Syringomyelia
Syringomyelia adalah keadaan jangka panjang yang menyebabkan sista (cyst) berisi cecair dan dipanggil ‘syrinx’ oleh doktor.

Syringomyelia adalah keadaan jangka panjang yang menyebabkan sista (cyst) berisi cecair dan dipanggil ‘syrinx’ oleh doktor. Ia terbentuk di dalam saraf tunjang.

Sesetengah individu tidak mempunyai sebarang simptom, dan mungkin juga tidak tahu bahawa mereka memilikinya. Namun, dalam kes yang teruk, ia merupakan masalah yang perlu dirawat.

Selain itu, penyakit Syringomyelia paling biasa berlaku dalam kalangan individu dewasa berusia 20 hingga 40 tahun, tetapi ia juga boleh berlaku kepada setiap individu dari semua peringkat umur. Golongan lelaki lebih cenderung untuk mendapatkannya berbanding wanita.

Simptom Syringomyelia

Simptom bergantung pada lokasi dan saiz sista. Lama kelamaan, jika ia tumbuh lebih lebar dan panjang, ini boleh merosakkan saraf di pusat saraf tunjang. Seterusnya, keadaan ini juga boleh menyebabkan kesakitan kronik yang sukar dirawat.

Di samping itu, simptom biasanya berkembang dengan perlahan selama bertahun-tahun. Namun, mereka boleh muncul dengan tiba-tiba selepas kemalangan seperti kejatuhan.

Simptom lain yang mungkin anda alami termasuklah:

  • Tulang belakang bengkok, dipanggil skoliosis.
  • Perubahan fungsi usus dan pundi kencing.
  • Berpeluh secara berlebihan.
  • Ketidakupayaan untuk berasa panas dan sejuk di jari, tangan, lengan dan bahagian atas dada.
  • Otot yang lemah, terutama di lengan, tangan dan bahu.
  • Berasa kebas, kesemutan, terbakar atau menusuk.
  • Sakit di leher, bahu dan kadangkala pada lengan dan tangan.
  • Lumpuh (dalam kes yang teruk).
  • Sakit kepala.
  • Perubahan dalam tahap tekanan darah secara tiba-tiba.
  • Kekejangan atau kontraksi otot tanpa sukarela.
  • Pergerakan yang tidak selaras.

Jika sista merosakkan saraf yang mengawal otot-otot di mata dan muka, anda boleh mendapat keadaan yang disebut sebagai sindrom Horner oleh doktor. Ia akan menyebabkan kelopak mata yang jatuh, menyempitkan pembukaan antara kelopak mata, mengurangkan saiz anak mata dan kurangnya peluh pada bahagian muka yang terjejas.

Punca Syringomyelia

Anda boleh mendapat keadaan ini apabila aliran normal cecair serebrospinal iaitu cecair yang melindungi kod rahim dan otak disekat. Ia memasuki saluran pusat saraf tunjang dan boleh menyebabkan pembentukan sista.

Dengan penyakit Syringomyelia, terdapat dua sebab utama mengapa cecair ini dapat disekat atau dilencongkan semula iaitu kerana kecacatan kelahiran atau trauma.

Ia biasanya berlaku apabila terdapat masalah dengan perkembangan otak bayi semasa kehamilan. Kecacatan yang dipanggil “Chiari I malformation” oleh doktor menyebabkan bahagian bawah otak bayi ditekan ke bawah ke dalam saluran tulang belakangnya. Ini menghalang aliran normal cecair antara tulang belakang dan otak, yang seterusnya membentuk sista. Namun begitu, tidak semua orang yang mengalami kecacatan ‘Chiari’ mendapat masalah sebegini.

Syringomyelia pasca trauma (post-traumatic) berlaku apabila sista terbentuk di bahagian saraf tunjang yang rosak. Ia mungkin berlaku apabila terdapat:

Kadangkala, ia berlaku kerana punca yang tidak difahami oleh doktor. Mereka memanggil keadaan ini sebagai ‘idiopathic syringomyelia’.

Diagnosis Syringomyelia

Doktor menggunakan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI scan) untuk mengimbas otak dan tulang belakang bagi melihat sekiranya anda mempunyai syringomyelia. Pengimejan resonans magnetik boleh menunjukkan keadaan sista atau lain-lain.

Kadangkala, doktor boleh mendapati anda mempunyai keadaan ini ketika melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI scan) bagi sebab kesihatan yang lain.

Rawatan Syringomyelia

Anda mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan jika anda tidak mempunyai sebarang simptom. Namun, anda perlu menjalani pemeriksaan rutin untuk melihat perkembangan sista dan sebarang perubahan dalam tanda-tanda dan simptom. Doktor mungkin akan memberitahu anda untuk mengelakkan sebarang aktiviti seperti mengangkat berat yang melibatkan tekanan. Jika anda mempunyai sebarang simptom, doctor akan mengesyorkan pembedahan untuk mengembalikan aliran normal cecair serebrospinal.

Selain itu, jenis pembedahan yang anda perlukan bergantung pada punca yang menyebabkan keadaan Syringomyelia anda. Sebagai contoh, jika masalah itu berlaku disebabkan kecacatan Chiari I, doktor mungkin akan melakukan prosedur yang dipanggil ‘decompression fossa posterior’. Ini adalah rawatan di mana doktor mengeluarkan tulang di bahagian belakang tengkorak dan tulang belakang anda. Ia kemudian akan mewujudkan lebih banyak ruang untuk otak dan serebelum, iaitu bahagian otak yang mengawal pergerakan dan keseimbangan anda.

SUMBER

https://www.webmd.com/brain/what-is-syringomyelia#1

https://www.healthline.com/health/syringomyelia#:~:text=Syringomyelia%20is%20a%20rare%20disorder,cord%20from%20its%20center%20outward.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/syringomyelia/symptoms-causes/syc-20354771

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326747

Summary
Syringomyelia - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Syringomyelia - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Syringomyelia adalah keadaan jangka panjang yang menyebabkan sista (cyst) berisi cecair dan dipanggil ‘syrinx’. Ia boleh terbentuk di dalam saraf tunjang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: