Now Reading
Surya Apple Cider Vinegar, Manfaatnya Yang Anda Perlu Tahu!

Surya Apple Cider Vinegar, Manfaatnya Yang Anda Perlu Tahu!

Surya Apple Cider Vinegar
apple cider surya

Untuk yang baru mahu mencuba, Surya Apple Cider Vinegar adalah satu apple cider vinegar yang terbaik dan sesuai untuk dijadikan sebahagian rutin harian. Maka, pada artikel kali ini, kami akan kongsikan satu keluaran apple cider vinegar yang  popular untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak. 

Teruskan membaca ya!

Surya Apple Cider Vinegar Dengan Madu Asli

Sekiranya anda keliru nak dapatkan apple cider yang mana satu, anda boleh cuba Surya Apple Cider Vinegar ini!

Diperbuat daripada buah epal segar yang mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan juga zat besi, apple cider Surya ini memang terbukti berkhasiat dan baik untuk kesihatan anda. 

Bahan utamanya adalah asid asetik. Asid asetik akan bertindak sebagai pembunuh bakteria dan menjadi pengawet semulajadi untuk apple cider vinegar ini. Anda tidak perlu risau lagi mengenai tarikh luputnya kerana ia mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Anda boleh menyimpannya untuk jangka waktu yang panjang dengan cara penyimpanan yang betul. 

Selain itu, ia juga mengandungi sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta carotene yang dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dan melemahkan sistem imunisasi badan kita. 

Tidak lupa juga, ia turut ada mengandungi madu asli. Madu ini berfungsi untuk menggantikan gula dan memberi rasa manis secara semula jadi. Kandungan madu yang terdiri daripada fruktosa dan glukosa menambah lagi khasiatnya. 

Kelebihan Dan Khasiat Surya Apple Cider Vinegar

kebaikan apple cider surya

Hah, pasti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya  kelebihan dan khasiat Surya Apple Cider Vinegar ini kan? Okay baiklah, mari kita baca kelebihan dan khasiatnya seperti di bawah ini.

Surya Apple Cider Vinegar terkenal sebagai detox yang baik. Dengan mengamalkan pengambilannya secara konsisten, apple cider ini dapat membantu mengimbangi pH badan, menyihatkan usus dan limfa dan sebagainya. 

Selain itu, ia juga dapat membunuh Candida atau Candidiasis (kulat/yis) yang boleh menyebabkan penyakit. Hal ini kerana kandungan apple cider ini terdiri daripada sejenis asid yang menggalakkan pertumbuhan probiotik yang dapat membunuh bakteria Candida tersebut. 

Di samping itu, apple cider Surya ini juga dapat membantu mengimbangi kandungan gula dalam darah. Kandungan asid asetik yang terdapat di dalam apple cider ini dapat meningkatkan sensitiviti dan maklum balas insulin sekaligus mengimbangi kandungan gula dalam darah. 

Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang tinggi, pengambilan apple cider ini boleh membantu. Ia dapat menurunkan trigliserida dan tekanan darah anda.

Disamping itu, kandungan madu asli yang terdapat di dalam apple cider ini dapat membantu melegakan masalah sakit tekak dan batuk secara tidak langsung. 

Anda boleh baca senarai kelebihan apple cider ini secara ringkas seperti berikut:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Merangsang pemecahan lemak
  • Melembapkan kulit
  • Meredakan sakit dan sengal sendi
  • Menguatkan tulang
  • Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  • Mencegah dan mengawal selulit
  • Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan
  • Melawaskan usus besar dan usus kecil
  • Mengekalkan tahap kolesterol darah
  • Merendahkan paras glukosa darah 
  • Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  • Menjaga kesihatan jantung 
  • Membantu melegakan sakit perut (kembung perut/senak)
  • Berfungsi sebagai anti-allergi, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulcer
  • Menghilangkan stress
  • Membantu masalah susah tidur

Cara Penggunaan 

Surya Apple Cider Vinegar ini sangat mudah untuk di ambil. Anda hanya perlu campurkan dua sudu besar apple cider ini bersama 180 ml air. Anda digalakkan untuk mengambilnya selepas makan, sekali sehari.

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Surya Apple Cider Vinegar?

Selain khasiat dan kebaikan yang disenaraikan di atas, sebab anda perlu mendapatkan apple cider keluaran Surya ini tidak lain tidak bukan adalah kerana harganya yang berpatutan. 

Harganya yang mampu milik dan mudah didapati di pasaran menyebabkan ramai peminat apple cider Surya ini. Apapun, sila pastikan produk yang anda beli adalah original. Ini adalah penting untuk mengelakkan kesan dan masalah kesihatan akibat pengambilan yang tidak betul. 

Kesimpulan 

Jom dapatkan apple cider Surya ini dan rasai manfaatnya untuk membantu anda tingkatkan kualiti kesihatan diri anda.

Selamat mencuba!

error: Content is protected !!