Susu formula kambing
Susu kambing untuk bayi yang rendah alergen dan laktosa sangat berkhasiat malah mempunyai kebaikan yang ramai tidak ketahui.

Susu kambing untuk bayi yang rendah alergen dan laktosa sangat berkhasiat malah mempunyai kebaikan yang ramai tidak ketahui.

Tak perlu kusut fikiran lagi apabila mengetahui bahawa bayi kesayangan anda alah pada formula susu lembu. Ini merupakan senarai pilihan susu kambing untuk bayi anda!

1. Karihome Infant Formula

Diimport dari New Zealand, susu formula kambing Karihome mempunyai profil protein yang mudah dicerna dan mengandungi rendah laktosa daripada susu lembu.

Mengandungi Vitamin A, B, kalsium dan asid lemak tinggi untuk meningkatkan sistem imun. Susu Karihome juga dihasilkan dan dibungkus dari ladang untuk memastikan ia rumusan yang optimum dan berkualiti tanpa kompromi.

 Karihome Infant Formula

2. Lazz Susu Kambing Kurma

Susu yang cukup popular disebabkan ikonnya Omar dan Hana, anda patut dapatkan Lazz Susu Kambing Kurma ini!

Kombinasi kurma dan susu kambing yang merupakan salah satu daripada makanan sunnah, sesuai untuk semua peringkat umur.

Malah susu ini sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif kerana ia membantu memudarkan kesan parut dan mencantikkan kulit.

Di samping itu, susu ini membantu meningkatkan kekuatan tulang dan tahap imun malah bayi anda tidak lagi mudah dijangkiti penyakit. Susu kambing halal yang disahkan oleh JAKIM.

Lazz Susu Kambing Kurma

3. G-Star R-Rayyan Susu Kambing Formula

Didatangkan dengan 4 perisa seperti asli, coklat, vanila serta kurma delima. Ia mengandungi pelbagai campuran mineral premix dan vitamin berbeza bergantung kepada perisa yang dipilih.

Selain dapat merawat mild ekzema, ia juga dapat mengatasi masalah sembelit si kecil, menaikkan berat badan, menambahkan selera makan serta membantu menghilangkan batuk dan kahak.

Malah susu kambing ini juga meningkatkan tahap IQ anak anda seawal 6 bulan untuk perkembangan minda dan daya ingatan. Produk ini juga dijamin halal yang disahkan oleh JAKIM.

G-Star R-Rayyan Susu Kambing Formula

4. Wildan Gold Junior

Susu kambing daripada Wildan Gold Junior sangat sesuai untuk bayi baru lahir dan satu tahun ke bawah, ia dirumus khas dengan nutrisi yang lengkap.

Tak perlu khuatir kerana susu kambing ini tidak akan membebankan buah pinggang bayi. Ia diperkaya dengan DHA dan vitamin untuk tumbesaran bayi yang sihat.

Susu ini membantu membina sistem imunisasi bayi serta menguatkan tulang dan gigi bayi. Produk yang HALAL disahkan oleh JAKIM.

 Wildan Gold Junior

5. PURENAT GOLD Pure Goat Milk Powder

Bayi anda mengalami cirit birit? Dengan adanya susu kambing daripada PURENAT GOLD, ia membantu menjaga usus perut si manja dengan baik.

Ia kaya dengan kalsium, mineral serta protein malah mempunyai kadar lemak lebih rendah berbanding susu lembu yang lain.

Di samping itu, ia mengandungi probiotik yang diperlukan oleh badan, memudahkan sistem penghadaman serta membantu menyerap nutrisi.

Bayi anda akan menjadi bayi yang sihat dan gembira! Tak perlu khuatir, produk ini halal dengan pengesahan JAKIM.

 PURENAT GOLD Pure Goat Milk Powder

SUMBER

Productnation

Summary
Susu kambing untuk bayi alternatif alahan protein susu lembu
Article Name
Susu kambing untuk bayi alternatif alahan protein susu lembu
Description
Susu kambing untuk bayi yang rendah alergen dan laktosa sangat berkhasiat malah mempunyai kebaikan yang ramai tidak ketahui.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: