sup daging

Sup Daging Gearbox adalah tulang lembu yang direbus dengan bawang dan rempah lain di dalam sup. Walaupun sup tulang biasa di restoran melayu dan india, sup gearbox disajikan dalam kuantiti yang lebih besar dan supnya hampir berkrim seperti stew. Harganya lebih kurang RM10 satu mangkuk.

Boleh dianggap makanan panas yang memberi aura kesedapan dan kepuasan yang tidak terhingga. Sup Daging Gearbox lazimnya dinikmati begitu sahaja, dengan hanya memakan lebihan daging yang ada pada bahagian tulang manakala, sumsum yang ada di dalam tulang tersebut pula akan disedut menggunakan straw bersaiz besar. Hal ini akan memberi lebih kenikmatan lagi buat sesiapa yang menggemari sajian seumpamannya.

Ada juga kalanya orang akan menikmati Sup Daging Gearbox bersama dengan nasi. Kanak-kanak juga sesuai menikmatinya kerana ia bukanlah jenis hidangan yang pedas.

Saiz hidangan mengikut resepi Sup Daging Gearbox ini adalah untuk 10 orang.

Bahan-Bahan: –

  • 1 kg tulang sumsum daging lembu
  • 5 liter air
  • Serbuk sup 300 gm
  • 0.50g buah pelaga
  • 0.50g bunga lawang
  • 0.50g cengkih
  • 200 g bawang besar
  • 33.33 g bawang putih
  • 0.20g daun pandan
  • 1 sudu besar lada
  • 0.5g bawang goreng
  • 300 g kentang
  • 300g lobak merah
  • 0.5 liter minyak masak
  • Garam

Cara-Cara Penyediaan

  1. Potong tulang daging sumsum menjadi 2x2cm.
  2. Kupas kentang, lobak merah dan potong kiub 1cm.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang yang dihiris. Tumiskan selama 2 minit dengan api yang tinggi, kemudian masukkan cengkih, bunga lawang dan buah pelaga dan tumis selama 3 minit.
  4. Masukkan pes sup bersama-bahan tadi dan tumis selama 6 minit lagi.
  5. Tambahkan 2 liter air dan kacau campuran sama rata, masukkan daun pandan dan kecilkan api, kacau selama 5 minit pada api sederhana.
  6. Masukkan air, sumsum daging dan reneh hingga masak. Masukkan kentang dan lobak merah dan didihkan sehingga selesai.
  7. Perasakan secukupkan.
  8. Untuk hidangkan, taburkan bawang merah goreng.

Mudah bukan? Sup Daging Gearbox sebegini sesuai dimakan oleh setiap lapisan umur. Jadi setelah belajar resipi mudah ini, bukan menjadi satu alasan lagi untuk tidak menyajikan menu ini kepada keluarga anda sebagai lauk makan tengah hari atauk lauk makan malam yang mewah lagi unik.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.sunshinekelly.com/2013/07/ramadhan-recipe-sup-gearbox-by-chef.html

https://www.mysabah.com/wordpress/gear-box-soup-sup-tulang/

Summary
Sup Daging Gearbox: Jom Belajar Resepi Menarik Ni!
Article Name
Sup Daging Gearbox: Jom Belajar Resepi Menarik Ni!
Description
Sup Daging Gearbox adalah tulang lembu yang direbus dengan bawang dan rempah lain di dalam sup. Walaupun sup tulang biasa di restoran melayu dan india, sup gearbox disajikan dalam kuantiti yang lebih besar dan supnya hampir berkrim seperti stew. Harganya lebih kurang RM10 satu mangkuk.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: