Mecomin

Mecomin merupakan salah satu solusi yang unggul mengandungi mecobalamine untuk merawat sakit saraf yang disebabkan oleh diabetes. Diabetes atau lebih popular dipanggil kencing manis sememangnya penyakit yang sebati dengan rakyat Malaysia tidak kira usia, latar belakang pendidikan mahupun kaum.

Ia sudah menjadi satu trend dimana jika ibubapa penghidap penyakit diabetes, maka anak-anak juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit yang bahaya itu! Dengan langkah pencegahan lebih awal mestilah dilakukan dengan mengamalkan suplemen yang mengandungi mecomin ataupun yang saling berkaitan dengannya.

Live-well Mecomin

RM84.00

Mecomin boleh melindungi kita daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan. Sesetengah gangguan yang mungkin bileh dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi mecobalamin. Manfaat kandungan mecobalamin di dalam Live-Well Mecomin ini adalah untuk menjana kesihatan saraf termasuk melindungi daripda kerosakan saraf, membantu pertumbuhan semula jalinan saraf dan mengurangkan kesakitan saraf, kebas kaki dan kekejangan otot. Ambil 1 biji sehari selepas makan.

Mecobalamin 500 mg

RM32.50

Adalah bentuk aktif vitamin B12 yang membantu dalam sintesis metionin dan S-adenosylmethionine. Ia diperlukan untuk integriti myelin, fungsi neuron, pembentukan sel darah merah yang tepat dan sintesis DNA. Kumpulan kekurangan vitamin B12 terbesar terdapat pada vegetarian biasa di seluruh dunia, yang dapat diatasi dengan produk ini. Ini adalah ubat yang bermanfaat bagi kebanyakan gangguan biasa seperti gangguan kardiovaskular, diabetes, anemia, hyperhomocysteinemia dan gangguan degeneratif. Hanya satu tablet diperlukan sehari selepas makan.

HealthAid Vitamin B12 as Methylcobalamin

RM59.00

Methylcobalamin diiktiraf sebagai yang terbaik untuk saraf kerana ia tidak hilang dalam proses pencernaan tetapi diserap terus masuk ke aliran darah dengan ketara meningkatkan penyerapan dan keberkesanannya. Antara kebaikan suplemen ini ialah untuk membantu pemeliharaan dan perlindungan sel-sel saraf. Ia juga sesuai untuk menjaga metabolisme lemak, karbohidrat dan protein yang betul dan mengurangkan tanda-tanda anemia dalam badan. Sangat sesuai untuk diambil oleh seisi keluarga dan golongan vegetarian.

Neurobion

RM43.70

Vitamin B neurotropik daripada Neurobion ini adalah campuran vitamin yang memainkan peranan penting dalam kesihatan sistem saraf; mereka menyuburkan dan membantu menjana semula saraf. Vitamin ini mengandungi piridoksin (B6), dan cobalamin (B12), secara semula jadi diperoleh dengan memakan daging, telur, dan biji-bijian. Neurobion adalah gabungan tiga vitamin neurotropik penting (B1, B6 & B12) dalam dos yang tinggi. Vitamin B1, B6 dan B12 sangat penting untuk metabolisme pada sistem saraf periferal dan pusat.

Life Extension ComfortMAX

RM138.00

Sangat sesuai untuk golongan vegetarian. Suplemen ini dapat mengurangkan kebas atau tidak sensitif terhadap rasa sakit, rasa berdenyut-denyut, panas dan rasa sakit yang meruncing atau kekejangan kerana vitamin ini kaya dengan vitamin B yang bagus untuk saraf iaitu B1, B6 dan B12. Ambil satu biji pada setiap hari selepas makan. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang akan memberikan kesan lebih baik jika diambil bersama ubat ini.

Shaklee Omega Guard

RM136.20

Omega Guard Shaklee ini sangat berkesan membantu dalam merawat masalah sendi, kebas-kebas anggota badan. Ia akan melindungi sistem saraf secara keseluruhan dan ramai pelanggan yang telah berjaya dengan mengguna produk ini kerana ia hanya beraskan minyak ikan. Minyak ikan ini sangat membantu dalam merawat masalah sendi dan ia amat berkait rapat dengan diabetes. Minyak ikan ini mampu mengelakkan jangkitan kuman apabila mana-mana anggota mereka cedera terutamanya di bahagian kaki. Selain itu, ia dapat meningkatkan mutu pengaliran darah kerana minyak ikan membantu mencairkan kepekatan darah.

Methycobal Tablets

RM28.00

Metycobal digunakan untuk mengatasi kekurangan vitamin B12 dan anemia megaloblastik (gangguan darah yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12). Ia digunakan dalam rawatan penyakit saraf yang menyakitkan ataupun dikenali sebagai neuropati periferal. Ia mestilah diambil bersama air suam ataupun air kosong. Elakkan pengambilan kafein kerana ia akan menyebabkan ubat tersebut tidak dapat menyerap dengan baik di dalam tubuh badan. Hanya 1 tablet sehari selepas makan atau telah dinasihatkan oleh doktor ataupun pakar.

ALAnerv

RM84.00

ALAnerv adalah makanan tambahan dengan kesan antioksidan pada radikal bebas, dengan tindakan terhadap trophism sel dan membantu melindungi sel-sel saraf. Asid alfa-lipoik telah digunakan untuk menghilangkan rasa sakit, rasa terbakar, dan kesemutan yang disebabkan oleh neuropati diabetes. Ia berfungsi untuk menguatkan pertahanan badan, melindungi sel dari kerosakan oksidatif.
Menyumbang kepada metabolisme tenaga yang normal. Ia juga menyumbang kepada fungsi sistem saraf yang betul.

Himalaya Ashvagandha

RM43.50

Ashvagandha adalah ramuan perubatan tradisional. Ia dikelaskan sebagai adaptogen, bermaksud ia dapat membantu badan anda menguruskan tekanan. Ashvagandha juga memberikan banyak faedah lain untuk badan dan otak anda. Sebagai contoh, ia dapat meningkatkan fungsi otak, menurunkan kadar gula darah dan kortisol dan membantu melawan gejala kegelisahan dan kemurungan. Hanya satu tablet sehari untuk menjadikan hidup anda lebih bertenaga dan bebas daripada sakit sendi. Himalaya diyakini halal dan boleh didapati di farmasi ataupun secara online.

Solaray Magnesium Glycinate

RM68.00

Ia bagus untuk kesihatan tulang kerana Magnesium Glycinate dianggap dapat membantu menyokong tulang dan otot yang sihat. Selain itu, ia menyokong kesihatan kardiovaskular dan saraf. Ia dapat menguatkan ketahanan badan, mengelakkan sakit-sakit sendi kerana jumlah kalsium di dalam suplemen ini amat membantu. Setiap hidangan Solaray Magnesium Glycinate (4 VegCaps) dibungkus dengan 400 mg magnesium glycinate dan ia sesuai untuk dimakan oleh golongan vegetarian.

Summary
Article Name
10 Suplemen Mecomin Yang Bagus Untuk Saraf
Description
Diabetes atau lebih popular dipanggil kencing manis sememangnya penyakit yang sebati dengan rakyat Malaysia tidak kira usia, latar belakang pendidikan mahupun kaum. Mecomin merupakan salah satu solusi yang unggul mengandungi mecobalamine untuk merawat sakit saraf yang disebabkan oleh diabetes.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: