bruxism
Mengisar Gigi, secara medikalnya dipanggil Bruxism dan biasanya ia tidak berbahaya.

Tabiat mengisar gigi di kalangan ramai individu yang mungkin mengisar dan mengetap gigi mereka dari masa ke semasa. Mengisar Gigi, secara medikalnya dipanggil Bruxism atau teeth grinding, biasanya tidak membahayakan. Namun apabila gigi dikisar tanpa kawalan, ia boleh rosak dan komplikasi kesihatan mulut lain boleh timbul.

Simptom Mengisar Gigi

Tanda dan simptom Mengisar Gigi termasuklah:

  • Gigi yang dikisar atau diketap dengan cukup kuat sehingga membangunkan pasangan tidur anda
  • Gigi yang diratakan, patah, menyerpih atau longgar
  • Kehilangan enamel gigi yang mendedahkan lapisan lebih dalam gigi anda
  • Peningkatan kesakitan gigi atau sensitiviti
  • Otot rahang tegang, atau rahang terkunci yang tidak boleh dibuka atau ditutup sepenuhnya
  • Kesakitan pada rahang, leher atau muka
  • Kesakitan seperti sakit telinga, walaupun sebenarnya kesakitan bukan berpunca dari telinga anda
  • Rasa bengal di kepala (dull headache), bermula di pelipis
  • Terdapat kerosakan pada pipi anda akibat daripada mengunyah/mengisar
  • Gangguan tidur

Punca Mengisar Gigi

Doktor tidak memahami sepenuhnya apa yang menyebabkan Bruxism, tetapi mungkin disebabkan oleh gabungan faktor fizikal, psikologi dan genetik.

Bruxism mungkin disebabkan oleh emosi seperti kebimbangan, tekanan, kemarahan, kekecewaan atau ketegangan. Atau ia mungkin merupakan tabiat yang biasa semasa menumpukan perhatian.

Bruxism ketika tidur mungkin melibatkan aktiviti mengunyah ketika tidur dan berkaitan dengan rangsangan semasa tidur.

Diagnosis Mengisar Gigi

Doktor atau doktor gigi akan bertanya tentang sejarah pesakit dan menjalankan pemeriksaan. Tanda-tanda yang dicari termasuklah:

  • Ketidakselesaan rahang ketika bangun
  • Gigi haus
  • Otot rahang yang menjadi besar

Bruxism juga boleh disebabkan oleh memberus gigi yang berlebihan, kandungan dalam ubat gigi, minuman ringan berasid dan makanan yang keras. Namun, profesional yang terlatih akan dapat membezakan ciri setiap puncanya.

Cara yang paling boleh dipercayai untuk mendiagnosis Bruxism adalah melalui pengukuran elektromilografik (EMG). Ia mengambil isyarat elektrik daripada otot masseter dan temporalis, iaitu otot yang digunakan untuk mengunyah.

Faktor Risiko Mengisar Gigi

Faktor-faktor tersebut boleh meningkatkan risiko Mengisar Gigi:

  • Tekanan. Peningkatan kebimbangan atau tekanan boleh menyebabkan anda Mengisar Gigi. Sama ada berada dalam keadaan marah atau frustrasi.
  • Umur. Tabiat Mengisar Gigi adalah perkara yang biasa berlaku pada kanak-kanak kecil, tetapi ia biasanya hilang setelah meningkat dewasa.
  • Jenis personaliti. Mempunyai jenis keperibadian yang agresif, kompetitif atau hiperaktif boleh meningkatkan risiko Mengisar Gigi.
  • Ubat dan bahan-bahan lain. Bruxism boleh menjadi salah satu kesan sampingan yang jarang berlaku daripada pengambilan beberapa ubat psikiatrik, seperti antidepresan tertentu.
  • Merokok, minum minuman berkafein atau alkohol serta dadah boleh meningkatkan risiko Mengisar Gigi.
  • Ahli keluarga dengan Mengisar Gigi. Bruxism ketika tidur cenderung berlaku dalam kalangan ahli keluarga. Jika anda mengalami Bruxism, ahli keluarga anda yang lain juga mungkin mempunyai Bruxism atau pernah mengalaminya.

Rawatan Mengisar Gigi

Rawatan akan bergantung kepada penyebabnya. Tiada ubat untuk merawatnya, tetapi pilihan ubat-ubatan tersedia boleh didapati untuk melegakan simptom, oleh itu, punca yang timbul dapat ditangani.

Mengisar Gigi di siang hari mungkin boleh diperbaiki dengan peningkatan kesedaran seseorang, terapi fizikal, atau latihan. Namun tabiat ini yang dilakukan pada waktu malam memerlukan strategi lain kerana ia berada di luar kawalan individu terbabit.

Jika masalah dasar adalah tekanan atau Apnea Tidur, merawat keadaan ini terlebih dahulu mungkin boleh membantu tabiat Mengisar Gigi. Selepas rawatan, keadaan anda akan dinilai semula.

Berikut adalah antara rawatan bagi tabiat mengisar gigi:

  • Rawat Apnea Tidur. Pada tahun 2002, penyelidik mendapati bahawa merawat Apnea Tidur dapat mengurangkan simptom Bruxism.
  • Tidur yang mencukupi atau berolahraga secara teratur.
  • Memakai pengawal mulut pada waktu malam untuk melindungi gigi dan penggunaan penenang otot (muscle relaxant) juga boleh digunakan dalam jangka pendek. Akademi Perubatan Oral Amerika mengesyorkan penggunaan pengawal mulut plastik keras yang merangkumi semua gigi sama ada di atas atau lengkungan bawah.

Pengawal mulut sukan generic adalah tidak dinasihatkan untuk dipakai, kerana ia boleh terkeluar dari tempatnya, boleh menjadi sangat besar dan menimbulkan ketidakselesaan.

Pengawal mulut tidak boleh dipakai dalam jangka masa yang lama dan akan hilang keberkesanannya. Jika seseorang berhenti menggunakan pengawal mulut dan simptom tersebut kembali, jadi ia mungkin bukanlah suatu penyelesaian kekal dan sesuai buatnya.

  • Menggunakan ‘splint’. Splint merupakan salah satu pilihan rawatan Bruxism. Splint boleh disesuakan pada gigi bahagian atas dan bawah bergantung pada reka bentuk, ia boleh mengawal rahang dalam kedudukan yang lebih relaks atau memberikan penghalang supaya splint sahaja yang rosak, bukannya gigi anda. Splint boleh diselaraskan atau diganti.
  • Memakai pendakap gigi. Apabila Bruxism disebabkan oleh rahang yang salah atau gigi bengkok dan tidak rata, doktor gigi atau pakar ortodontik boleh menawarkan untuk mengubah rahang anda dengan menetapkan pendakap gigi untuk merawat keadaan. Walau bagaimanapun, cara ini tidak disyorkan kerana perubahan rahang bukanlah punca Bruxism.
  • Mengelakkan makanan dan minuman yang tinggi kafein atau alkohol mungkin bermanfaat kerana makanan dan minuman jenis ini boleh memburukkan tabiat mengisar gigi. Gula-gula getah juga boleh menggalakkan Bruxism, kerana ia boleh membenamkan perbuatan mengetap dan mengisar ke dalam memori otot.
  • Menggunakan kain lap hangat atau pad pemanas sekurang-kurangnya sekali sehari, untuk mengurangkan ketegangan.

Sumber:

https://www.webmd.com/oral-health/guide/teeth-grinding-bruxism#1

https://www.healthline.com/health/how-to-stop-grinding-teeth

https://www.medicalnewstoday.com/articles/190180

https://en.wikipedia.org/wiki/Bruxism

Summary
Tabiat Mengisar Gigi (Bruxism) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Tabiat Mengisar Gigi (Bruxism) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Tabiat mengisar gigi di kalangan ramai individu yang mungkin mengisar dan mengetap gigi mereka dari masa ke semasa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: