surah al insyirah

Surah Al-Insyirah atau Surat Alam Nasyrah merupakan surah yang ke 94 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 8 ayat -termasuk golongan surah-surah Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha.

Nama Alam Nasyrah pula diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama bererti: “Bukankah KAMI telah melapangkan”.

Kisah Surah Al-Insyirah      

Menurut Ustaz Ibnu Omar, surah ini menceritakan bahawa Allah S.W.T. memberikan kelapangan (Islam) kepada Nabi Muhammad S.A.W (juga umumnya kepada seluruh manusia).

Antara tafsiran lain ialah surah ini menyeru agar kita melapangkan dada dengan ilmu pengetahuan, pemahaman, kemenangan serta keyakinan yang teguh.

Ada juga mufassir berpendapat ayat ini merujuk kepada kisah bagaimana dada Rasulullah S.A.W yang telah ‘dibelah’ dan ‘dibersihkan’ sebanyak dua kali sepanjang hidupnya namun, pandangan tersebut boleh dikatakan tidak sesuai untuk dikaitkan dengan ayat ini.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil daripada surah ini adalah Allah itu maha adil, tidak sesekali Dia memberikan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya.

Di dalam surah ini juga, Allah memberitahu kepada kita untuk bersabar dan percaya janji Allah itu pasti. Surah ini juga mengajar kita sebagai hambanya untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan amal soleh dan dalam setiap pekerjaan kita.

Terjemahan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

1. Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah)

2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam)

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

6. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)

8. Dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini).

Fadhilat Membaca & Mengamalkannya

  • Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa membacanya, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
  • Barang siapa membiasakan dirinya membaca surah ini setelah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah akan permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dipermudahkan rezekinya.
  • Barang siapa membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barang siapa membaca surah ini sebanyak 7 kali selepas solat fardhu, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan dipermudahkan oleh Allah akan rezekinya.
  • Barang siapa membaca surah ini sebanyak 9 kali selepas solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkannya daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
  • Sesiapa yang membaca surah ini sebanyak 40 kali selepas solat fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya dikurniakan oleh Allah kepadanya kekayaan.
  • Barang siapa membaca surah ini sebanyak sebagai wirid pada tiap-tiap lepas solat fardhu, nescaya hilang dukacitanya dan dikurniakan oleh Allah akan rezekinya dengan beberapa banyak.
  • Sesiapa sering membaca Surah Al Insyirah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

Memang banyak kebaikan yang akan diperolehi jika rajin mengamalkan surah ini. Semoga anda juga dapat berkongsi perihal ilmu ini dengn kenalan lain juga.

Selamat beramal.

SUMBER

https://myinformasi.com/kelebihan-surah-al-insyirah-untuk-menjemput-rezeki-dan-di-permudah-urusan/

https://mediaislamik.com/fadhilat-surah-al-insyirah-jika-diamalkan/

Summary
Surah Al Insyirah Beri 1001 Kebaikan Jika Diamalkan
Article Name
Surah Al Insyirah Beri 1001 Kebaikan Jika Diamalkan
Description
Surah Al-Insyirah atau Surat Alam Nasyrah merupakan surah yang ke 94 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surah surah Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: