sunsilk

Rambut yang lembut, terurus dan wangi seperti celebriti atau model di runway kini menjadi kenyataan dan bukan impian semata-mata. Hanya dengan pengunaan syampu yang disyorkan, alami tranformasi yang anda impikan selama ini! Syampu SUNSILK adalah salah satu contoh syampu yang dapat merealisasikan impian anda untuk mencapai rambut idaman dengan senang selama ini. Tidak dilupakan syampu yang disyorkan adalah mampu milik oleh semua!

sunsilk smooth & manageable

Syampu Smooth & Manageable SUNSILK

RM13.55

Syampu ini boleh memberi pengalaman kepada pengguna untuk merasa rambut yang lembut,lebih lurus dan terurus. Syampu ini diformulasi menggunakan teknologi Flexishield dan mengandugin 5 minyak semulajadi. Sunsilk Smooth and Manageable mengandungi minyak Argan yang dapat mengembalikan kelembutan pada rambut pengguna supaya lebih terurus. Ia juga mengandungi esen Camellia yang dibuat daripada ekstrak bunga Camellia japonica untuk melembutkan rambut dengan lebih efektif dan rambut bertambah kilat dan terurus.

Tresemme keratin smooth shampoo

Syampu TRESEMME Keratin Smooth

RM13.88

Syampu Tresemme Keratin Smooth dirumus khas dengan minyak Argan dan keratin, syampu ini dapat membersihkan dan menyuburkan rambut secara mendalam. Alami 5 faedah dalam satu cucian; anti keriting, detangles, rambut lebih bersinar, melicinkan rambut dan faedah 8 jenis minyak yang berfaedah. Sesuai untuk digunakan atas rambut yang diwarnakan. Syampu ini disyorkan untuk digunakan setiap hari agar dapat mencapai rambut yang halus dan lembut seperti di landasan.

Sunsilk anti dandruff

Syampu SUNSILK Antikelemumur

RM13.55

Syampu ini sesuai digunakan untuk merawat kelemumur pada kulit kepala. Ia mengandungi zink pyrithione dan extrak sitrus yang dapat melawan kelemumur di kulit kepala pengguna. Sambil itu, syampu ini mampu membuat rambut rasa lurus dan terurus. Ini dapat menjamin rambut yang lebih menawan, cantik dan sihat. Ia juga menjamin tiada lagi kelemumur kelihatan di atas bahu pengguna jika digunakan setiap hari.

Clear Anti Dandruff Shampoo

Syampu Clear Anti Dandruff

RM11.90

Syampu ini diformulasi dengan teknologi Triple Anti Dandruff yang mengandungi Guar BB18, Vitamin B3 dan Asid Amino. Ketiga-tiga bahan ini dapat mengaktifkan pertahanan diri kulit kepala, Oleh itu kelemumur di kulit kepala dapat dielakkan untuk kembali ke kulit kepala. Ia jugak mempunyai ekstrak limau dan menthol penyejuk untuk sensasi sejuk dan rasa segar selalu di kulit kepala. Syampu ini juga menjamin tiada lagi kelemumur kelihatan di atas bahu pengguna jika digunakan selalu.

Sunsilk Hairfall Solution Shampoo

Syampu Anti Gugur SUNSILK

RM9.99

Syampu ini diformulasi dengan soya vitamin complex yang dapat menyuburkan dan memulihkan agar rambut semakin kuat dan sihat. Ia dapat menguatkan rambut sehingga dapat membanteras masalah rambut gugur yang serius dengan pengurangan keguguran rambut sebanyak 10 kali. Syampu ini dicipta bersama dengan Dr Francesca Fusco, yang merupakan pakar kulit dari New York. Syampu ini disyorkan untuk digunakan bersama perapi rambut untuk menikmati faedah sepenuhnya.

Himalaya Anti Hairfall Shampoo

Syampu Anti Gugur HIMALAYA

RM26.69

Syampu Himalaya ini merupakan syampu unik yang membantu untuk mengurangkan keguguran rambut dan pada masa yang sama ia memberi khasiat kepada batang rambut. Syampu ini juga membaiki tekstur rambut supaya rambut kurang gugur. Ia diperbuat daripada herba Butea Frondosa dan Bhringaraja yang dapat merangsangkan pertumbuhan folikel rambut. Kedua-dua herba ini berkesan dalam menguatkan akar rambut dan juga mengawal keguguran rambut.

Sunsilk soft anf smooth shampoo

SUNSILK Soft & Smooth

RM9.90

Syampu ini dapat mengekalkan rambut lembut and lurus selalu. Ia diformulasi menggunakan teknologi moisture lock and 5 jenis minyak semulajadi. Ia juga mengandungi vitamin sitrus agar rambut sentiasa rasa bersih dan segar selalu. Syampu ini dapat mengekalkan kelembapan di rambut pengguna agar rambut tidak kering dan kasar, menjadikan rambut pengguna sentiasa lembut kuat. Ia sesuai untuk pengguna yang mempunyai rambut yang kering tetapi tidak mempunyai split ends.

Follow Me Soft And Smooth Shampoo

FOLLOW ME Green Tea Soft and Smooth

RM10.03

Syampu ini diformulasikan dengan ekstrak teh hijau dan bunga sakura. Teh hijau mengandungi sifat antioksidan yang dapat melindungi rambut pengguna daripada radikal bebas. Manakala ekstrak bunga sakura di dalam syampu boleh melembabkan rambut dengan amat berkesan dan menghidratkan kulit kepala. Oleh itu rambut sentiasa terurus, berkilau, lembut dan kelihatan segar selalu.Untuk mendapatkan kesan yang diingini syampu ini harus digunakan selalu.

Sunsilk HIjab Segar Shampoo

SUNSILK Hijab Recharge Segar Hijab

RM9.90

Syampu ini dirumus khas untuk kaum Hawa yang berhijab. Diformulasikan dengan buah tin, buah yang juga dikenali sebagai buah syurga, mengandungi nutirien yang kaya dengan antioksida dan mineral yang amat berfaedah untuk rambut. Ia dirumus khas untuk memastikan rambut sentiasa wangi dan segar walaupun berhijab satu hari dan juga untuk menghilangkan sisa dan kotoran dari rambut. Teknologi Fragrance Release Pearl dapat memastikan rambut sentiasa wangi sehingga 48 jam.

Rejoice Hijab Shampoo

REJOICE Hijab Perfection 3-in-1

RM9.90

Syampu 3 dalam 1 ini sesuai untuk orang bertudung dengan memberikan faedah dimana rambut akan rasa segar, licin dan anti kelemumur. Ia mempunyai sensasi sejuk yang dapat dirasai dengan segera daripada cubaan pertama, dan akan kekal sepanjang hari. Syampu ini boleh membersihkan kulit kepala untuk memastikan tiada minyak berlebihan di atas kulit kepala. Ia juga mempunyai haruman bunga kasturi yang dapat mengekalkan kesegaran di kepala sepanjang hari.

Summary
Sunsilk Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Rambut Lebih Sihat
Article Name
Sunsilk Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Rambut Lebih Sihat
Description
Rambut yang lembut, terurus dan wangi seperti celebriti atau model di runway kini menjadi kenyataan dan bukan impian semata-mata. Hanya dengan pengunaan syampu yang disyorkan, alami tranformasi yang anda impikan selama ini! Syampu SUNSILK adalah salah satu contoh syampu yang dapat merealisasikan impian anda untuk mencapai rambut idaman dengan senang selama ini. Tidak dilupakan syampu yang disyorkan adalah mampu milik oleh semua!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: