerana pendarahan rahim yang tidak normal. Kelebihan proesdur ini adalah:

  • melegakan pendarahan rahim tidak normal yang menyakitkan dan menyedihkan.
  • mencegah kanser rahim dan merupakan penyelamat bagi wanita yang mempunyai sejarah keturunan kanser rahim.
  • memberi kelegaan kepada mereka dengan keadaan fibroid rahim yang mempunyai simptom seperti pendarahan, sengugut, masalah kencing dan lain-lain.

Prosedur TAHBSO

Apa yang perlu saya lakukan sebagai persiapan sebelum menjalani prosedur ini?

  • Jangan makan atau minum apa-apa selepas tengah malam pada malam sebelum pembedahan.
  • Anda akan dibius dengan anestesia untuk prosedur tersebut jadi anda memerlukan seseorang untuk menghantar anda ke hospital.
  • Pastikan anda tiba dua jam awal sebelum waktu pembedahan yang ditetapkan.
  • Bertanya mengenai sebarang persoalan sebelum prosedur, terutama mengenai pengambilan ubat anda sama ada ia perlu dihentikan atau diteruskan.
  • Ikuti arahan untuk menjadualkan temu janji sebelum dan selepas pembedahan.

Sebelum prosedur histerektomi dan ‘salpingectomy’, anda akan diberikan anestesia am untuk tidur. Bergantung pada faktor mengapa anda melakukan pembedahan ini, hirisan boleh dibuat sama ada secara menegak atau mendatar.

Hirisan mendatar dibuat di bawah perut anda di sepanjang garis kemaluan, atau garis dada. Sebaliknya, hirisan menegak dibuat di atas atau di bawah pusat anda hingga ke bahagian kanan di atas tulang kemaluan.

Pakar bedah akan mengeluarkan rahim, serviks, ovari dan atau tiub falopio anda dalam pembedahan ini.

Sumber:

Summary
TAHBSO : Total Abdominal Hysterectomy and Bilateral Salpingo-Oophorectomy - Bagaimana ia berfungsi, Kelebihan dan Prosedur
Article Name
TAHBSO : Total Abdominal Hysterectomy and Bilateral Salpingo-Oophorectomy - Bagaimana ia berfungsi, Kelebihan dan Prosedur
Description
TAHBSO (Hysterectomy Total Abdominal dan Salpingo-Oophorectomy Bilateral) kedua-duanya akan dilakukan dalam satu prosedur. Total Hysterectomy adalah pembedahan membuang rahim dan serviks.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: