Lavoo Protein Shampoo

Sebagai wanita, tiada yang dapat menghalang kita untuk meningkatkan kecantikan demi menaikkan keyakinan diri terutama sekali untuk mendapatkan rambut yang cantik.  Rambut yang kusam, dan tidak terurus dapat mempengaruhi mood seharian kita. Semua yang dilakukan membuatkan kita rasa kurang yakin dan tidak bersemangat. Tetapi anda tidak perlu risau lagi, kami di CeriaSihat ingin memperkenalkan syampu Lavoo Protein Essence yang dapat mengatasi semua masalah keguguran rambut dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, syampu ini adalah buatan Malaysia!

logo lavoo

Rambut adalah ibarat mahkota yang kita tidak akan lepaskan – kita haruslah sentiasa memastikan ianya dijaga dan dihiasi dengan rapi pada setiap masa. Tetapi, ia bukan lah hal yang senang untuk dicapai lebih-lebih lagi dengan aktiviti seharian dan kesibukan mencari rezeki. Apabila kita terlampau sibuk dengan kerja dan menjaga keluarga, kita cenderung untuk mengabaikan penjagaan diri.

Disebabkan itu, rutin penjagaan rambut akan mula terabai dan rambut yang merupakan mahkota kita akan semakin kusam dan mula mengalami pelbagai masalah rambut seperti rambut gugur, berminyak, kelemumur dan lain-lain masalah. Oleh kerana itu, rambut ini sangat penting untuk dijaga dengan baik bagi meningkatkan keyakinan dan kecantikan diri.

Syampu yang diperkatakan ini adalah syampu Lavoo Protein Essence. Syampu ini merupakan syampu yang terkenal di Malaysia kerana ia fokus untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah rambut yang rosak dan juga mempunyai siri penjagaan rambut yang rapi. Syarikat yang mengeluarkan syampu ini bertanggungjawab untuk memastikan semua penggunanya mempunyai rambut yang kelihatan rapi, cantik dan sihat.

Lavoo juga adalah syampu yang serba boleh dan dapat mengatasi pelbagai masalah rambut anda seperti:

Syampu Lavoo
  • Rambut botak bertompok;
  • Rambut bercabang;
  • Rambut nipis akibat keguguran rambut yang melampau;
  • Rambut berbau kepam apabila memakai tudung;
  • Kelemumur di kulit kepala;
  • Rambut lambat tumbuh;
  • Kerak halus di kulit kepala;
  • Gatal kulit kepala; dan
  • Rambut kering dan kembang dengan kasar lepas cuci.

Jadi persoalannya adalah, siapa yang sesuai menggunakan syampu serba boleh ini?

  • Individu yang sering keguguran rambut akibat tekanan;
  • Rambut kusam;
  • Rambut yang mempunyai bau kepam apabila memakai tudung;
  • Individu yang mempunyai rambut yang nipis akibat keguguran yang melampau dan inginkan rambut yang tebal, lembut dan bersinar; dan
  • Individu yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mendapatkan treatment di salun rambut.

Syampu Lavoo Protein Essence ini sememangnya mempunyai banyak kebaikan dan memberi manfaat kepada anda. Antaranya ialah ia dapat melebatkan rambut yang nipis dengan bahan protein, yang membekalkan khasiat kepada rambut anda agar nampak sihat dan tidak kusam. Ini adalah salah satu bahan penting yang diperlukan untuk memastikan pertumbuhan rambut anda lebih sihat.

conditioner

Selain itu, syampu ini juga dapat menguatkan akar rambut anda apabila digunakan dan membantu rambut mendapatkan anda kembalikan semula protein yang telah hilang disebabkan penggunaan bahan kimia.

Tambahan pula, bahan protein tumbuhan di dalam syampu ini dapat membantu melicinkan dan menguatkan kutikula rambut anda. Oleh itu, ia juga dapat mengelakkan rambut dari bercabang, dan membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat, kuat dan lebat. Ini adalah disebabkan oleh bekalan protein dan pelbagai nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan rambut anda. Pendek kata, syampu Lavoo Protein Essence yang mempunyai protein ini adalah penyelesaian untuk memelihara rambut anda dan menjadikannya lebih kuat dan berseri.

Syampu Lavoo Protein Essence juga mengandungi enam bahan aktif iaitu:

  • Minyak Avocado, yang berfungsi untuk memberikan kelembapan kepada rambut anda dari dalam batang helaian rambut;
  • Nelimbo Nicufera Flower Extract, ia adalah sejenis bunga merah yang mempunyai bau yang sangat menyegarkan dan tahan lama walaupun anda memakai tudung sepanjang hari;
  • Minyak Bambusa Vulgaris, ia berfungsi untuk merawat masalah kulit kepala yang kering dan jerawat halus;
  • Minyak Argania Spinosa, yang akan mengelakkan rambut dari keriting dan bercabang sambil melembutkan rambut anda;
  • Minyak Argania Spinosa, yang juga akan memberikan kesan rambut yang lebih bersinar dan rambut rasa selembut sutera apabila disentuh; dan
  • Minyak Kaster, dimana ia akan menguatkan akar rambut anda yang baru tumbuh dan mengelakkanya dari bercabang di hujung.

Produk Lavoo adalah selamat digunakan kerana ia adalah 100% bebas dari SILIKON, SLS, PARABEN dan mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

conditioner lavoo

Untuk hasil terbaik, cara menggunakan syampu Lavoo Protein Essence adalah dengan meratakannya kepada seluruh rambut dengan menggunakan berus massage silikon. Selepas itu, urutkan kulit kepala secukupnya dan bilas dengan air. Hanya perlu cuci 3 hingga 4 kali seminggu sahaja!

Selain daripada syampu, Lavoo juga mempunyai serum rambut dan semburan rambut yang amat sesuai dipadankan dengan penggunaan syampu untuk hasil yang terbaik. Serum rambut ini dapat membuatkan rambut anda lebih bersinar dan sihat kerana bahan serum dan collagen di dalamnya. Ia membekalkan khasiat yang secukupnya kepada rambut anda bagi mendapatkan rambut yang lebih sihat, bersinar dan tidak kusam.

Rawatan serum rambut Lavoo menjadikan hujung rambut anda lebih sekata dan tidak lagi bercabang walaupun dalam keadaan rambut yang kering. Ia menyerap dengan pantas ke dalam rambut apabila diaplikasikan sekaligus menguatkan akar dan tidak meninggalkan rasa berminyak. Justeru, rambut akan kelihatan cantik, kemas dan rapi.

Semburan rambut Lavoo pula berfungsi untuk merawat rambut kering, kembang dan kasar. Ia mempunyai haruman semulajadi yang wangi, watersed, cologne dan tidak meninggalkan rasa melekit apabila digunakan. Bukan itu sahaja, kandungan keratin conditioner yang berfungsi sebagai pelembab rambut menjadikan rambut anda lebih lembab, bersinar serta mudah untuk diuruskan.

Produk Lavoo ini sememangnya mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding dengan produk lain yang setandingnya. Apatah lagi ia adalah buatan Malaysia menjadikan ianya salah satu sebab utama anda patut membeli dan mencuba syampu yang serba boleh ini ! Untuk maklumat lanjut atau membeli syampu Lavoo, anda boleh layari ke laman web mereka di www.lavoohq.com.

Summary
Article Name
Syampu Lavoo Protein Essence - terbukti berkesan untuk menghentikan keguguran rambut
Description
Syampu Lavoo Protein Essence merupakan syampu yang terkenal di Malaysia kerana ia fokus untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah rambut yang rosak dan juga mempunyai siri penjagaan rambut yang rapi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: