surah yusuf ayat 4

Surah Yusuf ayat 4 memiliki keindahan yang tersendiri. Surah Yusuf merupakan surah ke-12 dalam Al-Quran dan mempunyai 111 ayat. Sebelum Surah Yusuf adalah Surah Hud dan diikuti oleh Ar-Ra’d (Guruh).

Untuk pengetahuan umum, jika difahami maksudnya, Surah Yusuf ayat 4 atau Doa Nabi Yusuf (AS) ini boleh menjadi doa ‘pemanis wajah’ yang mampu berfungsi menaikkan seri wajah. Jika hendak wajah terlihat manis sentiasa, mungkin anda boleh menjadikan Doa Nabi Yusuf (AS) ini sebagai amalan.

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لاًّبِيهِ يأَبتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَاجِدِينَ

Maksudnya: “(Ingatlah) ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku melihat (dalam mimpi) sebelas bintang dan matahari dan bulan – aku melihat mereka sujud kepada aku.”

Cara Mengamalkan Surah Yusuf Ayat 4

Doa ini hendaklah dibacakan tiga kali dan disapukan ke wajah. Jadikan ia amalan setiap kali sebelum keluar rumah atau sebelum bertemu dengan orang. Mudah-mudahan ia mampu melembutkan hati orang yang melihat kita, dengan izin Allah swt.

Sebaik-baiknya, doa ini boleh juga diamalkan setiap kali selepas selesai solat fardhu.

Terdapat suatu kisah tentang keindahan rupa paras yang dimiliki Nabi Yusuf (AS), saat dirinya melalui kumpulan wanita yang sedang menghiris buah-buahan, terhiris jari mereka dengan pisau kerana terlalu asyik dan terpana melihat ketampanan yang dimiliki Nabi Yusuf (AS) seolah-olah melihat berlian yang bersinar terang.

Mukjizat inilah yang telah dikurniakan Allah SWT kepada Nabi Yusuf (AS). Untuk itu, bagi pengamalan doa ini haruslah ikhlas dengan niat meminta kepada Allah SWT, Percaya bahawa Allah akan mengabulkannya dan setiap sesuatu itu akan berlaku hanya dengan keizinanNYA. In Shaa Allah.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan Doa Nabi Yusuf (AS) ini selepas mengetahui maksud disebalik ayat tersebut. Mana tahu kalau-kalau ia dapat membantu anda untuk mendapatkan wajah yang lebih manis.

Renungkanlah dan selamat beramal.

SUMBER

www.en.noblequran.org/quran/surah-yusuf/ayat-4/

www.tafsirq.com/en/12-yusuf/verse-4

Summary
Surah Yusuf Ayat 4, Ayat Pemanis Wajah Paling Berkesan
Article Name
Surah Yusuf Ayat 4, Ayat Pemanis Wajah Paling Berkesan
Description
Surah Yusuf ayat 4 memiliki keindahan yang tersendiri. Surah Yusuf ia adalah merupakan surah ke-12 dalam Al-Quran dan mempunyai 111 ayat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: