Beberapa hari kebelakangan ini, rakyat Malaysia tidak kira majikan mahupun pekerja sedang sibuk menguruskan surat kebenaran MITI PKP 3.0 untuk urusan kerja kerana surat kebenaran yang telah dikeluarkan oleh MITI untuk urusan perjalanan merentas daerah dan negeri atas urusan kerja sebelum ini hanya boleh digunakan sehingga 31 Mei 2021 sahaja.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah menetapkan bahawa mulai 1 Jun 2021, semua surat kebenaran bekerja hendaklah diperbaharui melalui kementerian yang berkaitan yang telah diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau lebih dikenali sebagai MITI selepas mendapat pengesahan daripada kementerian yang bertanggungjawab untuk menyelia sektor yang berkenaan.

Surat kebenaran ini sangat penting kerana ia akan menyenangkan urusan kita sewaktu melalui sekatan jalan raya semasa pergi dan balik kerja. Ketiadaan surat ini akan menyebabkan anda terpaksa berpatah balik oleh anggota polis atau askar yang bertugas di sekatan jalan raya di seluruh Malaysia ini.

Berikut adalah senarai 18 kementerian dan agensi yang diuruskan secara bersama di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

CARA-CARA MEMOHON SURAT KEBENARAN BEKERJA DARI MITI UNTUK PKP 3.0

1. MUAT TURUN DAN KEMASKINI MAKLUMAT SURAT KEBENARAN MITI MELALUI SISTEM CIMS 3.0

Untuk syarikat yang telah berdaftar dengan CIMS bagi PKP sebelum ini, anda boleh memuat turun surat kebenaran bekerja MITI untuk PKP 3.0 ini mulai tarikh 31 Mei 2021.

Foto 1
Foto 2

Anda boleh log masuk ke akaun CIMS anda dan tekan pada Borang Notifikasi. Kemudian, tekan Notifikasi Beroperasi. Anda akan dapat melihat permohonan operasi yang telah anda daftar bagi PKP sebelum ini (rujuk Foto 1 di atas).

Anda juga boleh mengemaskini maklumat senarai pekerja anda dengan menekan butang Kemaskini.

Kemudian, tekan butang Papar untuk melihat permohonan yang telah anda hantar.

Akhir sekali, klik pada butang yang bertulis Cetak (rujuk Foto 2). Ini adalah untuk mencetak borang kebenaran beroperasi anda untuk PKP 3.0. Kebenaran ini juga hanya diberikan kepada sektor dan syarikat yang dibenarkan dan telah diberikan kelulusan untuk beroperasi oleh MITI sahaja.

2. CARA MENDAFTARKAN SYARIKAT UNTUK MEMOHON KEBENARAN BEROPERASI MELALUI CIMS 3.0

Foto 3

Untuk mendaftarkan pendaftaran baru, pilih Borang Notifikasi dan seterusnya diikuti dengan Notifikasi Beroperasi. Klik pada Daftar Notifikasi Baru (rujuk Foto 3 di atas).

Isi semua maklumat mengenai permohonan anda. Lihat senarai maklumat yang perlu anda isi seperti di bawah:

  • Maklumat Pendaftaran Syarikat
Foto 4

Isi semua maklumat anda seperti yang tertera di dalam gambar di atas dengan lengkap. Sekiranya anda tidak dapat isi apa-apa bahagian maklumat pendaftaran seperti di atas, klik pada Check Box untuk memaklumkan kepada sistem tentang kegagalan anda untuk mendaftar (rujuk Foto 4).

  • Isi Alamat
Foto 5

Alamat yang anda isikan akan digunakan untuk urusan komunikasi.

  • Alamat Tempat Syarikat Beroperasi
Foto 6

Masukkan alamat, poskod, nombor lesen perniagaan, dan rujukan setiap lokasi yang ingin anda daftarkan. Anda boleh mengisi sebanyak 10 lokasi dalam setiap permohonan dan anda perlu membuat pendaftaran tambahan sekiranya ingin mendaftar lebih dari 10 lokasi.

  • Semak Status PKS
Foto 7

Nyatakan jenis perniagaan syarikat PKS anda dengan menanda check box yang berkaitan (rujuk Foto 7).

  • Anggaran Pendapatan Syarikat Bagi Tiga Tahun Yang Terkini
Foto 8

Nyatakan pendapatan syarikat anda dan jumlah pekerja di syarikat anda bagi tahun 2018, 2019, dan juga 2020.

  • Kluster Aktiviti Ekonomi
Foto 9

Tentukan jenis aktiviti ekonomi syarikat anda. Kemudian, pilih sektor yang berkaitan dengan syarikat. Sekiranya sektor anda tidak tersenarai, pilih kluster yang berlainan.

Isikan maklumat yang lebih lanjut mengenai syarikat anda pada bahagian Produk / Aktiviti Perniagaan (rujuk Foto 9).

  • Maklumat Untuk Dihubungi
Foto 10

Isi butiran pegawai di syarikat anda untuk dihubungi. Segala pemberitahuan atau komunikasi akan dilakukan melalui pegawai yang anda isikan di sini (rujuk Foto 10).

  • Jadual Pecahan Pekerja Semasa
Foto 11
Foto 12

Isi jadual pecahan pekerja bagi semua staff di syarikat anda. Kemudian, rujuk semula templat senarai pekerja yang telah anda muat turun pada awal proses tadi dan muat naik templat tersebut (rujuk Foto 12).

Semak semua maklumat yang telah anda isikan dan jika semuanya sudah diisi dengan betul, klik butang untuk mengesahkan maklumat yang telah anda berikan.

Foto 13

Akhir sekali, tekan pada butang Hantar Notifikasi (rujuk Foto 13) untuk melengkapkan dan menghantar permohonan anda. Kini, permohonan anda sudahpun selesai dan akan dinilai oleh pihak MITI.

Semoga perkongsian kali ini memberi panduan yang baik untuk anda yang ingin memohon surat kebenaran MITI bagi syarikat anda untuk PKP 3.0. Apapun, sentiasa beringat untuk memakai pelitup muka dan menjaga jarak pada waktu pandemik ini walau di mana sahaja anda bekerja.

Sumber:

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/05/694744/one-stop-centre-authorisation-letters-under-miti-established

https://theinspirasi.my/surat-kebenaran-bekerja-miti/

Summary
Cara Memohon Surat Kebenaran Bekerja MITI Untuk PKP 3.0
Article Name
Cara Memohon Surat Kebenaran Bekerja MITI Untuk PKP 3.0
Description
Beberapa hari kebelakangan ini, rakyat Malaysia tidak kira majikan mahupun pekerja sedang sibuk menguruskan surat kebenaran MITI PKP.30 untuk urusan kerja kerana surat kebenaran yang telah dikeluarkan oleh MITI untuk urusan perjalanan merentas daerah dan negeri atas urusan kerja sebelum ini hanya boleh digunakan sehingga 31 Mei 2021 sahaja.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: