sup ayam simple

Sup Ayam Simple paling sedap di dunia adalah menu wajib yang paling digemari oleh semua peringkat umur sama ada tua atau muda. Sebut sahaja sup ayam, pasti menggiurkan bukan?.

Anda boleh dapat rasakan betapa harum dan nikmatnya hasil gabungan daripada ayam, daun sup, daun bawang, sayur-sayuran dan rempah-ratus .

Kenapa ia di panggil sup ayam simple ? Antara sebab utama adalah anda tidak perlu menggunakan bahan yang banyak untuk menjadi kan sup ini sedap.

Selain itu, anda juga tidak perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk memasak sup ini. Senang kata, cuma campak-campak sahaja janji ikut resepi. Jangan derhaka!.

Tambahan pula, bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati dan kos pengeluaran rendah. Pendek kata, resepi  yang paling senang dan mudah untuk dicuba terutama bagi yang baru belajar memasak.

Sup ayam ini juga boleh di jadikan kuah untuk dimakan bersama nasi , mee ,bihun atau ‘dumpling’. Bukan setakat lazat, tapi penuh juga dengan khasiat dan nutrisi.

Informasi nutrisi sup ayam simple

Menurut pakar, ia mengandungi asid lemak dan protein yang mana boleh membantu anda membina dan memperbaiki otot, tulang, kulit dan sel darah yang sihat.

Ia juga kaya dengan sumber mineral seperti besi dan selenium, yang mana fungsi selenium adalah untuk mencegah penyakit kardiovaskular, strok dan kolesterol tinggi.

Sup ayam boleh membantu menguatkan imunisasi dan meningkatkan sistem hidrasi dalam badan anda kerana ia mengandungi nutrisi Vitamin B12,Vitamin C, anti-dioksida , Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin K dan Carnosine .

Ia membantu mengembalikan semula deria bau anda yang hilang akibat selesema dan juga melegakan deria rasa akibat keracunan makanan.

Ia juga sesuai di ambil jika anda ingin menurunkan berat badan kerana ia mengandungi kalori yang sedikit.

Menurut kajian, satu cawan sup ayam yang di ambil mengandungi nutrisi:

Kalori12  
Protein1g
Lemak0g
Serat0g
Gula0g
Sodium860 mg

Resepi Sup Ayam Simple

Resepi oleh: Zahidah Wahab

Jumlah hidangan : 5 orang

Bahan-bahan:

  • 500g  Ayam segar  (perlu dipotong kecil-kecil)
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis
  • 2 @ 3 cawan air
  • 1 inci halia (potong secara nipis-nipis)
  • 1 Sup bunjut
  • 1 kiub ayam Maggi
  • 1 biji lobak merah (potong secara kiub)
  • 1 biji tomato (potong secara kiub)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil biji lada hitam yang dikisar

Bahan rempah-ratus:

  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai cengkih

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 2 bawang merah kecil
  • 1 biji tomato

Bahan taburan:

  • Daun sup (potong halus-halus)
  • Bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Pasang api sederhana. Tumiskan bahan kisar dan rempah-ratus dengan minyak masak yang sedikit di dalam periuk .kacau sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan ayam ,kacau sedikit bagi sebati dan biarkan ia rehat sebentar.
  3. Kemudian masukkan air ,sup bunjut, halia, kiub ayam dan  lada hitam yang sudah dikisar. Kacau-kacau dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan sup mendidih.
  4. Setelah mendidih ,masukkan garam, lobak dan tomato.
  5. Kacau-kacau dan tutup api ,kemudian masukkan bahan taburan tadi.
  6. Sup tadi siap untuk dihidangi.

Petua Sup Ayam Simple dan sedap

Terdapat enam petua yang perlu anda ketahui iaitu:

  1. Ayam segar

Anda perlu memilih ayam segar atau lebih tepat ,ayam yang baru disembelih. Petua untuk mengenali dan memilih ayam segar:

  • Perubahan warna daging

Ayam segar dan mentah harus mempunyai warna merah jambu dan berdaging. Jika ayam itu sudah tidak elok, warna dagingnya akan bertukar gelap dan kelabu. Jikalau daging ayam berwarna kusam, maka anda harus bersegera untuk memasak untuk mengelakkan pembaziran.

sup ayam simple
  • Deria bau anda

Anda perlu percaya pada deria bau anda. Ayam yang busuk mengeluarkan bau yang kuat dan masam. Jika ayam yang anda beli mengeluarkan bau busuk, maka anda perlu buang untuk elakkan keracunan makanan.

  • Tekstur daging ayam

Ayam yang segar mempunyai tekstur berkilat dan berlendir. Jika lendir pada ayam itu berlebihan ,maka anda perlu membeli ayam di pasar lain.

  1. Tumis rempah-ratus dahulu.

Petua pertama yang perlu anda buat ketika menumis adalah anda perlu menumis rempah-ratus dahulu. Cara ini adalah untuk menaikkan rasa dan bau rempah-ratus.

  1. Bawang goreng sendiri

Jika anda rajin, anda boleh menggoreng bawang sendiri. Petua untuk bagi kesedapan kepada bawang goreng adalah pastikan bawang itu digaul dengan garam. Perlu diingatkan. Bawang perlu dihiris-hiris nipis.

  1. Tomato pengganti perasa tambahan

Petua untuk memastikan sup ayam bertambah sedap, anda perlu kisar tomato. Tomato mempunyai rasa umami, juga dikenali sebagai monosodium glutamat iaitu bahan perasa kelima iaitu pelengkap kepada rasa masam, masin, manis dan masin. Perkataan ‘umami’ berasal daripada bahasa Jepun yang membawa maksud intipati yang lazat. Ia sangat diperlukan dalam bahan masakan terutama menu yang berkaitan daging.

  1. Kuah pekat

Jika anda suka warna kuah sup ayam yang pekat, anda hanya perlu letak sup perencah sup dan serbuk kurma ayam sedikit. Saya tidak letak dalam resepi saya sebab saya lebih suka sup yang jernih.

  1. Akar daun sup
sup ayam simple

Jika anda ingin mendapat nutrisi lebih, anda perlu membasuh dengan bersih akar daun sup. Kemudian, didihkan sekali bersama kuah sup. Lagi lama reneh, lagi sedap sup ayam simple.

Kesimpulan, ini adalah resepi sup ayam simple paling sedap di dunia yang penuh dengan nutrisi. Bahan penyediaan yang sangat mudah.

Menu yang paling menjadi perhatian ketika musim hujan dan sejuk kerana ia berfungsi sebagai penambah haba pada sistem tubuh badan manusia. Selamat mencuba.

SUMBER:

Https://www.webmd.com/diet/health-benefits-chicken-broth#1

Https://www.newswise.com/articles/just-how-healthy-is-chicken-noodle-soup

Https://www.eatthis.com/how-to-tell-if-chicken-is-bad/#:~:text=%22Fresh%2C%20raw%20chicken%20should%20have,to%20toss%20out%20that%20chicken.

Summary
Sup Ayam Simple Paling Sedap Di Dunia.
Article Name
Sup Ayam Simple Paling Sedap Di Dunia.
Description
Sup Ayam Simple paling sedap di dunia adalah menu wajib yang paling digemari oleh semua peringkat umur sama ada tua atau muda. Sebut sahaja sup ayam, pasti menggiurkan bukan?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: